28 February 2013

Penjawat Awan - Berapakah Baki Pinjaman Perumahan Anda......






Post hari ini adalah sekadar informasi untuk semua. Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui bahawa kini penjawat awam yang membuat pinjaman perumahan kerajaan boleh menyemak baki pinjaman perumahan mereka terus secara online memalalui laman web Perbendaharaan Malaysia.
 
Jika sebelum ini aku ada memaparkan kalkulator baki pinjaman peribadi, disini aku linkkan terus alamat web untuk kau orang membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan yang kau orang ada. Caranya mudah, hanya perlu klik DISINI dan kau orang akan dihubungkan terus ke laman web Perbendaharaan Negara. Kemudian isikan No. Kad Pengenalan atau No. Akun pinjaman dan seterusnya tekan butang Cari Maklumat. Baki pinjaman kau orang akan dipaparkan...

Bumiputera Terkaya Di Malaysia - Kenali 7 Daripadanya.....

Kalau sebelum ini aku ada memaparkan senarai 20 orang terkaya di Malaysia, Tapi hari ni aku bongkarkan pula senarai Bumiputera yang terkaya di Malaysia. Mempunyai harta bernilai berbilion ringgit memaang satu nilai yang banyak. Kalau aku ada sejuta ringgit pun dah terlalu banyak untuk aku. Itu pun dah pening agaknya nak urus..... ** Sekarang bolehlah cakap, Kalau ada nanti pasti tak cukup**** 
Oklah, seperti yang aku katakan sebelum ini, tak kiralah bagaimana mereka semua ini menjadi kaya hakikatnya mereka ini semua memang dah kaya.. So kalau kita nak jadi macam mereka kita kenalah ikut cara mereka....
Sekarang mari kita kenali BUMIPUTERA TERKAYA DIMALAYSIA.....

1. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

imagesMelalui Al-Bukhary Foundation, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary merupakan individu bumiputera terkaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah RM10.6 billion. Pengiraan kekayaan tersebut hanya tertumpu kepada syarikat awam berhad sahaja dan tidak termasuk syarikat-syarikat swasta kepunyaan beliau.

Beliau mempunyai kepentingan di dalam beberapa syarikat besar di Malaysia, antaranya ialah Tradewinds Plantation Berhad, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Corp Berhad, DRB-Hicom Berhad,Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad dan banyak lagi. AlBukhary Foundation juga aktif terlibat di dalam kerja-kerja kebajikan seperti pembinaan masjid dan penajaan pendidikan.

2. Tan Sri Azman Hashim

imageTan Sri Azman Hashim melalui syarikatnya Arab-Malaysian Corporation Berhad mempunyai jumlah kekayaan bernilai RM3.84 billion dan berada di ranking ke -11 dari senarai 40 orang terkaya di Malaysia. Beliau memegang 16.8% saham di dalam AMMB Holdings Berhad. Kini, Ambank Group merupakan institusi kewangan kelima terbesar di Malaysia.






3. Datuk Mokhzani Mahathir

Dato-Mokhzani-Mahathir
Beliau memegang 15.9% saham di dalam syarikat SapuraKencana Petroleum Berhad yang bernilai RM2.669 billion. Merupakan syarikat cari gali minyak, SapuraKencana kini merupakan antara top five world-largest intergrated oil & gas services and solution. Mempunyai 9,000 pekerja di 20 buah negara seluruh dunia.









4 & 5. Datuk Shahril Shamsudin & Datuk Shahriman Shamsudin

shahrilandshahriman

Adik-beradik ini mencatatkan jumlah kekayaan bernilai RM1.642 billion (Shahril) dan RM1.641 billion (Shahriman) melalui pegangan mereka di dalam Sapura Group. Merupakan bisnes keluarga dan mempunyai beberapa pegangan lagi di dalam syarikat seperti Sapura Kencana Petroleum, Sapura Resources Berhad, Sapura Industrial Berhad dan masing-masing memegang 48% pegangan saham di dalam syarikat Sapura Holdings.
 

6. Datuk Kamarudin Meranun

kamarudin-meranun
Kawan baik kepada Tony Fernandes ini melalui syarikat AirAsia Berhad, mengumpul nilai kekayaan berjumlah RM1.316 billion. Beliau memegang saham AirAsia sebanyak 25.74% dan 40.23% di dalam Tune Air Sdn Bhd. Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam beberapa syarikat di bawah Tune Group seperti Tune Money, Tune Ins Holdings, Tune Ventures dan juga memegang 46.93% saham di dalam Aero Ventures Sdn Bhd. 

7. Datuk Abdul Hamed Sepawi

abdul-hamed-sepawiMengumpul jumlah kekayaan bernilai RM570.4 juta melalui pegangannya di dalam syarikat Ta Ann Holdings Berhad. Terlibat di dalam industri pembalakan dan berpengalaman lebih 24 tahun di dalam bidang pengurusan hutan ini. Bermula pada tahun pertengahan tahun 1980 sebagai pemegang konsesi pembalakan, operasi perkapalan dan industri hiliran berasaskan kayu. Ta Ann juga terlibat secara aktif di dalam aktiviti penghutanan semula di Sarawak.



*** Sumber Pakdi.net.

27 February 2013

Graduan Baru - Cukupkah Pendapatan Bulanan Anda....

 Para bakal graduan.... Apabila anda mendapat kerja dan mendapat gaji setelah menamatkan pengajian anda, adakah ianya cukup untuk menampung kehidupan seharian anda......

 
 
 




26 February 2013

Apabila Pakatan Rakyat Menang - Bursa Saham Jatuh Merudum....


Aku bukannya menyebelahi mana-mana pihak. Tapi pada pendapat aku turun naiknya bursa saham adalah bergantung pada "penawaran dan permintaan". Sama macam berniaga kalau barang yang dijual sikit tapi yang nak barang tersebut ramai maka penjual akan menjual barang tersebut dengan harga yang tinggi. Begitu juga sebaliknya... Samasa sekolah dulu pun, itulah yang cikgu kita cakap. Tapi pada masa tu kita buat tak tahu aje......

Berbalik dengan saham.. Kenapa satu saham itu jatuh harganya... Pastinya sebab banyak yang menjual dari yang membeli. So jatuhlah harganya kerana.........Cari sendiri. Begitu juga bila banyak yang membeli dari yang menjual maka harga akan meningkat. Maka akan berulang-ulanglah perkara yang seperti ini.... Pegi pelabur yang bijak dan dapat membaca trand dia akan suka pada dua-dua keadaan. Harga tinggi pun dia suka harga rendah pun dia suka. Apa sebabnya... Bila harga rendah beliau akan beli dan naik beliau akan jual.....

Pandangan aku bagi, kalau jatuh bagus juga.... Nanti bila betul jatuh aku boleh beli banyak sikit....... Itulah sebabnya kita perlu ada perancangan kewangan jangka masa pendek, jangka masa sederhan dan jangkamasa panjang....

25 February 2013

Gaji Dah Masuk - Tapi...Cukup Ke.....

Tarikh 25 haribulan setiap bulan adalah tarih keramat atau tarikh yang ditunggu-tunggu bagi semua meraka yang kerja makan gaji... Termasuklah aku.... Bagi mereka yang mempunyai online akaun pagi-pagi dah tentu terus online bagi memastikan yang gaji mereka sudah di kraditkan ke akaun mereka atau belum. Sedangkan kita semua tahu dan hampir pasti yang baki akaun akan bertambah dengan kemasukan gaji tersebut. Tapi........ Adakah dengan masuknya gaji bulanan tersebut lebih mengembirakan kita atau sebaliknya... Jom lihat dibawah....



 

24 February 2013

Skim Cepat Kaya PAK MAN TELO - Sejarah Kewujudannya.....



Rasanya dah banyak kali diulang-ulang nasihat yang sama kepada mangsa skim cepat kaya. Bila keluar/tumbuh lagi skim cepat kaya yang terbaru, mula rambang mata. Masyarakat kita pula sangat gemar nak cepat kaya dengan cara yang paling mudah. Mungkin mereka masih terlupa dengan ungkapan seperti ini :
“Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah”

Sekarang ini trend, apabila skim cepat kaya di Malaysia terus mempelawa ahlinya untuk membeli pangkat pada harga RM10,000, RM20,000 atau pun RM80,000 kononnya boleh mendapatkan pulangan yang cukup-cukup lumayan dalam masa yang CUKUP SINGKAT. Ditambah pula, kononnya banyak pula golongan profesional yang ikut serta. Makin ramai yang terpengaruh. Sehinggakan ada yang buat loan bank rakyat semata-mata untuk melabur dalam skim cepat kaya tetapi semua kena tipu akhirnya...
 
Satu ketika dulu aku juga pernah terjabak pada skim seperti ini. Tapi yang baiknya kerugian yang aku tanggung taklah begitu banyak. Cuma lingkungan 20 ke 25K aje.. ho..ho.. Biasalah pada masa tu aku masih terlalu muda dan pada masa itu juga keadaan ekonomi aku tidak begitu seimbang. Baisalah pendapatan rendah dan hutang keliling pingang. Kononnya dengan menyertai skim seperti itu akan memberikan sinar baru dalam hidip. Segala hutang dan tanggungan dapat diselesaikan dengan pulangan tinggi yang dijajikan. Tapi malang semuanya hanya tinggal harapan....
 
Untuk pengetahuan kau orang semua bukan satu skim yang aku sertai. Entah berapa banyak aku pun tak ingat. Seingat aku semasa zaman tersebut beberapa skim yang begitu aktif adalah seperti Swiss Cash, AB Fund, Buluh Emas, Penternakan Lintah, Penternakan Ikan Keli dan Skim penanaman Serai. Hampir kesemua skim yang aku nyatakan telah aku sertai... Semuanya HAMPAS.... Yang paling seronok berkenaan satu skim yang aku sertai berkubur sehari selepas aku menyerahkan wang pelaburan bagi menyertainya.......
 
Pada masa tersebut, pantang ada orang yang kondem skim yang aku sertai. Dengan bersungguh-sunguh akan aku pertahankan. Tapi tak sekarang.... Semua skim yang wujud akan aku usaha untuk elakan dari terjebak lagi. Walaupun nampak macam menarik tapi aku pasti semuanya hanyalah penipuan semata-mata. Untunglah sekiranya kau orang merupakan peserta-peserta terawal menyertainya...
 
OOOOOO..... Sebenarnya disini aku nak kongsikan satu sejarah bagai mana bermulanya skin cepat kaya di Malaysia. Mungkin kau orang pernah dengan Skim PAK MAN TELO... Wujud sekitar awal tahun 70an. Tapi aku memang respek dengan pak cik ni. Pada zaman tu mana ada komputer lagi-lagi internet. Tapi beliau berjaya memperdaya orang ramai menyertainya hanya memperkenalkan skimnya secara konvensional.... Dan satu lagi segala rekod pelabur pun direkod dalam buku aje... Duit pun simpan kat rumah aje...  Dan teruskan membaca.......
 
 
Mendengar nama Osman bin Hamzah, majoriti daripada kita tidak mengenalinya. Tetapi apabila disebut Skim Pak Man Telo, tentu ramai di antara kita yang masih dapat mengingati skim cepat kaya yang pernah popular seawal tahun 1970-an hingga 1990-an.

Osman bin Hamzah adalah pengasas Skim Pak Man Telo. Tanpa mempunyai kelulusan tinggi, dia telah berjaya menganjurkan sebuah skim pelaburan piramid yang kompleks dan telah menarik penyertaan Iebih 50,000 orang pelabur termasuk golongan professional dan pegawai kerajaan, dengan nilai pelaburan mencecah RM99 juta. Skim tersebut dijalankan menerusi perniagaan miliknya, Pestama Enterprise yang beroperasi di Taiping, Perak.

Sebelum menjadi terkenal, Osman adalah seorang wartawan sambilan Bernama. Kini, namanya diingati sebagai salah seorang pelopor skim cepat kaya yang masih wujud di negara ini.

Populariti Skim Pak Man Telo menjalar ke seluruh negara dan di saat kegemilangannya, skim tersebut pernah menjanjikan pulangan dividen sehingga 12% kepada para pelaburnya. Bagi meyakinkan orang ramai supaya menyertai skim pelaburan anjurannya, dia mendakwa perniagaan miliknya terlibat di dalam bidang hartanah, pengeluaran makanan, barang plastik dan elektrik, komputer, perhotelan, kasut dan pemilikan saham beberapa syarikat utama.

Setelah dijamu dengan perkhabaran kemantapan perniagaan milik Osman dan pulangan pelaburan dalam tempoh yang singkat, Iebih ramai penduduk di negara ini menyertai skim pelaburan tersebut, tanpa menyedari aktiviti pelaburan tersebut adalah menyalahi undang-undang.

Namun begitu, kemuncak populariti Skim Pak Man Telo mula menemui titik noktahnya apabila Osman dihadapkan ke mahkamah pada 11 Januari 1990 atas pertuduhan melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 kerana mengambil deposit daripada orang ramai tanpa Iesen yang sah. Osman telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM250,000. Denda tersebut
dijelaskan oleh Osman.

Bank Negara Malaysia mengambil tindakan untuk menuduh Osman, selepas lama memantau Skim Pak Man Telo. Turut dikhabarkan, semasa serbuan dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap Osman, pihak berkuasa tersebut turut merampas sejumlah RM1.7 juta wang tunai daripada pengasas skim cepat kaya itu.

Menurut rekod, Osman telah didakwa di mahkamah sebanyak dua kali dan pendakwaan kali kedua dijalankan pada 17 Julai 1991 pada usia 65 tahun atas pertuduhan kesalahan yang sama. Walaupun Osman pada mulanya membuat pengakuan tidak bersalah, tetapi kemudiannya telah menukar pengakuan bersalah pada hari pertama perbicaraan dijalankan. Akhirnya, mahkamah telah menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM500,000 atau tambahan setahun penjara sekiranya gagal membayar denda. Osman gagal membayar denda dan dipenjarakan selama dua tahun bermula 17 Julai 1991.

Selepas dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama, orang ramai mula berasa sangsi terhadap Skim Pak Man Telo terutamanya apabila kedengaran ada pelabur yang tidak Iagi menerima pulangan pelaburan. Menyedari situasi tersebut, pelbagai alasan telah diberikan kepada para pelabur oleh Osman, antara alasan yang telah diberikan adalah krisis Perang Teluk dan rampasan dokumen oleh BNM.

Operasi skim tersebut pernah dihentikan sementara oleh Osman dengan alasan dalam proses ‘menghalalkan’ skim cepat kaya itu dengan mengikut konsep pelaburan anjuran Bank Islam yang tidak memberi pulangan yang berganda kerana berunsurkan ‘riba’. Osman juga pernah dikenakan hukuman buang daerah di Kampung Terong, Kuala Berang, Hulu Terengganu di Terengganu mengikut Ordinan Darurat.

Setelah bosan mendengar alasan-demi alasan yang diberikan oleh Osman akibat kegagalan membayar dividen yang telah dijanjikan, anak lelaki Osman telah diculik oleh sekumpulan enam orang lelaki pada 1991. Tujuan penculikan itu bertujuan memaksa Osman mengembalikan wang RM426,767 yang telah dilaburkan oleh mereka. Walaupun berjaya ditahan dan empat orang penculik didakwa di mahkamah, mereka hanya dijatuhi hukuman ringan, iaitu denda RM100 atau tiga bulan penjara.

Osman dan keluarganya juga telah disaman oleh para pelabur yang tidak mendapat kembali wang pelaburan mereka berjumlah jutaan ringgit. Tindakan saman itu dimulakan bagi menghalang Osman atau ahli keluarganya daripada mengeluar atau memindahkan wang yang didakwa milik para pelabur.

Osman mengakhiri hayatnya di Kuala Berang, Terengganu ada 22 Disember 1997 di usia 70 tahun semasa masih dalam perintah buang daerah.

Lelaki - Banyak Duit Pun Tak Guna Kalau......

Tartarik dengan artikal dari sebuah akhbar yang aku baca berkaitan seorang isteri tergamak untuk memotong kemaluan suaminya kerana cemburu kepada suaminya yang disyaaki memiliki kekasih gelap diluar. Sehubungan dengan itu aku nak ingatkan pada semua kaum sejenis ku (LELAKI) supaya berhati-hati apabila berniat untuk pasang sorang lagi. Jangan sampai berlaku perkara seperti ini pada diri kita. So pandai-pandailah simpan pada yang dah memulakan operasinya.
Ketahuilah bahawa walau kaya macammana pun kita tapi BENDA  TU dah tak ada... Maka tak gunalah kita sebagai seorang Leleki... DUIT yang banyak tak bagi nikmat yang sama macam yang BENDA tu berikan pada kita......

Mari baca atrikal dibawah..

JAKARTA, 21 Feb (Bernama) -- Perasaan curiga dan cemburu seorang wanita terhadap suaminya yang dipercayai curang menyebabkan dia tergamak memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur, dalam satu kejadian di Jawa Timur, hari ini.
Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, lapor portal berita Tempo.Co.
"Kejadiannya sekitar pukul 4 pagi," kata Mahrus, penduduk Langsar sebagaimana dipetik laman portal berita itu.
Beliau berkata ketika itu lelaki berkenaan sedang tidur nyenyak dalam bilik, isterinya yang terjaga dari tidur terus menuju ke dapur, mengambil sebilah pisau, kembali ke bilik tidur dan memotong alat kelamin suaminya.
Pasangan suami isteri itu berusia 33 tahun.
Jurucakap polis daerah Saronggi yang megesahkan kejadian itu berkata berdasarkan maklumat yang dikumpul polis, wanita itu nekad memotong alat kelamin suaminya kerana mengesyaki beliau menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
"Suspek sudah kami tahan dan masih menjalani proses siasatan di balai polis," katanya.
Mangsa kejadian itu kini sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Daerah Moh Anwar, Kota Sumenep........

21 February 2013

Nilai Hantaran Mengikut Taraf Akademik - Adakah Masih Releven...

Dalam aku membaca dengan melayari laman sosial dan blog, tertarik aku dengan satu artikal yang aku baca.... Ianya lebih kurang relate dengan sebuah lagu yang agak popolar juga pada masa kini. Aku pun tak tahu siapa penyanyinya.. Liriknya lebih kurang.....

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain....

Adakah masih releven kadar yang dinyatakan di atas. Rasanya telah meningkat kut... Apa yang dinyatakan diatas hanyalah kadar Hantaran mengikut taraf akademik... Cuba bayangkan kalau kadar hantaran pun dah dikira mengikut taraf akademik, bagaimana pula dengan majlisnya. Pastinya juga kemeriahan majlisnya juga akan mengikut Akademik juga.

Mari kita kira anggaran bagi melangsungkan perkahwinan bagi mereka yang baru tamat pengajian peringkat ijazah pertama yang mana dikatakan golongan paling mejoriti akan melangsungkan perkahwinan.

Hantaran = RM15000
Jamuan =  RM10/Pax (Paling Murah) x 1500 org = RM 15000
Pelamin & Persalinan = RM 2500  (Paling Murah)
Makan Damai = RM 2000 (Paling Murah)
Fotografi  = RM 2000 (Paling Murah)
Lain-lain (Bunga telur, kad jemputan, dll) RM 5000
Jumlah = RM 41500.00

Agak-agak ada ke duit yang cukup bagi mereka yang baru memulakan alam pekerjaan dengan pendapatan lebih kurang RM 3000 sebulan mengumpulkan wang sebanyak itu dalam masa yang singkat bagi melangsukan perkahwinan tersebut.

Mari kita fikirkan bersama.........

20 February 2013

Berapakah Pendapatan Yang Cukup Untuk Anda...

Berapakah gaji atau pendapatan yang anda rasakan cukup untuk anda setiap bulan...

Teringat semasa aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke salah sebuah Universiti Awam di salatan tanah air 20 tahun yang yang lalu. samasa itu salah seorang panjamin kepada kamasukan ku ke universiti tersebut adalah bapa saudaraku. Tat kala menandatangani surat perjajian kemasukan dikehendaki untuk penjamin mengisi satu ruangan pendapatan bulanan. Alangkan terkejutnya apabila melihat nilai pendapatan yang tertera diruangan tersebut bernilai lebih kurang RM4500.00 (Lebih kurang seingat aku). Pada masa itu aku rasakan nilai tersebut adalah terlalu tinggi atau mewah pada penerimanya. Bayangkanlah setiap bulan dapat RM 4500 dan membolehkan untuk beliau seisi keluarga berbelanja. Seumur hidup aku pada masa tersebut tidak pernah melihat slip gaji bernilai sebanyak itu. Paling tinggi pun slip gaji bapaku pada ketika itu bernilai lebih kurang RM1000 aje.

Tapi.... Adakah pendapatan dengan nilai sebegitu masih mencukupi.... KETUK KEPALA, TANYALAH HATI....

Real Estate Investment Trust (REIT), Apa Bendanya..?

Disini ingin aku kongsikan bersama apa yang dimaksudkan Real Estate Investment Trust (REIT). atau bahasa melayunya Amanah Saham Hartanah.

REIT merupakan pelaburan hartanah dalam bentuk unit amanah dan didagangkan di Bursa Malaysia sama seperti saham syarikat awam. Duit yang dikumpul dari para pelabur akan diuruskan oleh pengurus dana dengan membeli, menyewakan, dan menjual hartanah yang diuruskan.

Kalau syarikat awam yang lain, keuntungan yang diperolehi adalah melalui perniagaan yang dijalankan, samada mereka menjual produk atau perkhidmatan. REIT pula keuntungannya datang daripada sewaan (rental) atau hasil jualan hartanah yang dimiliki.

REIT terlibat dalam pelaburan hartanah yang berskala besar seperti bangunan pejabat, hotel plantation, hospital, shopping complex, dan lain-lain lagi. Nilai hartanah sebegini bernilai jutaan ringgit dan pelabur runcit seperti kita pasti tidak mampu untuk terlibat dalam pelaburan jenis ini.

Melalui REIT, kita boleh membeli sebahagian (fraction) daripada nilai hartanah tersebut. Mungkin kita beli pasu bunganya sahaja seperti video di bawah. Hoho :

19 February 2013

Penjawat Awam - Elaun Naik Lagi....


Untuk makluman aku baru saja balik dari mendengar amanat atau pesanan dari Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa kepada penjawat awam yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang sempena lawatan rasmi beliau ke Negeri Pulau Pinang. Seperti biasa amanat yang sama seperti yang disampaikan olehnya pada perjumpaan dengan penjawat awam sebelum-sebelum ini.

Hanya beberapa perkara saja yang aku tertarik dalam ucapannya dan aku rasakan sememangnya perkara ini akan dilaksanakan iaitu berkaitan kenaikan gaji bagi mereka yang telah mancapai tahap dinding. Melihat dari kesungguhan beliau membangkitkan perkara ini amatlah tinggi sekali. Walau bagaimana pun ianya dikatakan masih dalam kajian terperinci lagi dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.

Selain itu, dari sumber lain yang aku perolehi Cuepacs diberitakan sudah menghantar tuntutannya kepada Ketua Setiausahana Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa berhubungan kenaikan elaun penjawat awam. Tuntutan itu akan dikaji oleh kerajaan dan jika diluluskan ianya dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri menjelang Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13.

Antara tuntutan Cuepacs adalah (Sumber BeritaSemasa): 
  • Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013 : Kenaikan daripada RM180 kepada RM450 disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa
  • Elaun Sara Hidup (COLA) 2013 : COLA diselaraskan kepada RM300
  • Elaun penginapan : Kenaikan daripada RM120 kepada RM200 kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga
  • Status jawatan kontrak melibatkan masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara
  • Gaji maksimum melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka (kenaikan antara 2 hingga 5 peratus)
  • Peranan ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan bawahannya
Apa yang aku harapkan semua tuntutan diatas akan dikaji dengan teliti dan dapatlah diluluskan. Dan pesanan aku pada semua penjawat awam, sekiranya betulah segala tuntutan di atas diluluskan janganlah pula lupa daratan dengan membelanjakan segala imbuhan tersebut ke perkara yang tidak sepatutnya. Gunakanlah dengan sebaik yang mungkin bagi menjalani kehidupan dengan tanang. Jangan pula menjadikan penambahan pendapatan yang diperolehi nanti menjadi punca bebanan yang perlu ditanggung bertahun lamanya dengan menambahkan bebanan hutang..........

Kerana Dia Seorang Ayah.....

Disini aku selitkan sebuah kisah yang aku petik dari WALL di laman Facebook aku. Tidak kira ianya benar atau tidak, kisah ini boleh membuatkan pembacanya menintikan air mata ketika membacanya... Pesanku pada adik-adik ku sekelian, sekiranya kita meminta sesuatu dari bapa kita pastikan ianya adalah diatas kemampuan dan keupayaannya... Dan bersyukurlah sekiranya apa yang kita hajatkan di tunaikan olehnya....

 
Sesungguhnya seorang ayah itu akan sentiasa menunaikan kehendak anaknya seboleh yang mungkin kerana......KERANA DIA SEORANG SEORANG AYAH...
 
Ikuti Kisah Benar dibawah sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian.......
 
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

... Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

18 February 2013

Terbaru : Senarai 20 Orang Terkaya Di Malaysia 2013



Tidak kira bagaimana mereka menjadi begitu kaya di negara ini, yang pastinya meraka sememang talah memiliki kekayaan yang melimpah ruah. Sekiranya kita ingin menjadi kaya seperti mereka ambil yang positif dan hindarkan yang negetif berkaitan usaha dan kehidupan mereka ini. berikut Senarai 20 Orang Terkaya di Malaysia 2013:-

  1. Robert Kuok Hock Nien (RM46.1 bilion) (Kerry Group/Kuok Group)
  2. T Ananda Krishnan ( RM32.90 bilion) (Usaha Tegas)
  3. Tan Sri Teh Hong Piow (RM13.73 bilion) (Public Bank)
  4. Tan Sri Quek Leng Chan (RM11.09 bilion) (Hong Leong Group & Guoco Group)
  5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM10.6 bilion) (Al-Bukhary Foundation)
  6. Tan Sri Lee Shin Cheng (RM10.56 bilion) (IOI Group)
  7. Tan Sri Lim Kok Thay ( RM8.12 bilion) (Genting Group)
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (RM7.23 bilion) (Genting Group)
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (RM6.35 bilion) (Rimbunan Hijau)
  10. Ong Beng Seng (RM4.016 bilion) (Hotel Properties Ltd)
  11. Tan Sri Azman Hashim (RM3.84 bilion) (Arab-Malaysian Corp)
  12. Tan Sri Yeoh Tiong Lay (RM3.467 bilion) (YTL Group)
  13. Datuk Mokhzani Mahathir (RM2.669 bilion) (SapuraKencana Petroleum)
  14. Tan Sri Vincent Tan (RM2.256 bilion) (Berjaya Group)
  15. Datuk Desmond Lim (RM1.869 bilion) (Pavilion REIT)
  16. Datuk Lee Yeow Chor (RM1.742.47 bilion) (IOI Group)
  17. Lee Yeow Seng (RM1.699 bilion) (IOI Group)
  18. Tan Sri Lau Cho Kun (RM1.697 bilion) (Hap Seng Consolidated)
  19. Datuk Shahril Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)
  20. Datuk Shahriman Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)

17 February 2013

KWSP Umum Dividen 6.15% Tahun Berakhir 2012 .

Dalam lingkungan pukul 2.30 petang tadi ,pengumuman rasmi telah dibuat oleh pihak KWSP sebentar tadi. Dividen 6.15% bakal diagihkan kepada pencarum KWSP.
Ahli KWSP boleh menyemak pengkreditan dividen tersebut di Kios KWSP, kaunter atau melalui i-Akaun mulai hari Isnin, 18 Februari 2013.


Syukur padaNya dengan limpah kurnia darinya..... Antara Pendapatan Pasif yang dah diterima..

Dividen ASB = 8.9%
Dividen Tabung Haji = 8%
Unit Percuma PIOGF = 1.25 Sen Perunit
Dividen KWSP = 6.15%
Dan tunggu yh lain akan menyusul............

07 February 2013

Tabung Haji Umum Bonus 2012 - 8.0%

 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Tabung Haji umum pembayaran Bonus Jubli Emas 2012 dengan bonus tahunan 6.5 peratus dan tambahan bonus khas 1.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia adalah pembayaran bonus tertinggi dalam sejarah 50 tahun penubuhan Tabung Haji.

 
 
 
Pengiraan Bonus Jubli Emas TH adalah seperti berikut:

Bonus
Pengiraan
Bonus Tahunan (6.50%)
 (Baki minimum bulanan (Jan-Dis 2012)/12 bulan) x 6.50%
*Bonus khas (1.50%) 
   (Baki minima bulanan (Jan 2006 hingga Dis 2012)/84 bulan)  x      1.50%






 * Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus Jubli Emas TH 2012 melalui kaunter TH atau ATM bank-bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic mulai 10hb Februari 2013.

03 February 2013

10 Tips Mudah untuk Bakal Graduan Yang Nak Mula Kerja

Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, time pegi sekolah, selalu cikgu cakap, kalau sapa belajar rajin, nanti besar boleh masuk Universiti. Mak bapak kita pun selalu ulang benda yang sama untuk beri perangsang supaya kita tekun belajar. Ya lah, mak bapak aku tak sekolah tinggi, so harapan mereka hanya pada anak-anak untuk lebih berjaya di masa depan. Pada firasat mereka, orang yang masuk Universiti akan dapat kerja hebat, dapat gaji besar, dan akan berjaya dalam hidup.

So, aku terpanggil nak bagi few tips mudah kalau korang yang dah nak grad tu nak ambik tau. Bagi yang dah tau, sebar-sebarkan dekat kawan-kawan yang masih tak tau (sharing is caring)..

Pertama, cari kerja yang bersesuaian, biarpun tak sama dengan kelulusan (ye lah, ada yang cakap kerja susah sekarang).
kerja pertama ni penting untuk set landasan kerjaya kita pada masa depan. Tak semestinya, kerja tu kena gaji besar, atau duduk office besar. Yang penting, kita dapat praktik ilmu yang kita timba masa dekat Universiti dulu. Jangan terkejut, jika semua yang kita belajar dulu takde satu sen pun digunapakai. Itu secara lahiriah aje, tapi secara rohaninya, korang yang grad Uni ni telah diasuh untuk berdikari, cepat belajar dan boleh work under pressure (ini kes suka buat kerja/assignment/study last minute kan?).


Kedua, sebaik saja dapat kerja yang bersesuaian (jangan memilih kalau dah susah dapat kerja ok), setkan bajet peribadi.
Apa yang perlu ada dalam bajet peribadi? antara lain ialah, wang saku untuk belanja harian, bayar hutang (PTPTN ke, maka bapak ke, bank ke..) dan sedikit simpanan. Bila dapat saja duit gaji, jangan jadi mereng (hilang ingatan) nak pegi order kereta lah, nak pegi melancong lah, nak beli kapal selam lah dan macam-macam benda tak penting lagi. Check dulu bajet peribadi yang korang buat tadi tu, dan belanja ikut perancangan yang dibuat. Monitor dan perbaiki mana-mana yang tak betul.

Ketiga, masuk pelaburan mudah. Yang paling jimat untuk bakal graduan ialah masuk koperasi.
Bank Rakyat, Koperasi Permodalan Felda (bagi anak peneroka dan pegawai Felda), Koperasi pekerja syarikat tempat korang kerja dan lain-lain. Koperasi yang berdaya saing (ada jugak yang lingkup) biasanya akan bagi dividen yang baik (minimum dalam 5%) setahun atas modal yang kita carum. Kalau simpan bawah bantal saja, duit kita tu tak membiak. Satu lagi, kalau nak buat loan kecik-kecik, koperasi biasa bagi rate yang lebih baik dari bank.

Keempat, duduk dengan family (kalau tempat kerja dekat rumah) atau menyewa beramai-ramai.
Untuk kurangkan kos sara hidup, sebagai permulaan, cuba duduk dengan family yang ada bilik/katil kosong untuk korang tumpang. Bayar la sikit kat diaorang, macam tolong setel bil api/air ke, atau belanja dapur sedikit sebanyak. Biasanya mereka faham sebab dulu pun masa diaorang nak mula hidup pun menumpang jugak. Kalau takde pilihan, cuba cari rumah sewa yang setimpal dengan bajet peribadi korang, dan sewa ramai-ramai.

Kelima, naik pengangkutan awam (aku nak rekemen naik moto, tapi korang berani ambik risiko ke?).
Biasa-biasakan naik pengangkutan awam waktu mula-mula kerja ni. Aku dulu, ada motor cabuk je masa start kerja.

Keenam, cari boifren atau gelpren yang memahami. Niat untuk kahwin, bukan maksiat.
Aku taulah, korang ni belum abis study lagi, gelpren/boipren dah ada. Hati-hati sikit, selagi korang tak kahwin, banyak dugaan dia (mesej berunsur dakwah). Termasuk jugak, bajet pun boleh lari disebabkan asyik nak dating atau belanja kekasih. Seeloknya, baru-baru kerja ni, toksahlah membazir sangat. Kalau perlu nak belanja makan ke apa ke, cari tempat yang jimat dan bermakna (dalam maksud ni). Lagi bagus, korang simpan duit banyak-banyak untuk belanja nikah (ini yang wajib kan).

Ketujuh, Beli takaful (insurans) perubatan atau nyawa (dulu orang melayu skeptik sikit bab insuran nyawa ni sebelum ada Takaful)
Masa umur korang masih muda, premium insurans jauh lebih murah compare waktu dah tua nanti. Pilih pakej dan coverage yang bersesuaian dengan premium (bayaran bulanan) yang perlu dibayar. Check jugak success story dari ejen insurans/takaful tu, kadang tu masa kempen suruh kita carum, bukan main berkobar-kobar, tapi service masa kita dalam kesusahan hampeh. Nanti, bila korang dah lama kerja dan gaji makin besar, boleh upgrade pakej sedia ada kepada yang baru (dengan sum coverage yang lebih besar dan baik). Bincang dengan ejen baik-baik dan mintak dia explain sampai paham sebelum buat komitmen. Insurans ni once dah ambik kena pejam sebelah mata. Sebab dia akan deduct gaji kita tiap-tiap bulan. Ada jugak insurans/takaful yang link dengan saving plan. So, kita akan dapat faedah saving jugak.

Kelapan, NO CREDIT CARD (kecuali bagi yang selalu kena outstation).
Credit card adalah antara penyebab utama graduan yang baru bekerja akan bangkrap atau pokai. Seboleh-bolehnya, biasakan berbelanja atau membeli dengan tunai. Maknanya, kalau ada duit, baru boleh beli, takde duit, tak boleh beli. Tapi kalau ada credit card, duit takde atau belum gaji pun dah boleh mula berbelanja. Bahaya macam ni yop. Pengalaman aku dulu baru-baru dapat kad kradit bukan main seronok. Biasalah kad melabangkan kedudukan kononya. Gold card lagi. sampai satu masa kad limit aku maksimum. Bukan satu tapi dua kad. Nak mati rasa masa nak sattlekan hutang tersebut.
Dulu-dulu, takde credit card, boleh je hidup. Ada sikit exception sekiranya korang selalu kerja luar (outstation). Kadang tu, nak check-in hotel, credit card lebih convenient. Tapi kena waspada, guna credit card untuk tujuan itu aje, shopping ke ape ke – No No!. Make sure langsaikan semua baki sebelum tarikh akhir. Jangan amalkan bayar minimum payment saje, nanti bunga dia akan berganda sampai korang tak boleh setel (macam Along jugak).

Kesembilan, Sedekah dan zakat.
Percaya yang satu ni. Setiap sedekah, zakat dan pemberian yang ikhlas dari sumber rezeki yang halal, akan Allah gandakan dengan rezeki baru. Disiplinkan diri untuk mula amalkan sejak dapat gaji pertama lagi.

Kesepuluh, Monitor, Revise dan Improve.
Setiap perkara yang kita buat mesti ada kelebihan dan kelemahan. Begitu juga jangka waktu ianya patut dilaksanakan. Tak boleh statik dan tiada penambahbaikan (improvement). Benda ni kena praktis, lama-lama jadi biasa. Set perancangan kewangan/bajet jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Lepas tu kena monitor perkembangan. Mana yang ada cacat cela, cepat-cepat perbaiki. Kenalpasti peluang dan ruang untuk tingkatkan lagi sampai korang jumpa bajet yang betul-betul mantap.

Once korang dah buat kesepuluh tips kat atas tu, bolehlah mencuba untuk join the millionaire mindset club. Walaupun harta belum berjuta, fikiran jutawan tu kena ada, baru gerak langkah pun menjurus ke arah tu. Kita nak jadi kaya bukan sebab suka pada kekayaan semata-mata, tapi sebab kita suka proses dan cara memperolehinya. Sebab faedahnya bukan untuk diri kita dan keluarga sahaja, malah kita dapat kongsi dengan orang lain yang tidak berpeluang mendapatnya macam yang kita dapat. Bukankah ini lebih seronok bila dapat kongsi dengan orang lain jugak? (tanggungjawab menyampaikan rezeki kepada mereka yang berhak). Lagi ramai orang Muslim yang bertanggungjawab kaya, lagi makmur dunia ni, betul tak?.

So, make sure korang yang bakal tamat pengajian di kolej, Universiti atau institusi pengajian tinggi yang lain sudah bersiap sedia untuk masuk ke alam pekerjaan yang penuh mencabar. Jangan main masuk aje tanpa perancangan rapi, nanti terjebak dalam perangkap nafsu, susah nak perbaiki.

OK Yop, kalau korang dah baca sampai baris terakhir ni, tolong share dengan kawan-kawan lain pulak (klik share button kat bawah tu). All the best Yop!