29 April 2013

Pantun Pilihanraya - Facebook PARLIMEN LEDANG P144 DUN GAMBIR.......



Sempena menjelang pilihanraya umum ni.. aku sertakan himpunan pantun yang aku kumpulkan dari Group Facebook ADUAN RAKYAT PARLIMEN LEDANG P144 DUN GAMBIR .....
Kaedah berbalas pantun di gunakan untuk berkempen di group ini....... Jom ikuti bersama...

Lahir Dan Besar Di Bkt Gambir
Calun Bebas DUN Gambir
Lambang Pokok Mudah Difikir
Mdzan Bin Abu Nama Terukir 

Sudah Ada Orang Gambir
Calun Luar Zaman Berakhir
Kita Sendiri Boleh Tadbir
Lebih Baik Boleh Takbir

Tanam Harapan Di DUN Gambir
Ganti Baru Lama Berakhir
Usah Risau Lagi Difikir
Undi POKOK Bijak Berfikir

Tengok Asojan Nampak Hindraf
Tengok Pokok Nampak Balak
Pengundi Gambir Dah Ramai Insaf
Malang Ada Yg 'Meratos' Pulak...
 

Pergi Memancing Si Ikan Haruan,
Duduk Bersila Ditepi Kali,
AES, NFC Dan Juga Kecelaruan,
Apa Nak Heran Fikirlah Sendiri. #IniKalilah

Janji Anak Gambir,
Senyum Sentiasa Terukir,
Janji Anak Gambir,
Asojan Bakal Tersingkir. 

Risik sudah meminang pun sudah
Sireh gambir pengikat janji
Bisik sudah canang pun sudah
Anak Gambir menuntut janji

Biar patah titi di baruh
Senang menjala si ikan keli
Biar patah bertongkat paruh
Pantang undur tidak sekali

Akar ubi santapan duli
Akar rotan jangan ditebas
Suara rakyat tak dipeduli
Anak tempatan berdiri Bebas!

PM Najib Jadi Pengemudi,
Orangnya Bijak Menguruskan Parti,
Lima Haribulan Tarikh Mengundi,
Lambang Dacing Tetap Dihati.

Sayangi Selangor Yakini BeEND
Sentiasa Dihebah Hingga Tersohor
Wahai Pemimpin Pejuang BeEnd
Tidakkah Anda Sayangi JOHOR

Kerja Murni Namanya Dakwah
Ikhlas Senyum Perlu Ditokok
Inginkan Bunga Menjadi Buah
Taburkan Baja Sirami POKOK

Mari Adik2 Abg Nk Bisik
Produk Bn Lemak ,Gemersik
Anak Kampong Jgn Rasa Terusik
Sikap Pengundi Perlu Kami Risik

Aku Tak Suka Kucing,
Sebab Dia Suka Kencing,
Kepala Jangan Rungsing-Rungsing
Pangkah Apa Saja Asal Bukan DACING

Fikiran Rungsing
Pergi Memancing
Tak Kira Siapa Yg Bertanding
Jangan Lupa Pangkah Disebelah DACING

Ramly Burger Sarapan Dara & Uda
Berbeza Dengan Zaman Baginda
Calon Bn Pilihan Nak Muda
Kalu Nk Tau Cuba La Goda

Tak Kira Calun Tu Siapa,
Yang Penting Semua Dapat Rasa,
Brim Dapat Ikut Masa,
Beras, Gula, Minyak Dll Guna Setiap Masa......

Kalau Ikutkan Aku Pun Tak Suka,
Tapi Bukan Bermuka-Muka,
Kalau Sorang Saja Yang Rasa,
Apa Yang Tinggal Untuk Kita...

Anak Murthi Pakai Songkok
Supaya Rasa Tidak Kekok
Kasi Tebang Itu POKOK
Biar Ayam Tiada Tempat Bekokok

Kuih Karipap Kiuh Kuci
Di Jual Oleh Anak Kak Aci
Jgn Lupa Itu POKOK Sama Kunci
Itu Lambang Perjuangan Yg Suci

Jln. Pt.Jarum Ada Palang
Tak Kasi Org Tngkap Belalang
Jgn Idup Cam Lalang
Ujung Nnti Pecah Tembelang

Pilihan Muda Mudi
Dari Dulu Udah Diteliti
Molek Serba Serbi
Mdzan Abu Calon Kita Undi

Kawan Tetap Kawan....
Mari Semua Fikirkan
Sudah Ada Mdzan
Masih Mahukan Asojan?


Bukan Mahu Jadi Mb
Atau Masalah Peribadi
Mahu Bantu Akar Umbi
Bebas Lambang POKOK Wajar Diundi

Jng Banyak Sangat Pikir,
Kalau Boleh Terus Singkir,
Mari Kita Selamtkan Gambir,
Secara Halus Kini Bangsaku Mula Terpinggir....

Pemimpin Hanya Pandai Berjanji
Namun Kadang Tak Ditepati
Pengundi Gambir Bijak Bistari
Mdzan Abu Pilihan Diundi

Jng Banyak Sangat Pikir,
Kalau Boleh Terus Singkir,
Mari Kita Selamtkan Gambir,
Secara Halus Kini Bangsaku Mula Dipinggir

Bukit Gambir Aka Bg
Adun Bn Wakili Mic
Kita Cuma Menuntut Janji
Menterjemah Aspirasi Membela Tradisi

Dulu Janji Satu Penggal
Kini Masok Tiga Penggal
Apa Pilihan Yang Tinggal
Ini Kali Kita Penggal

Kita Tengok Ini Penggal
Dun Mana Yang Tinggal
Kita Kasi Penggal
Jangan Ada Yang Tinggal

Penggal Memenggal Hanya Kiasan
Tiada Kaitan Dengan Kepala
Calun Bebas Jadi Pilihan
Orang Tempatan Biasa Membela

Belum Tentu Masok Sorga
Kalau Kita Undi Pas
Sama Juga Dengan Bn
Jangan Kasi Pening Kepala
Baik Kita Undi Bebas
Itu Calun Nama Mdzan

Roti ! Roti ! Mari Beli Roti
Maniam Pusing Separuh Mati
Pas Dan Kunci Simpan Di Peti
Biar Semua Puas Hati

Satu Dua Tiga Empat
Lima Enam Tujuh Lapan
Pilihan Hati Kena Tepat
Untuk Kebahagiaan Masa Depan

Bulan Terang Bermandi Cahaya,
Kesihan Sungguh Melihat Sang Pungguk,
Adat Berperang Menggundang Bahaya,
Aspirasi Menggemis Mampukah Ditusuk...

Duduk Bertenggek Sang Pungguk,
Duduk Berdua Memandang Cahaya,
Perjuangan Terukir Tanpa Ditunjuk,
Bukan Manifesto 'Copy & Paste' Untuk Berjaya.

Sembilan Sepuluh Sebelas Duabelas
Tigabelas Empatbelas Limabelas Enambelas
Walaupon Ada Calon Bebas
Jangan Sekali Pangkah Pas !


Yang Faham....Faham
Ramai Tak Faham
Bukan Susah Faham
Minta Minta Faham
Jangan Buat2 Faham
Lama Lama Faham
Masih Tak Faham?
Mdzan Ganti Asojan.........

Pilihan Raya Parti Berlawan,
Tetap Kita Sebagai Kawan,
Kuat Manapun Parti Lawan,
IQWAN’S HOMESTAY Jangan Dilupakan...

Akhir sekali aku ucapkan pada kau orang semua...... Selamat Mengundi..............

Duit - Di Sekeliling Kita Sebenarnya Duit....

 
 
Saja aku nak kongsikan bersama satu artikal yang aku dapat di waal facebook aku..... Sebenarnya orang asing lebih nampak duit dinegara kita berbanding kita sendiri..... Baca.....
 
KALAU SAYA CAKAP PEMUDA KITA PEMALAS ....nanti orang MARAH saya. Tapi BACA la cerita ORANG RAJIN dibawah ini:

Zaheer atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussei...n baru berumur 23 tahun. Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu.
 
Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah. Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu.
 
Anggaran pendapatan seminggu beliau RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu (untuk kerja partime ini).  
  • Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900
  • Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000
  • Anggaran Pendapatan Sebulan = RM5,900

 
Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun.
 
Para graduan dari pemuda-pemuda yang sihat tubuh badan... yang masih menganggur diluar sana ....baca dan ambil iktibar ye.. 

28 April 2013

IQWAN'S HOMESTAY Di Bukit Gambir, Ledang, Johor....


Sekiranya kau orang berkunjung ke Selatan Tanah Air terutamanya dikawasan Muar, Tangkak, Pagoh dan Bukit Gambir, untuk tujuan melawat saudara mara, jemputan perkahwinan (atau kau sendiri yang melangsungkan perkahwinan), berbulan madu dan berseronok-seronok, melawat atau menghantar anak belajar (Kolej Kemahiran tinggi Mara Ledang, IKBN Pagoh, ILP Sagil, MRSM Muar, Sek Sains dll), membeli belah kain di Tangkak, atau saja-saja nak jalan makan angin dan lepas tu ingin mencari tempat untuk menginap, so aku perkenalkan pada kau orang sebuah lagi Homestay yang boleh disingahi. Homestay ini baru saja mula beroperasi dan dijamin memberikan keselesaan kepada kau orang semua..

IQWAN'S HOMESTAY menyediakan kemudahan penginapan yang amat selesa pada harga yang amat berpatutan untuk mereka yang mempunyai urusan kerja, menghadiri majlis perkahwinan, percutian dan sebarang urusan di sekitar kawasan Muar dan Ledang.

Kemudahan:
  • Sebuah Corner Lot Banglow Setingkat
  • 3 bilik tidur (aircond di bilik utama)
  • 2 ruang tamu
  • Peti sejuk
  • Tv beserta Astro
  • 2 tandas dilengkapi water heater
  • Ruang parking yang luas
Lokasi yang amat strategik:
  • Beralamat di : No 42, Jalan Desa 5, Taman Desa 2, 84800 Bukit Gambir, Ledang Johor. (Jalan masuk Utama ke Kg Sungai Bilah).
  • Kedudukan di dalam kawasan kampung yang mendamaikan
  • Hanya 1 minit ke Pekan Bukit Gambir (bank, kedai makan, pasaraya, KFC, stesyen minyak dan sebagainya)
  • Berhampiran dengan Gunung Ledang, bandar Muar dan bandar Tangkak
  • Berhampiran dengan plaza tol Tangkak dan Pagoh
  • Berhampiran dengan pelbagai pusat pendidikan (KKTM Ledang, IKBN Pagoh, ILP Sagil, Sek Men Sains Muar, Dll)
Kunjungi Facebook IQWAN'S HOMESTAY Disini....

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

UNTUK MAKLUMAT LANJUT/TEMPAHAN:

HADI BIN AB HAMID - 0197779460
HJ. AB HAMID BIN KASDI - 0127974594

HANYA RM180/MALAM.....
 
"KEMUDHAN KAMI, KESELESAAN ANDA"
 






 
 

 

18 April 2013

Akaun Perniagaan - Muslihat Untuk Tunjukkan Aktifnya Perniagaan Kita....

Nampak pelik rasanya tajuk post aku kali ini... Sebenarnya Post kali ini adalah untuk berkongsi dengan kau orang semua bagaimana untuk menampakkan aliran wang keluar dan masuk akaun bank perniagaan kita kelihatan aktif.. Dalam bahasa akauntan stetment bank kelihatan aktif. Senang cerita nampak macam perniagaan begitu maju kelihatanya sehingga menghasilkan jualan sehingga melebihi RM70000 sebulan... Untuk apa statment bank yg aktif sebenarnya.. Sudah tentunya bagi memudahkan kita membuat pinjaman bank. Pihak bank tak tengok pun kedai kita wujud atau tak yang penting bagi bank akaun mesti cantik....
Bagi memudahkan untuk kau orang semua faham macam mana tekniknya kau baca kat bawah ni....

Seorang Pengawal Keselamatan di jabatan kerajaan dn berpendapatan RM 1500 sbulan dng isterinya seorg kerani di syarikat GLC berpndptn RM 1800 sebulan. Dgn pendapatan sbyk itu, beliau cuma boleh membuat pinjaman perumahan sekitar RM 120-150k shj..x cukup utk membeli rumah teres pn..mgkin apartment 3 blk shj..

Tp, dgn ilmu Pengurusan Kewangan yg dipelajarinya, si suami telah membuat pnjaman RM 110,000, slps ditolak fees dll, dpt cash on hand sekitar RM 101,200, byran bulanan sekitar RM 1000 selama 20 thn, baki jumlah pndptn seisi rumah masih ade lg RM 2300, dgn kehidupan sederhana yg diamalkn ianya masih cukup utk menampung perbelanjaan bulanan.

Kemudian beliau membuat pndaftaran syarikat dan membuka akaun di bank utk syarikatnya. Dgn wang RM101,200 itu beliau gunakan semuanya utk membeliEmas!!dan slps dicagarkan beliau ada RM 70,800. Dgn tunai yg ada, setiap hari beliau membuat transaksi antara akaun syarikat dan akaun personal miliknya.

Kini jumlah transaksi bulanan dlm akaun syarikat beliau mencecah RM 70k dan beliau meneruskan aktiviti itu selama setahun. Beliau hanya mengeluarkn sedikit dari wang itu utk mmbyr upah simpan di Ar-Rahnu pd bln ke 6 dan ke 12.

Genap setahun, beliau telah menebus kesemua emasnya dan dgn purata kenaikan emas 20-30% setahun, nilai emas beliau yg dahulunya berjumlah RM 101,200 kini telah meningkat kpd RM 121,440 !! (mengambil kira kenaikan 20%) untung beliau RM 20,240!! lbih tnggi dr ASB kan?. Slps ditolak upah simpan ( 101,200 x 0.6%(upah simpan) x 12 = 7284) so RM 20,240 - RM 7284 = beliau masih untung RM 12,956!! Nah, cuba bahagi dgn 12, purata sebulan ialah RM 1079, bukan shj dpt cover upah simpan, malahan dpt cover byran bulanan loan tersebut dan masih berbaki RM 79.00!!

Dengan cara ini secara tidak langsung transaksi harian syarikat akan kelihatan begitu aktif, dan yearly turnover syarikat akan mencecah RM 840,000 ( transaksi sebulan 70k x 12). Cuba anda bayangkan dengan turnover tahunan yang begitu tinggi agak-agaknya berapakah jumlah pinjaman bank yang boleh dimohon olehnya.........kini beliau layak membuat pinjaman sehingga 300-500k bahkan mgkin lbih lg!!! dan dgn peluang itu beliau membeli beberapa buah rumah atau apa saja aset yang boleh menghasilkan pendapatan daripadanya....

Sebagai contoh beliau membeli sebuah rumah lelong pd harga 200k (harga pasaran 280k).. dgn byrn bulanan yg lbih rendah sekitar RM800 selama 30thn!! Beliau gunakn sedikit wang td utk membyr kos guaman, dan deposit rumah. Kemudian beliau belanjakn sedikit lg utk renovation dn furnisihing. Stlah selesai, beliau boleh menyewakan rumahnya dgn kadar sewa yg tnggi disbbkn full furnishing....beliau sewakan RM 1,500 sebulan.

Nah, kini loan rumah di cover oleh duit sewa, dan berbaki RM 700 lg, boleh cover lg loan personal dan beliau cuma perlu menambah RM 300 shj!! bkn itu shj, bahkan kini beliau mempunyai rumah bernilai RM 280k, dan tunai yg masih berbaki kira2 RM 90k!! ..

Ape langkah seterusnya? ulangi langkah ini berterusan dan secara tidak langsung akaun turnover syarikat akan menjadi lagi tinggi akan memudahkan lagi peluang membuat pinjaman dan menambah kekayaan......

17 April 2013

Wang Kertas - Satu Muslihat Meruntuhkan Ekonomi Dunia.....

HUTANG Amerika Syarikat (US) meningkat kepada US$14,500,264,099,773!!! Adakah mereka pening kepala memikirkannya? Adakah mereka tidak kisah dengan keadaan ini??? Mengapa ini semua berlaku? Inilah puncanya kenapa harga komoditi sepeti emas, perak dan minyak naik setiap tahun... Sebenarnya, sejak dunia menggunakan KERTAS sebagai matawang kira-kira 50 tahun lalu, dunia sebenarnya sedang menuju ke arah "Kaya semakin kaya, Miskin semakin miskin"...Penciptaan mawatang KERTAS bukanlah diwujudkan untuk kejayaan tetapi untuk KEGAGALAN! Sejak Tahun 1971, Presiden US ketika itu, Richard Nixon telah memutuskan sandaran wang USD nya dengan Emas. Dan sejak itu, Federal Reserve US mempunyai kuasa mutlak untuk mencetak USD dengan sesuka hati. Tujuannya? Apabila anda (US) berkuasa untuk mencetak duit sendiri dengan sesuka hati, anda (US) boleh menggunakannya untuk membeli apa saja yang diingini. Bukankah majoriti negara di dunia ini menggunakan matawang USD untuk tujuan berurusniaga, termasuklah negara kita yang memperdagangkan minyak dengan nilai USD kepada negara-negara luar. Justeru, benarlah kata-kata bahawa kerajaan US sebenarnya memperoleh minyak secara PERCUMA! Ya...PERCUMA!

Kenapa saya kata PERCUMA? Kerana untuk mendapatkan minyak, US hanya perlu cetak saja USDnya untuk membeli minyak, secara tak langsung mereka ini menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk terus menguasai dunia! Bukan minyak saja, EMAS juga menjadi sasaran mereka. Lihatlah data rezab emas di laman web yang menunjukkan Ranking pertama diduduki oleh US!!! Kenapa mereka boleh ada begitu banyak Emas? Kerana mereka membelinya dengan PERCUMA apabila mereka mencetak wang mereka sendiri. Dan mereka (US) ini bukannya mencetak sekeping kertas 1 USD, tetapi sekeping kertas tertulis dengan 'nilai' 1 Triliion" USD!!! Bayangkan penyusutan nilai matawang USD yang berlaku dengan tindakan sebegini! Kenapa nilai matawang mereka hanya jatuh sedikit demi sedikit? Zimbabwe juga pernah berbuat seperti itu, tetapi terus menyebabkan Dollar mereka langsung tidak bernilai lagi! Tetapi US masih boleh menarik nafas. Kerana kitalah yang membantu mereka dengan masih menggunakan matawang USD di seluruh dunia.

US akan terus mencetak dan mencetak sehingga suatu hari nanti mereka nilai USD mereka menjadi tidak bernilai lagi. Apakah jika terjadi nanti, ekonomi mereka akan musnah? Tidak sama sekali, di kala itulah mereka akan menggunakan EMAS yang ada dalam rezab simpanan mereka untuk terus memporak perandakan dunia. Mungkin ketika itu, KERTAS tidak lagi akan digunakan sebagai matawang. Dan dunia akan kembali menggunakan Emas dan Perak sebagai matawang....

Bank 100% Mengamalkan Islamik - Asasnya Mudah.......


Di Malaysia kita ada 5 + 1 full fledged perbankan Islam yang menawarkan khidmat perbankan runcit. Bank tersebut ialah Bank Islam, Bank Muamalat, al-Rajhi Bank, Kuwait Finance House & Asian Finance Bank + Bank Rakyat. .......Apa yang dimaksudkan "Full Fedged" ini adalah dari syarikat induk ke syarikat subsidiari semuanya perlu beroperasi mengikut Shariah.... 

Manakala kita ada 11 bank yang mempunyai operasi perbankan Islam tapi tidak bersifat "Full Fledged". Maksudnya, syarikat induk dia ada terlibat dengan riba, tapi subsidiari 11 bank itu tadi mengamalkan perbankan Islam. Bank tersebut adalah Affin Islamic, Alliance Islamic, AmIslamic, CIMB Islamic, HSBC Amanah, Hong Leong Islamic, Maybank Islamic, OCBC al-Amin, Public Islamic, RHB Islamic & Standard Chartered Saadiq.

Satu lagi masalah yang perlu diambil kira ialah operasi 11 bank ini adalah kebanyakannya beroperasi dalam satu cawangan yang sama. Disamping itu ada pegawai bank yang beragama Islam pula yang tidak segan silu mempromosikan produk riba kepada pelanggan mereka. Dengan kata lain lebih mengutamakan yang tidak islamik berbanging produk yang berbentuk islamik.

Jadi untuk mengelakkan kita makan riba sebab tidak pasti yang mana satu halal, saya gariskan 3 langkah iaitu:

1) Tengok nama produk
2) Letterhead perjanjian
3) Semak di website.
 
Akhir sekali... Keputusan ditangan kita........ Buatlah pilihan mana yang terbaik untuk kita dan agama kita...
* Sumber Pakdi.net....

14 April 2013

Kalau Nak Bagi Pinjam Duit Pada Orang.........

 
Aku tahu, ada dikalangan kau orang di luar sana kerap menjadi mangsa kepada saudara, rakan atau sesiapa saja berkaitan pinjam-meminjaman ini terutamanya berkaitan duit. Biasanya yang ingin meminjam akan memberi macam-macam masalah yang dihadapi sehinggakan terpaksa meminjam dari anda. Itu tak termasuk lagi memek muka kesian yang ditonjolkan untuk meraih simpati. Dan satu yang pasti anda akan disuapkan dengan janji-janji manis berkaitan kesanggupan untuk membayar kembali pinjaman tersebut seawal yang mungkin. Baiklah, samada kau nak bagi atau tak itu adalah keputusan kau orang. Walau bagaimana pun aku berikan sedikit tips sebelum kau memutuskan untuk meminjamkan duit kau orang tau tak. Antaranya..

1. Pastikan kau cukup kenal orang tu..
Maksudnya kau kena tahu sikap dia terhadap hutang. Kena selidik sikit, contohnya kalau pinjam adakah cepat bayar balik atau langsung tak bayar. Kalau jenis pinjam dan mudah bayar kira ok lah. Kalau jenis susah bayar hutang baik kau fikirkan idea yang paling sesuai untuk tak bagi pinjam.....
Hatta saudara sendiri atau kawan baik sekali pun.

2. Berapa banyak duit yang kau sanggup hilang..
Maksudnya duit yang kau sanggup hilang sekiranya pinjaman yang kau beri tu hanyut begitu saja.. Tinggal janji manis aje.....
Contoh.... Katakan kawan kau nak pinjam RM200. Lepas tu kau rasa nilai tu tinggi sangat. So kau blh cakap ..
“Aku kalau RM 200 tu tak ada la, tapi kalau RM50 boleh la nak kasi pinjam.”

* Kalau dia tak bayar balik pun kau rugu RM50 aje..

3. Kau tahu tujuan dia nak pinjam duit kau..
Kalau yang meminjam itu tujuannya memang untuk kecemasan seperti, maka kita boleh pertimbangkan untuk membantu. Pastikan mereka tidak menipu. Takut dia nak buat beli saham cepat kaya pulak tapi cakap kecemasan.

4. Buat syarat pembayaran yang jelas..
Memanglah pinjaman yg dibuat secara tak formal. Sikit-sikit pun kena buat macam cara bank. Beri cara untuk yang buat pinjaman untuk bayar balik. Sediakan plan installment yang mampu mereka berikan komitmen. Kalau dia pinjam RM 200, bulan depan bolehlah kita minta dia bayar penuh. Tapi kalau banyak, contohnya RM5000, takkan bulan depan kita dah suruh dia bayar balik semua. Memanglah dia boleh cakap.....

“Bulan depan aku bayar balik, janji.”

Kalau betul alhamdulillah, kalau tidak, bergaduh pula.

Berikan cadangan begini :

“Aku boleh bagi pinjam RM 5,000, setiap bulan bayar balik RM250 sampai habis. Boleh? kalau lebih setiap bulan lagi baik, cepat sekit abis bayar....”

5. Pastikan bertulis.....

Ini yang sepatutnya dan dianjurkan Islam.......
Buat sikit hitam putih... Tak formal pun tak apa.. sekurangnya ada tandatangan kau dan yang meminjam. Tak de saksi pun tak ape. Kalau ade pun bukan boleh bawa ke Mahkamah... Untuk buat bukti aje. Bukan sekadar ingat di kepala sahaja. Takut kita lupa jumlahnya di kemudian hari dan sebagai bukti transaksi hutang tersebut telah berlaku.

6. Bersedia dengan backup plan.
Ini yang penting... Bukan apa.., kiranya orang yang meminjam tersebut gagal membuat pembayaran balik hutang mereka, kita dah ada backup plan. Kalau setakat RM50, bolehlah kita halalkan, tapi kalau dah RM10,000? Kita suruh dia bayar balik, memang susah betul dia nak bayar. Daripada asyik bergaduh dan bermasam muka, baik kita cadangkan solusi yang lebih baik.
Contohnya kita boleh suruh dia buat kerja tertentu dengan bayaran gaji setiap bulan. Gaji tersebut kita tolak dari jumlah hutang yang dia pinjam sehinggalah selesai.

Contohnya kalau kita ada kedai makan :

“Aku nak kau kerja ngan aku setiap hari lepas office hour sampai pukul 10 malam. Sebulan aku bayar RM 500. Duit gaji tu aku tak bayar, potong duit hutang. Kontrak 20 bulan untuk cukupkan hutang RM 10,000 tu”.

Ok... aku rasa itu aje cadangan aku... Semoga tips tak seberapa ni ada juga gunanya pada kau orang.. So taklah senang-senang aje kita ni nak bagi pinjam duit kat orang...

*****Kalau ada tips lain bolehlah kongsi kat ruang komen...***

10 April 2013

Rezeki Menjelang Pilihan Raya....

Apabila berlakunya pilihanraya, maka penduduk setempat akan mendapat durian runtuh...ramai dan banyak individu atau badan-badan tertentu datang dan menaburkan segala kemudahan dan janji retorik.

 
Jalanraya yang di tar akan ditar sekali lagi.... bangunan yang dahpun dirasmikan akan dirasmikan sekali lagi.... pendek kata pelbagai aktiviti dilakukan supaya suasana nampak meriah....

  • Masa inilah rezeki untuk usahawan... Jual apa saja.. pasti laku...
  • Harga rumah sewa juga akan naik... letaklah berapa saja...
  • Upah memanjat pokok kelapa juga akan meningkat...
  • Upah pencari buluh akan bertambah...
  • Harga sewa kereta akan naik....
  • Kedai jual kain akan meningkat jualannya...
  • Jual bendera dan poster parti poliik juga akan laku selakunya..
  • Permintaan Iqwan's Homestay juga akan meningkat......
  • Dan sekali lagi..juallah apa saja...... pastinya laku.....


Iqwan'S Homestay - "Kemudahan Kami Keselesaan Anda"

Pilihanraya Umum ke 13 - Tarikhnya telah ditetapkan....


Akhirnya.. selama persoalan terjawab...!!! setelah puas beperang sampai ada yg c...edera fizikal dan mental.. ada yg gila dan ada yg sampai putus sudah kasih sayang akibat kekasih hati tidak sehaluan... hehe... KINI.......bersedialah untuk mengundi..!!!

Tarikah Penamaan Calon :20 April 2013..
Tarikh Pengundian :05 May 2013...

Bagi yg tersisa ni.. gunakan kesempatan yg ada utk menilai.. apakah yg terbaik utk negara.......