03 November 2011

Bagaimana Kereta Kita DI SAMUN.......

Info Yang Dapat Kita Kongsikan ..........

Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Jadi, jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda Membaca INFORMASI Ini.....

01 November 2011

Adakah Kita Seorang Pelabur Yang Bijak....

Salam semua... Berkaitan tajuk hari ini... Mari kita baca petikan dan dialog dibawah....

Ogos 2006

Amir: Aku rasa nak beli saham la.
Man: Tak payah la, mana ada untung main saham ni. Aku dah jual dah semua. Asyik rugi je.
Amir: Sebab kau rugi la aku nak beli (sambil tersenyum).
Man: Takpe, nanti kau rugi kau tahulah rasanya.
Amir: Kalau takde rugi, bukanlah pelaburan namanya.
Ogos 2007
Man: Macam mana saham kau Amir? Aku tengok saham jatuh teruk dah ni. Mesti kau rugi kan. He He He.
Amir: Boleh lah, untung 30%. Separuh dah jual, separuh lagi aku simpan.
Man: Kau biar betul. Takpelah, aku simpan di ASB je. Lagi selamat.
Amir: Aku pun bukan guna semua duit simpanan nak main saham ni Man.
**5 bulan selepas itu, dalam senyap-senyap, Man mengeluarkan semua duit ASB dan melaburkannya dalam pasaran saham.
Januari 2008
Man: Aku baru beli saham ni Amir. Kau ingat kau je dapat untung 20-30% ? Tengok lah!
Amir: Kau biar betul, aku baru je jual saham-saham aku, untung yang dah ada ni aku simpan je dulu.
Man: Penakut la kau ni. Simpan dalam ASB mana untung, 8% apa lah sangat?
Amir: (Senyum)

Januari 2009
Man: Apa pelaburan yang best sekarang? Yang untung 100%.
Amir: Mana ada pelaburan yang confirm bagi 100%. Kau bukan ada beli saham ke?
Man: Jual dah haritu, rugi. Cepatlah beritahu produk bagi return 100%.
Amir: Hm… saham ok kalau kau tahu caranya. Beli emas nak? USD 850 per ounce.
Man: Saham tak mau lah. Asyik rugi je. Emas? Aku bukan perempuan nak beli emas ni. Kau ni pun. Nak mainkan aku la tu.

Ogos 2011
Man: Kau main saham lagi ke? Apa lah kau ni, itu semua kapitalis barat, tak Islamik main saham-saham ni. Beli emas la. Harga sekarang USD 1,850 per ounce. Nak naik lagi ni. Fuh. Dapat bonus terus sambar emas. Sekarang zaman dinar dirham!
Amir: Saham aku dah jual, sikit je lagi aku pegang. Emas pun aku dah mula jual sikit-sikit.
Man: Rugi la tu main saham, tu lah aku cakap tak mahu dengar, saham ni bukan untung pun. Kau tengok harga emas naik macam mana. Rugi la kalau jual sekarang.
Amir: Haah. ‘Rugi’ sikit, sebab untung saham hari tu cuma 50%, kalau jual cepat sikit dapat 60% untung. Aku dah lama la beli emas, tunggu masa nak jual je.
Man: Kau tau harga emas dah naik 40% sejak awal tahun. Tu yang aku beli minggu lepas. Kau nak tak aku jual emas kat kau?
Amir: (Senyum) Sebab aku dah tau naik macam tu la aku jual dan nak ambik untung dari emas pula.
Man: Pelik la kau ni. Orang beli emas, kau jual.


****  Setelah anda membaca keseluruhannya dapatkah anda memahami perkara yang tersirat dan tersurat mengenai mengenai pelaburan didalam dialog diatas. Sakiranya ada maka anda kini selangkah ke arah menjadi seorang Pelabur Yang Bijak ******