Saudara ...
Anak-anak adalah permata hati setiap ibu bapa. Kadang-kadang, anda terpaksa melayan kerenah anak-anak dengan menuruti kehendak mereka terutamannya apabila membeli barangan yang mereka inginkan. Sekaligus menyebabkan bajet anda "lari" daripada apa yang telah dirancangkan. Mungkin tip ini boleh membantu anda mendidik anak-anak anda mengenai ilmu pengurusan kewangan.
- Mulakan ketika usia muda. Kanak-kanak akan tahu bahawa wang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu barang yang diinginkan.
- Jadi contoh kepada anak anda. Amalkan tabiat berbelanja dengan cara yang berhemah dan terapkan amalan ini kepada anak anda.
- Cara terbaik mengajar anak anda berdikari dalam mengurus kewangan ialah dengan memberikan elaun bulanan kepada mereka. Jika mereka mahu mendapatkan sesuatu barangan, sarankan kepada mereka agar menyimpan sehingga cukup untuk membeli barang tersebut.
- Ajarkan mereka supaya membuat belanjawan atau bajet. Lihat corak perbelanjaan mereka samaada mereka berbelanja melebihi elaun yang diberikan atau mempunyai lebihan.
- Tunjukkan kepada anak-anak anda jumlah bil yang perlu dibayar setiap bulan. Melalui cara ini, mereka akan sedar bahawa pendapatan yang diperolehi bukan semata-mata untuk 'enjoy' tetapi sebaliknya untuk keperluan isi rumah.
- sewaktu membeli belah, ajar anak anda cara membandingkan harga dan kualiti barangan. Didiklah mereka mengenai jenis barangan keperlua ndan barangan bukan keperluan. Selain itu,tunjukkan kepada mereka bahawa anda hanya membeli barang yang telah disenaraikan sahaja.
- Buka akaun simpanan untuk mereka. Didik mereka untuk menyimpan di dalam tabung khas. Bawa anak anda ke bank setiap kali anda mahu menyimpan wang tersebut ke dalam akaun simpanan mereka. Mereka tentu seronok melihat wang mereka bertambah!
Mungkin 7 tip di atas dianggap remeh. Tetapi percayalah bahawa melalui pendekatan ini, akan menjadi lebih arif mengenai pegurusan kewangan. Cubalah...!
Sekian,Wassalam.
No comments:
Post a Comment