29 June 2012

Tanpa Sedar - Kita Dikelilingi Hutang Lapuk

Pernakah anda terfikir untuk mempunyai hutang lapuk yang banyak. Bohong kalau ada diantara anda yang sengaja menghimpunkan hutang yang bersifat hutang untuk dibebankan pada diri sendiri. Tapi tahu-tahu saja komitmen hutang terlalu tinggi menyebabkan setiap bulan duit gaji cukup-cukup sahaja bagi menyara kehidupan dan yang lainya digunakan untuk membayar hutang yang bersifat hutang lapuk.
Berikut adalah 5 situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang yang bersifat hutang lapuk (bad debt):

1. Hutang kerana perkahwinan
Perbelanjaan kahwin pada hari ini amatlah besar. Anggaran kos perkahwinan di bandar khususnya mencecah paling sedikit RM 30,000. Jesteru itu bagi yang tidak pernah merancang bagi menyediakan kos perkahwinnanya, Pinjaman menjadi satu cara penyelesaiannya. Selesai majlis, duit habis mulalah kita terkapai-kapai membayar hutang. Pada yang masih belum berkahwin tetapi sudah berpacaran, jangan terlalu seronok bercinta sahaja. Rancang bagaimana kita boleh berkahwin tanpa berhutang.

2. Hutang membeli kenderaan
Penjual kereta, institusi kewangan dan bank bukan tukang rancang wang kita. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita. Justeru, walaupun kita layak dan mampu membuat bayaran bulan-bulan kereta sebanyak RM 900 misalnya, belum tentu kita patut beli kereta tersebut.

3. Hutang kad kredit
Kad Kredit adalah bagus untuk mereka yang berdisiplin sahaja. Sekiranya anda bukan seorang yang mampu mengajar diri sendiri disiplin kewangan yang ketat, lupakan sahaja hasrat untuk mempunyai walaupun satu kad kredit.

4. Hutang membeli rumah (untuk diduduki)
Sekali lagi perlu diingat, agen hartanah, syarikat rumah, institusi kewangan dan bank bukan perancang kewangan anda. Kita perlu merancang dengan baik bagaimana untuk membeli rumah. Sekiranya masih bujang, atau baru berkahwin cukuplah membeli rumah yang biasa-biasa sahaja seperti apartment 3 bilik tidur 2 bilik air sahaja terlebih dahulu. Jadikan rumah yang anda bakal duduk selama 10 tahun pertama misalnya sebagai salah satu pelan pelaburan selepas 10 tahun sebelum anda membeli rumah lain yang lebih sesuai untuk pembesaran anak-anak.

5. Hutang membeli kelengkapan rumah
Banyak penjual perabot dan elektrik hari ini telah mula memperkenalkan skim ansuran mudah. Bayar serendah RM 10 sebulan selama 24 bulan misalnya. Satu perkara yang perlu diingat adalah, barang elektrik hari ini cepat rosak. Adakah berbaloi untuk membeli kelengkapan rumah berharga RM 300 misalnya dengan berhutang selama 2 tahun ?

Ya, ini belum campur dengan bil-bil tertentu yang dibayar setiap bulan dengan kad kredit!

28 June 2012

Kisah Si Ibu Malang...

Kisah dibawah saya petik dari kisah sebenar untuk peringatan kepada kita semua...

Kisah seorang yang baru sahaja kehilangan suami. Suami beliau itu masih muda.. baru berumur 41 tahun. Tegap & sihat.. tetapi, tiba-tiba sahaja meninggal dunia akibat hepatitis B. Sememangnya ajal & maut itu di tangan tuhan.. tiada siapa yang dapat meramal kedatangannya….

Si ibu itu, mempunyai 6 orang anak. Selama ini, hanya si suami sahajalah yang bekerja, mankala, beliau itu tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Sudah tentunya, selama ini, hanya si suami lah tempat mereka sekeluarga bergantung dan mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara hidup mereka sekeluarga.

Tetapi kini… tiba-tiba semuanya berubah dalam sekelip mata. Si suami, meningalkan isteri dan anak-anak buat selama-lamanya tanpa “sempat mengucapkan selamat tinggal” dan meninggalkan apa-apa bekalan untuk si isteri & anak-anak meneruskan hidup mereka..

Cuba anda bayangkan…. anda berada di tempat si ibu tadi..
Tidak bekerja…. ada 6 orang anak.. dan baru sahaja kehilangan suami yang merupakan satu-satunya punca pendapatan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga…
Mana nak cari duit bayar hutang kereta? hutang rumah? duit sekolah anak-anak? makan-minum anak-anak? pakaian? lagi-lagi dah nak dekat raya nie…. oh!.. memang sesuatu yang menyedihkan..

Kepada golongan-golongan suami… jangan biarkan perkara ini terjadi kepada isteri & anak-anak anda..
Kepada golongan-golongan isteri pula.. sila ingatkan suami anda agar tidak meninggalkan anda dalam keadaan yang terkontang-kanting seperti ibu malang di atas..

Apa yang boleh anda lakukan, paksa mereka dapatkan polisi insuran/takaful sekarang juga! (jika mereka masih tidak mempunyai sebarang polisi insuran lagi)… buat masa ini, itulah salah satu kaedah yang terbaik untuk menghalang “nasib malang” tersebut menimpa diri anda. Tetapi.. kalau suami anda masih berdegil juga dan tidak mahu mendapatkan polisi insurans.. takde masalah beb! (sambil tangan menunjuk simbol peace)… anda boleh sahaja dapatkan polisi insuran dan meletakkan nama suami anda sebagai “pihak yang diinsurankan”.. dengan cara ini, jika sesuatu perkara buruk berlaku kepada suami anda.. kompem beb! (sambil tangan menunjukkan simbol OK) anda akan mendapat duit pampasan itu 100% .. tak perlu nak faraid-faraid (untuk penerangan lebih lanjut bagaimana anda boleh memperolehi 100% wang pampasan insuran suami anda.. sila hubungi agen insuran bertauliah berhampiran anda)

Alangkah bersyukurnya.. jika si suami tadi meninggalkan sedikit bekalan kewangan yang bernilai RM100,000 ( hasil pampasan dari polisi insuran). Tidaklah hidup si isteri tadi amat tertekan. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan sedikit ruang untuk si isteri & anak-anak mengatur hidup mereka dan menampung perbelanjaan hidup mereka buat sementara waktu. Sebelum si isteri tadi dapat mencari pekerjaan & sumber pendapatan yang baru untuk menyara keluarga mereka.

Baiklah.. itu cerita kalau si suami tadi belum meninggal dunia.. tetapi dalam kisah akak diatas. Si suami telah meninggal dunia, tiada sebarang polisi insuran, tiada harta & wang simpanan, isteri tidak bekerja dan terpaksa menangung 6 orang anak yang masih lagi kecil dan bersekolah.. ditambah lagi.. anakyang paling kecil berusia 2 tahun dan masih menyusu badan (apabila menyusu badan.. ia bermakna.. si bayi tidak boleh berenggang dengan si ibu lebih dari 3-4 jam).

Sehubungan dengan itu marilah kita semua dielakan dari perkara yang berkalu pada si ibu malan ini. Semuanya anda sendiri yang menentukannya bermula dari sekarang... Sekian.

Ps: Saya bukannya seorang ejen Takaful........

Felda Global disenarai hari ini

PETALING JAYA: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia hari ini adalah kemuncak kepada pembaharuan strategik kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan melonjakkan daya saing global negara.
Justeru, penyenaraian cabang komersial FELDA itu bukan saja peristiwa penting kepada peneroka, malah kepada rakyat Malaysia secara umumnya. Bagi 112,635 warga peneroka, selain durian runtuh RM15,000 yang diterima menjelang penyenaraian FGVH serta keuntungan modal yang bakal diraih daripada pegangan saham, pelbagai manfaat lain menunggu mereka. Antaranya adalah:
  • Potensi hasil lebih tinggi ladang milik peneroka yang diuruskan secara lebih sistematik oleh FGVH.
  • Bakal menerima dividen tunai setiap tahun daripada dana amanah yang ditubuhkan kerajaan untuk warga peneroka.  
Dana amanah itu diberikan 20 peratus pegangan saham dalam FGVH, antara tiga syarikat perladangan sawit senaraian awam terbesar di dunia berdasarkan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham yang bernilai kira-kira RM3.4 bilion.
Semua manfaat ini adalah hasil titik peluh lebih 30 tahun warga peneroka memajukan tanah mereka, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad dalam taklimat media, di sini semalam.
Bagi rakyat Malaysia umumnya, walaupun tidak semua meraih manfaat langsung, penyenaraian FGVH bakal menyaksikannya memainkan peranan lebih besar kepada pembangunan ekonomi negara menerusi pengembangan aktiviti perniagaannya.
Penyenaraian FGVH bernilai RM9.93 bilion iaitu kedua terbesar di dunia tahun ini selepas Facebook, juga bakal menaikkan profil serta kepelbagaian pasaran modal tempatan, sekali gus meningkatkan daya tarikan Malaysia di kalangan pelabur antarabangsa.
Penyenaraian FGVH mercu tanda bersejarah bagi Kumpulan FELDA dan menandakan permulaan program transformasi yang bakal mencarta hala tuju kami untuk tempoh 50 tahun akan datang.
Ia juga bermakna Kumpulan FELDA sedia memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara. Jika dulu kerajaan membantu peneroka FELDA meningkatkan taraf ekonomi, kini giliran FELDA pula menerusi pengembangan perniagaannya, menyumbang kepada negara dan membantu menaikkan taraf hidup rakyat lain termasuk generasi kedua dan ketiga peneroka, katanya.
Sebagai permulaan, FGVH sudah pun merangka satu program yang akan menyediakan bantuan kewangan bagi membaiki rumah penduduk miskin di kawasan pinggir tanah rancangan FELDA.
Kami menyediakan peruntukan kewangan bagi program ini. Ia adalah antara program tanggungjawab sosial FGVH, katanya.
Untuk bergerak ke depan, Sabri berkata, FGVH akan menumpukan kepada perniagaan dalam kegiatan huluan industri sawit yang menyediakan keuntungan lebih tinggi, tetapi pada masa masa terus mengembangkan perniagaan dalam sektor hiliran sebagai penyokong.
Sasaran kami dalam tempoh dua hingga tahun ini adalah menjadi syarikat perladangan terbaik. Kami sudah pun menjadi antara yang terbaik dari segi kadar perahan (OER) minyak sawit serta kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kini kami sedang berusaha meningkatkan kadar hasil sehektar menerusi penanaman semula menggunakan benih lebih bermutu tinggi, katanya.
Pada suku pertama berakhir 31 Mac 2012, FGVH mencatat keuntungan bersih RM192.16 juta, susut 46 peratus berbanding RM359.05 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

*Sumber Berita Harian 28/06/2012.

27 June 2012

Dividen Koperasi Permodalan Felda 2011 - 18%

Mesyuarat Agung Tahunan
Perwakilan Kali Ke-31 yang bermesyuarat pada 20 Jun 2012 (Rabu) yang lalu telah memutuskan bahawa kadar agihan dividen Koperasi Permodalan FELDA Malaysia ("KPF") bagi tahun berakhir 2011 adalah sebanyak 18% tertakluk kepada kelulusan dan pengesahan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia ("SKM").


Proses Pembayaran Dividen 10% dijangka akan mula dibayar pada awal Julai 2012.
Mesyuarat Agung Tahunan telah dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KPF, Dato' Dzulkifli Bin Abd Wahab dan dihadiri oleh PERWAKILAN serta para tetamu khas yang diundang mewakili anggota koperasi dari seluruh negara.