04 July 2012

Cerita Pasal Kesihatan....


Info ini aku saja petik dari sebuah blog yang aku baca. Dari sini bolehlah kita memahami istilah-istilah berkaitan ujian yang kita lakukan bagi mengetahui tahap kesihatan kita.. Antara ujian yang kita perlu lakukan ialah :

1. Blood Glucose Test
Ideal Glucose Result
Ujian ni adalah untuk nak tau berapa kadar gula dalam darah kita. Ayat mudah nak faham nak tentukan sama ada kita ada kencing manis atau tak. Sekiranya keputusan berada dalam skala yang ditetapkan maknanya kita ok.

2. Blood Pressure Reading
Ideal result for blood pressure test
Ujian ni pulak nak tentukan kadar tekanan darah kita. Kalau tekanan darah kita tinggi, tak bagus. Kalau tekanan darah rendah pun tak bagus jugak.

3. Obesity Screening
Ideal Obesity Screening resultUjian ni nak tau pasal kadar lemak dalam badan. 

4. Asian BMI (Body Mass Index)
Ideal result for BMI
Ujian ni dibuat untuk tentukan sama ada berat badan ideal atau tak compare dengan ketinggian kita. Ujian ni berkait rapat dengan ujian Body Fat tadi. Jika ujian Body Fat tinggi, BMI juga akan tinggi. Begitulah juga sebaliknya.

5. VFAT (Visceral Fat) level
VFAT
Berbanding ujian Body Fat dan BMI, ujian ni adalah lebih penting. Sebabnya, ujian ni menentukan kadar lemak dalam organ dalaman kita. VFAT yang tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke, kencing manis dan hypertension.
Ideal result for VFAT
VFAT secara mudahnya, boleh ditentukan berdasarkan saiz perut. Kalau nampak perut buncit, besar kemungkinan VFAT tinggi.

6. BMR (Basal Metabolic Rate)
Ideal result for BMR
Ujian ni pulak untuk tentukan berapa kadar Basal Metabolic dalam badan kita.
BMR adalah kadar berapa banyak jumlah kalori yang digunakan oleh badan kita semasa kita sedang rehat atau tidur untuk tujuan aktiviti asas badan seperti mengepam darah, mengekalkan suhu badan, etc.

Pesanan aku.....
Badan yang sihat adalah harta yang paling bernilai sekali di dunia.. Tak guna kalau ada duit berjuta, tapi ada macam-macam penyakit. Sakit jantung ade, sakit buah pinggang ade, kencing manis ade..iskk..sama pulak macam iklan astro kat tv..’macam-macam ada!’.

03 July 2012

Pinjaman Perumahan: Perbezaan Term Loan & Flexi Loan



Secara asasnya, terdapat 2 jenis pinjaman perumahan yang selalu ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia. Jenis pinjaman yang dimaksudkan adalah Term Loan dan Flexi Loan.
Dari segi perkiraan kadar faedahnya, hampir kesemua jenis pinjaman perumahan ini dikira berdasarkan kiraan ‘daily rest’. Secara ringkasnya, daily rest interest ini adalah kiraan kadar faedah yang dikira secara harian berdasarkan baki jumlah pinjaman.

Oleh kerana itu, tidak terdapat perbezaan dari segi bayaran ansuran bulanan bagi Term Loan, Flexi Loan mahupun Semi flexi Term Loan selagi kadar interest rate yang ditawarkan adalah sama.

Kebanyakan bank mengenakan kadar faedah berdasarkan BLR (Base Landing Rate) atau BFR (Base Financing Rate). Jadi, jika kadar BLR atau BFR ini naik, bank sama ada akan memanjangkan tempoh pinjaman atau meminta peminjam untuk menambahkan amaun bayaran bulanan.

Perbezaan penting yang membezakan diantara Term Loan, Flexi Loan dan Semi-flexi Term Loan adalah:

Flexi Loan
  • Pihak bank akan membuka Akuan Semasa (Current Account) atas nama si peminjam. Akaun Semasa ini akan dihubungkan dengan akaun pinjaman (Loan Account).
  • Bank akan membenarkan si peminjam untuk membuat extra payment dari jumlah amaun ansuran bayaran bulanan yang sepatutnya bagi mengurangkan faedah pinjaman.
  • Si peminjam boleh membuat extra payment ini dengan memasukkan duit lebihan itu ke dalam Akaun Semasa atau Akaun Pinjaman pada bila-bila masa tanpa perlu memberitahu kepada pihak bank terlebih dahulu.
  • Pihak bank membenarkan si peminjam untuk mengeluarkan kembali duit lebihan tadi pada bila-bila masa melalui ATM, buku cek, etc tanpa perlu memberitahu kepada pihak bank terlebih dahulu.
  • Bank akan mengenakan caj bulanan ~ RM10 sebulan. Tetapi, terdapat juga bank yang tidak mengenakan caj bulanan ini (waiver).
  • Kelebihan:
    • Pinjaman jenis ini adalah seperti kemudahan overdraf. Jika peminjam ada duit lebih, boleh depositkan ke dalam Akaun Semasa. Ini akan mengurangkan prinsipal pinjaman dan menjimatkan faedah. Jika si peminjam memerlukan wang, duit lebihan yang didepositkan tadi boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
Term Loan
  • Pihak bank membenarkan si peminjam untuk membuat extra payment bagi mengurangkan principal, tetapi ada kalanya si peminjam perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak bank.
  • Terdapat juga bank yang tidak membenarkan peminjam untuk membuat extra payment. Semua syarat ini terdapat pada Letter Offer yang dikeluarkan oleh pihak bank.
  • Walaupun peminjam ada membuat extra payment ke atas ansuran bulanan pinjaman, bank tidak membenarkan si peminjam untuk mengeluarkan duit lebihan tadi.
  • Kekurangan:
    • Tidak boleh mengeluarkan duit lebihan ke atas extra payment yang dibuat.
    • Ada bank yang tidak membenarkan peminjam untuk membuat extra payment bagi mengurangkan prinsipal.
    • Jika extra payment dibenarkan, ada kalanya perlu memaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu.

Secara mudahnya pinjaman jenis Flexi Loan adalah yang terbaik kerana dengan mendepositkan lebihan wang ke dalam akaun, kita dapat mengurangkan faedah pinjaman dan mengurangkan tempoh pinjaman. Dalam pada masa yang sama, jika kita memerlukan duit, duit lebihan tadi boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Dividen Koperasi Permodalan Felda Mula dibayar...


Salam semua...

Hari ni  dikhabarkan  berita gembira bahawa Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah mula membuat bayaran dividennya kepada semua pemegang saham. Sejumlah 10% dividen yang telah diistiharkan pada Mesyuarat Agung tahunanya pada 22 Jun lepas talah dikraditka ke dalam akaun bank setiap pamegang sahamnya semalam. Bakinya 8% lagi akan dibayar setelah mendapat kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia kelak.


Satu yang istimewanya bagi pelaburan di Koperasi Permodalan Felda ialah, kita semua tak perlu memperuntukkan sebahagian dari pendapatan dividan mahupun bonus yang kita bagi tujuan pembayaran zakat. ini kerana pelaburan kita di KPF telah dibayarkan zakat oleh KPF. Jagi apa yang kita terima adalah bersih. Apa yang perlu ialah kita peruntukan sedikit untuk buat amal sedekah kepada yang memerlukan.


Nasihat dari aku....Walau apa pun kita seharusnya bersyukur dengan apa yang diperolehi. Jadi, saranan saya kepada semua yang mendapat keuntungan dividen, tidak kiralah dari sumber mana pun, peruntukanlah sebahagian daripadanya untuk dilaburkan dalam diri sendiri seperti membeli buku, menghadiri seminar atau bengkel atau menyambung pengajian di dalam bidang yang anda minati!


Semoga dengan usaha melabur berterusan dalam ilmu pengetahuan akan membuahkan hasil yang menguntungkan kepada kita semua..

02 July 2012

Lawak - Ayam Pangang...


Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan seekor ayam panggang. Beberapa minit kemudian pesanannya sampai. Tapi sedang dia menikmatinya makanannya, pelayan restoran telah menghampirinya dan berkata.. “Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada… maaf ya Encik.”
Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata, “Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. Lagi pun saya juga yang akan membayarnya”.
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.
“Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau!.”  
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut…

01 July 2012

Berapakah Baki Pinjaman Peribadi Anda.....


Kebanyakan dari kita telah terjebak dengan pinjaman peribadi yang kini banyak ditawarkan oleh agensi kewangan di negara kita. Mana tidaknya dengan hanya menunjukkan penyata pendapatan bulanan, anda dengan mudah ditawarkan pinjaman. Apa yang lebih menyeronokan lagi, kebnyakan pinjaman peribadi ini tidak memerlukan sebarang penjamin sebagai satu syarat untuk pihak pemberi pinjam meluluskan permohonan pinjaman anda. Cara bayaran bulana juga mudah. Semua bayaran bulanan akan dipotong terus dari pendapatan bulanan anda. Mudah bukan....
Tapi tahukah anda berapakah baki pinjaman setelah anda membuat bayaran untuk sesuatu tempoh dengan konsisten. Contohnya setelah setahun, dua tahun, tiga tahun dan seterusnya... adakah penat lelah anda membuat bayaran selama tempoh tersebut telah mengurangkan jumlah pinjaman anda dengan banyak..
Katakan setelah lima tahun anda membuat bayaran secara konsisten kepada pihak bank, dan kemudiannya anda terfikir untuk membuat full settelment atau pun ingin membuat membuat pinjaman bertindih. Pada masa tersebut tentunya anda ingin mengetahui    berapakah baki pinjaman anda pada masa tersebut. Penyelesaian kebiasaannya adalah dengan menelefon bank. Tapi tahukah anda bagaimana pengiraan tersebut dikira... 
Inilah Contoh pengiraan:
Katakanlah Ali buat pinjaman peribadi dari Bank X sebanyak RM30,000 pada kadar faedah 4.9% setahun dengan tempoh bayaran balik selama 15 tahun.
Rebate on interest
Pening tak..... Kalau setakat untuk tempoh bayaran satu atau dua tahun bolehlah kita kira secara manual. Kalau melibatkan tempoh bayaran 20 tahu macam mana... Mahu Demam seminggu nak selesaikannya bukan..
Jadi anda semua tak perlulah membuat pengiraan secara manual. Disini saya sertakan kalkulator rebate on interest for fixed rate financing (excel format) untuk kegunaan anda semua. Anda boleh dapatkannya  Disini.. Dan jangan risau..free je! 
Pastikan semasa anda mengunakan perisian yang saya sertakan ini, anda hendaklah berada dalan keadaan yang tenang. Saya percaya pastinya ada yang berkerut dahi apabila mendapati baki pinjaman anda masih menunjukkan angka yang anda tidak jangkakan...

p/s: Sebagai peringatan, nilai yang diperolehi dari ‘kalkulator’ ini hanyalah sebagai anggaran kasar sahaja. Nilai tersebut mungkin berbeza daripada nilai sebenar yang diberikan oleh pihak Bank. Sila hubungi Bank anda untuk mendapatkan nilai yang tepat.

Adakah Anda Seorang Yang Kaya - Formula Mudah..

Kebanyakan dari kita merasakan yang kita kini adalah seorang yang kaya. Mana tidaknya pada masa kini telah mempunyai banglow idaman yang selesa, satu atau dua kereta mewah, sebuah motorsikal berkuasa tinggi, dapat makan ditempat-tempat esklusif dan memiliki banyak lagi yang kita rasakan sebagai harta. Namun begitu dengan memiliki semua perkara diatas adakah telah menunjukkan kita seorang yang kaya. Oleh itu mari kita kirakan mengunakan formula yang saya sertakan dibawah.....

A- Kirakan pendapatan bulanan yang dijana oleh hartanah, aset atau sebarang perniagaan yang tidak memerlukan kehadiran anda? (Pasif Income)

B: Kirakan jumlah perbelanjaan bulanan anda?

Formula Kekayaan = A – B

Sekiranya jawapan anda positif maka anda adakah seorang yang kaya.

Tapi saya percaya ramai yang memperolehi nilai Kekayaan yang negatif. Maknanya, anda belum kaya lagi. Kekayaan sebenar hanya baru bermula apabila nilai A melebihi B, walaupun anda tidak bekerja.

Syarat Untuk Berjaya Capai Kebebasan Kewangan

  1. Kemahuan untuk MENANG mestilah kuat. Tetapkan yang anda mesti menang untuk memastikan kejayaan anda.
  2. Kekurangan sumber tidak menjadi halangan. Yang lebih penting, anda perlu mempunyai strategi yang betul dan komitmen yang kekal tinggi.
  3. Ia tidak mudah dan memerlukan pengorbanan. Hakikatnya sebarang perkara yang bernilai tidak akan datang kepada anda melalui cara yang mudah.
  4. Strategi kewangan yang berjaya terdiri daripada dua perkara iaitu serangan dan pertahanan yang hebat. Secara umumnya serangan adalah sumber pendapatan yang pelbagai, manakala pertahanan pula menggunakan insurans atau takaful.