27 April 2011

Kekuatan Kewangan - Beginikah Kita.....

Adakah begini keadaan kewangan kita kini. Segala komitmen hanya ditanggung sepenuhnya dari pendapatan aktif. Ini mengakibatkan kehidupan kita sentiasa didalam tekanan kerana kita perlu aktif dalam mendapatkan pendapatan untuk menampung komitmen kehidupan seharian.
Jadi bagaimanakah untuk kita mengatasi masalah ini... Tunggu post selepas ini......

19 April 2011

Dividen Felkop 2010...

Salam semua...

Hari ni aku dikhabarkan dengan berita gembira dari rakan syarikat lama ku malalui laman Facebook. Khabarnya diveden FELKOP (Koperasi Kakitangan Felda) telah dibayar. Kesemua cek dividen telah dihantar ke satiap projek. Para ahli bolehlah mengambil wang dividen tersebut setelah cek tersebut ditunaikan oleh kerani kewangan masing-masing.

Dikhabarkan juga dividen kali ini masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu 10%. Aku bersyukur walaupun tak banyak dengan duit yang aku terima ini dapatlah aku menambahkan lagi pelaburan aku bagi meningkatkan lagi pendapatan pasif aku. Untuk makluman semua inilah salah satu pendapatan pasif yang aku ada... Walau pun tak banyak siapa nak bagi RM200 sebulan jika dibahagikan jumlah dividen yang aku terima dengan 12 bulan.... Lepaslah untuk aku bayar instalment Motor Yamaha LC135 aku...(dalam perancangan kalau jadi)......

13 April 2011

Kad Kredit - Bahayanya Faedah Kompaun..



Sebelum ini telah diterangkan secara ringkas apa yang dikatakan Faedah Kompaun. Dalam baiknaya terdapat juga keburukan keatas konsep faedah kompaun ini. Keadaan ini berlaku sekiranya anda berada di pihak yang meminjam.

Cuba anda bayangkan jika sekiranya anda mempunyai pinjaman atau hutang kad kredit, anda perlu membayar lebih sekiranya hutang tersebut dikira pada kadar faedah kompaun atau faedah ke atas faedah. Ini adalah disebabkan pengiraan faedah penggunaan kad adalah berdasarkan baki pinjaman akhir setiap bulan. Dengan melewatkan bayaran pinjaman atau kad kredit bagi tempoh yang lebih panjang, anda akan dikenakan lebih faedah. Akhirnya, ia akan menimbulkan kesukaran untuk anda menjelaskan pinjaman atau hutang kad kredit tersebut.

Oleh yang demikian, sekiranya anda mempunyai hobi membayar menggunakan kad kredit dan membuat bayaran secara minimum setiap bulan maka anda merupakan LUBUK EMAS BAGI PENGELUAR KAD KREDIT TERSEBUT......


Kad Kredit - Rahsia Menjana Keuntungan

Kita kini sudah menjadi masyarakat ketagih hutang, dengan segala tarikan kebendaan yang sukar ditolak oleh orang ramai. Bank pula berkejar-kejar untuk memberikan kad kredit kepada umum untuk meluaskan perniagaan mereka. Merekalah yang paling banyak untung.

Cuba fikirkan, kenapa syarikat kad kredit berlumba-lumba nak memberikan anda kad kredit? Malah banyak juga yang langsung tak kenakan yuran tahunan. Mereka sebenarnya melabur dalam anda. Anda saham mereka yang akan memberikan pulangan terkompaun 15 - 18% setahun kepada mereka. Sebab itulah mereka memberikan pelbagai layanan istimewa dan mata ganjaran, dengan diskaun sini sana. Mereka sayangkan anda sebab anda lubuk emas mereka.

Tapi bagi orang yang bijak, mereka akan menggunakan kad kredit, tetapi akan bayar jumlah yang dipakai tepat pada masanya. Satu sen pun tak kena faedah. Ada banyak kad sekarang yang tidak mengenakan yuran. Anda boleh kutip mata ganjaran dan manfaatkan segala diskaun tetapi pastikan anda bayar tepat pada masanya.

Seorang eksekutif yang bekerja dalam syarikat kad kredit berkata pelanggan macam ni memang mereka tak suka, sebab untung mereka hanyalah potongan yang diperolehi daripada peniaga semasa anda membuat urus niaga. Jadi matlamat anda ialah untuk menjadi pelanggan yang kurang disenangi oleh bank. Jangan jadi lubuk emas mereka.....

08 April 2011

Compounding Interest - Apa Bendanya.....

Salam semua.... Dalam banyak kita bercerita pasal menambah kekayaan, perkara yang amat perlu diambil kira ialah caranya... Berbagai cara boleh digunakan kalau kena dengan caranya... Satu caranya ialah "Faedah Kompaun - Bahasa orang putihnya COMPOUNDING INTEREST"

Apakah yang dimaksudkan dengan Faedah Kompaun? Bagi menggambarkan keadaan ini... Katalah anda memasukkan wang berjumlah RM10,000 ke dalam akaun bank pada awal tahun yang memberikan faedah simpanan sebanyak 5% setahun. Pada akhir tahun, anda akan memperolehi faedah sebanyak RM500. Jika sekiranya anda mengekalkan wang dalam akaun berserta faedahnya selama setahun lagi, pada akhir tahun kedua, anda akan memperolehi faedah sebanyak RM525. Macam mana boleh dapat? Senang aje .... RM10,500 X 0.05 = RM525. Jadi dalam akaun, dah ada RM11,025. (Bagi tahun kedua, anda bukan sahaja mendapat faedah ke atas pelaburan asal malahan faedah ke atas faedah pada tahun sebelumnya).


Ini yang dikatakan Faedah Kompaun iaitu faedah ke atas faedah. Kenapa faedah kompaun penting kepada pelabur jangka panjang? Dengan mengekalkan pelaburan sebanyak RM10,000 dalam akaun, katalah selama 10 tahun dengan kadar faedah 5% setahun, pada penghujung tahun ke-10, nilai pelaburan itu tadi akan menjadi RM16,288.95. Oooiiii .... banyaknya. Bukankah ini sesuatu yang menakjubkan?. Ini tidak mengambil kira sekiranya berlakunya sempanan bulan yang tetap setiap bulan. Fahamkan betul-betul. Nanti kita sambung lagi...

05 April 2011

Kata-Kata Hikmat Socrates.......

Pos dibawah saja saya selitkan untuk sesama kita renungkan.... Dipetik dari sumber yang telah saya baca....

Socrates adalah seorang ahli falsafah Greek yang terkenal. Beliau akan merayau di pasar Athens, berhenti dari satu gerai ke satu gerai yang lain, sambil mengkagumi barang yang dipamerkan. Tapi, walaupun sering ke pasar, beliau tidak pernah membeli sebarang barangan. Apabila kawannya bertanya sebabnya, beliau menjawab....

“Saya sentiasa kagum melihat betapa banyaknya barang yang dipamerkan yang tidak saya perlukan”.

Ini berlaku pada kurun 400 sebelum masihi. Maknanya, kini lebih banyak lagi barang yang dijual, yang sebenarnya tidak diperlukan oleh kita dan tidak berguna. Sehubungan dengan itu marilah sesama kita menghindarkan diri dari sikap pembaziran... Pastikan setiap uang hendak kita belanjakan biarlah merupakan sebenarnya-benarnya keperluan.........

Lagi Tip Jimat Duit......

Post kali ini dosertakan beberapa lagi tips untuk kita berjimat......
  1. Kurangkan bil telefon. Renungkan, anda membayar menggunakan duit hanya untuk bercakap. Jika membeli suatu benda, sekurang-kurangnya anda dapat melihat barang tersebut secara fizikal. Tapi untuk telefon, anda berbual, bayar, tapi tiada benda fizikal yang diperolehi.
  2. Beli peralatan mandian dan solekan yang murah. Setiap hari kita dihujani dengan iklan-iklan yang menunjukkan cara menjaga tubuh badan anda. Syampu atau yang sabun yang berjenama tidak akan membuatkan anda lebih hygien atau pembersih. Tubuh kita mengeluarkan bau yang semulajadi, jadi kenapa pula anda membiarkan syarikat pengiklanan yang menentukan apa yang terbaik untuk badan anda.
  3. Pilih senaman yang anda mampu. Tidak perlu menyertai kelab-kelab yang mahal. Tidak perlu membeli peralatan senaman yang di luar kemampuan kewangan. Senaman yang paling berkesan ialah berenang dan berlari. Murah dan tidak memerlukan kos.
  4. Gunakan perbankan online. Anda akan dapat menjimatkan masa daripada terpaksa memandu ke bank atau pejabat pos untuk membayar bil. Menjimatkan petrol, tol dan bayaran letak kereta. Dan anda tidak akan terlepas tarikh membayar lewat, kerana anda boleh melakukan pembayaran ke hadapan.
  5. Beli barang berkualiti. Konsep yang mudah, barang berkualiti biasanya lebih tahan lama. Tapi kena bezakan antara jenama dan kualiti, kerana yang anda mahukan ialah kualiti bukan jenama. Dengan barangan berkualiti, anda dapat berjimat dengan tidak perlu membeli barang tersebut lebih kerap.
  6. Elakkan aksesori kereta. Membeli aksesori dan mengubahsuai tidak akan dapat menukar Kancil atau sebarang kereta kepada kereta F1. Terimalah kereta tersebut seadanya, dan nikmatilah keseronokan menaikinya.
  7. Jangan mengejar fesyen. Kualiti yang perlu anda cari bukannya fesyen. Berpakaian mengikut aliran fesyen hanya akan mengeringkan poket anda. Lebih baik berpakaian mengikut cara konvensional, ia tidak akan pernah ketinggalan fesyen.