Saya ada satu soalan khas untuk anda. Bagaimana dan dimana tahap kewangan anda sekarang? dan soalan yang seterusnya, pernahkah anda mengkaji status kedudukan kewangan anda?
Disini saya senaraikan 4 tahap kedudukan kewangan. Anda boleh nilai sendiri dan cuba bandingkan dengan kedudukan kewangan anda.
- Kewangan Yang Tidak Selamat - Anda tidak mempunyai simpanan, jika ada pun untuk menyara hidup anda selama. Bertambah parah apabila anda tiba-tiba hilang pekerjaan atau sengaja berhenti kerja. Hidup umpama kais pagi makan pagi - kais petang, makan petang.
- Kewangan Yang Selamat - Anda mempunyai simpanan yang mampu menyara hidup anda dan keluarga selama 6 bulan walaupun tidak bekerja. Tempoh 6 bulan ini merupakan jangka waktu yang sesuai untuk anda mencari pekerjaan baru atau membuka perniagaan.
- Financial Freedom - Kebebasan KewanganAnda mempunyai aliran tunai pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda dan keluarga. Pada ketika ini, anda bebas menentukan sama ada hendak bekerja ataupun tidak.
- Tahap Selesa - Kaya dan mempunyai wang yang cukup banyak sehingga tidak tahu apa yang hendak dibelanjakan lagi. Pendek kata, belanjalah sebanyak mana pun, wang tetap tidak akan habis!
Di antara keempat-empat tahap kewangan yang saya nyatakan di atas, dimana tahap kewangan anda? Jika masih di tahap 1, tanamkan azam dan cita-cita untuk mencapai sekurang-kurangnya tahap 3 iaitu"Financial Freedom". Semoga berjaya...
Sekian,Wassalam.
No comments:
Post a Comment