26 September 2010

Keperluan Mengurus Hutang......


Kebanyakan daripada kita mempunyai hutang. Tak kiralah berapa banyak nilainya. Mungkin kecil, mungkin besar. Usah malu untuk mengakui kerana Michael Jackson yang dikatakan kaya itu pun mati dalam keadaan berhutang.
Saya nak bertanya kepada pembaca, siapa yang ada duit tunai untuk membeli rumah atau kereta? Siapa .....? Hampir tidak ada kan. Kalau anda ada duit tunai pun, anda tidak akan beli rumah dengan tunai. Nanti pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan cari anda. Betul tak?.
Walaupun kebanyakan daripada anda sudahpun mengetahui bahawa tabiat berhutang itu tidak baik, tetapi di kalangan masyarakat Melayu ianya seolah-oleh sudah menjadi perkara biasa. Sebagai contoh, kalau ada peniaga Pakistan datang ke rumah bawa karpet, anda beli dengan cara hutang. Harga asal karpet cuma RM500.00, tetapi apabila ianya dibayar 10 kali, bayaran bulanannya sudah tentulah tidak akan sama jika dibayar secara tunai.
Anda mungkin rasa seronok apabila dapat membeli barang dengan kadar bayaran yang minimum, tetapi kesannya ..... Anda sendiri yang tahu. Anda akan hanya dapat merasai bahang hutang ini apabila pendapatan semasa tidak lagi dapat menampung bayaran ansuran hutang-hutang yang ada.

Langkah yang paling utama sekali ialah mencegah diri daripada berhutang. Saya tahu memang sukar dilaksanakan tetapi anda boleh mengelak daripada berhutang. Prinsipnya mudah sahaja iaitu anda perlu "Berbelanja Mengikut Kemampuan". Kalau duit dalam poket cuma ada RM2.00 sahaja, tak usahlah cerita nak beli rumah yang harganya RM200,000.00. Tak salah untuk berangan-angan tetapi biarlah munasabah sedikit dengan keadaan kewangan anda.

Oleh kerana kebanyakan orang memang mempunyai hutang, maka langkah seterusnya ialah menyenaraikan segala hutang-hutang yang ada, susunkannya dari yang terkecil kemudian yang besar sedikit sehingga yang terbesar. Dengan cara ini, barulah anda ketahui berapa banyak yang anda berhutang termasuk hutang-hutang tidak rasmi seperti duit kutu, hutang surat khabar, hutang dengan penjual ikan dan pinjam dengan kawan serta banyak lagi. Melalui cara ini juga, barulah anda tahu betapa hidup anda terlalu bergantung kepada orang lain.

Dividen ASB - Bagaimana Pengiraannya.....

Salam bertemu kembali......
Rasanya hampir seminggu saya tidak mengemaskini blog ini.... Biasalah sibuk sedikit dengan tugas dan juga mengalaki sedikit demam.....

Baiklah ... sebelum ini ada saya menceritakan berkenaan ASB dan Unit Amanah... Jadi disini saya akan memaklumkan sedikit berkenaan pengiraan dividen ASB... Merangumi bagaimana ianya dikira untuk diagihkan kepada saudra semua....

Kaedah pengiraan dividen ASNB adalah berdasarkan kepada baki terendah setiap bulan didarabkan dengan kadar dividen yang diisytiharkan oleh ASNB dan dibahagikan berapa bulan kita mencarum.

Untuk menggambarkan cara pengiraan ini, cuba lihat contoh di bawah:

Ogos
  • Masukkan RM300.00
  • Keluarkan RM100.00
  • Masukkan RM100.00

Meskipun sudah masukkan RM300, tetapi oleh kerana ada pengeluaran pada bulan berkenaan, baki minimum yang dikira ialah RM200.00, bukannya RM300.00 walaupun selepas itu RM100 dimasukkan kembali.

Sept

  • Baki dari bulan Ogos RM300.00
  • Masukkan RM300.00

Meskipun RM300 telah dimasukkan tetapi RM300 adalah baki minimum pada bulan berkenaan. Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM300.00, bukannya RM600.00

Okt

  • Baki dari bulan Sept RM600.00
  • Tiada kemasukan pelaburan baru
  • Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM600.00
  • Baki kekal sehingga ke hujung tahun

Jadi pengiraannya ialah:-

RM200 (Ogos) + RM300 (Sept) + RM600 (Okt) + RM600 (Nov) + RM600 (Dis)

= RM2,300 / 5 bulan X 0.07 (kadar dividen)

= RM32.20


Ini kalau kira secara manual, nampak macam susah sahaja. Tetapi di ASNB, mereka sudahpun mempunyai sistem berkumputer yang boleh kira dividen dan bonus dengan mudah. Masukkan aje angka-angka tertentu, seterusnya komputer yang akan kira. Walaupun kaedah komputer menyenangkan, cara pengiraan dividen perlu kita ambil tahu juga.

19 September 2010

ASB & Unit Amanah - Apa Bezanya......

Masih ramai di antara kita yang terkeliru di antara Amanah Saham Bumiputera dan Unit Amanah Saham Swasta (Unit Trust). Ada yang mengatakan bahawa :

  1. Melabur di Unit Amanah Saham Swasta lebih menguntungkan berbanding dari Amanah Saham Bumiputera.
  2. Melabur di Unit Amanah Saham Swasta berhadapan dengan risiko kerugian yang besar dan duit hangus begitu sahaja.


Bukannya untuk membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan untuk kedua-dua jenis pelaburan ini. Bukannya untuk membuktikan yang mana satu lebih menguntungkan dan merugikan. Sebaliknya, sebagai seorang pelabur kita harus tahu pengetahuan dan perkara-perkara asas di dalam sesuatu pelaburan tersebut.

Seharusnya, seorang pelabur yang bijak harus ambil tahu tentang profail dana, prestasi, risiko sesuatu pelaburan tersebut dan bukannya hanya mengikut apa yang telah disampaikan oleh orang dari mulut ke mulut dan seterusnya kita pun mempercayainya tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Amanah Saham Bumiputera.
  1. Hanya dibuka untuk pelabur Bumiputera rockers sahaja..
  2. Risiko pelaburan tetap ada tetapi pelaburan ini dilindungi/dijamin oleh kerajaan.
  3. Harga unit sahamnya adalah tetap iaitu Seunit = RM1. Jadi harga belian dan jualan adalah tetap dan tidak berubah. Para pelabur tidak perlu risau akan masa (timing) yang sesuai untuk menjual (mengeluarkan) unit-unit yang telah dilaburkan.
  4. Berdasarkan pada prestasi pada tahun-tahun lepas. Kadar pulangan (return) adalah sekitar 6-7% untuk dividen manakala bonus pula adalah sekitar 1-2% setahun.
  5. Tada sebarang kos yang dikenakan terhadap pelabur seperti yuran pengurusan (management fee) dan yuran tahunan (annual fee).

Unit Amanah Saham Swasta (Unit Trust).

  1. Terbuka kepada umum, ini bermaksud pelabur Bumiputera dan bukan Bumiputera boleh menyertai pelaburan ini.
  2. Punya profail risiko yang tersendiri (profail yang berbeza-beza) bergantung kepada status dana-dana tersebut. Dana-dana tersebut terdiri daripada dana agresif, dana seimbang dan dana konservatif.
  3. Harga seunit sahamnya berubah-ubah dari semasa ke semasa. Misal kata, untuk hari ini harga jualan saham seunit adalah RM1.19 dan mungkin keesokkan harinya RM1.17 seunit. Pelabur harus bijak dan peka dengan harga pasaran semasa sebelum membuat pembelian dan penjualan unit saham. Secara teorinya, seorang pelabur harus membeli (menyimpan) apabila harga jualan seunit yang ditawarkan adalah rendah/murah. Contohnya, menyimpan/membeli apabila harga seunit saham yang dijual oleh pihak unit amanah adalah RM0.56. Manakala, menjual/mengeluarkan unit saham yang ada apabila harga saham yang dibeli adalah tinggi/naik. Contohnya, pihak unit amanah membeli unit saham kita sekitar RM1.09 untuk seunit.
  4. Berdasarkan pada prestasi pada tahun-tahun lepas. Kadar pulangan bagi Unit Amanah Saham Swasta adalah sekitar >12% ke atas.
  5. Terdapat yuran pengurusan (management fee) yang dikenakan terhadap pelabur. Sebagai contoh, untuk pelabur yang melabur di Public Mutual mereka akan dikenakan yuran pengurusan sebanyak 6.7% dan yuran tahunan (annual fee) sekitar 1.5%.

Jadi, sebagai seorang pelabur. Kita harus tahu bahawa setiap pelaburan itu pasti mempunyai risikonya. Berbanding dengan ASB, risikonya tetap ada tetapi dikawal oleh kerajaan dan disebabkan itu jugalah pulangan yang diperolehi oleh para pelabur tidaklah tinggi berbanding dengan Unit Amanah Saham Swasta(unit trust) yang mempunyai profil risiko yang tersendiri. Semakin tinggi jumlah pulangan yang bakal diperolehi maka semakin tinggi jugalah profail risiko dana tersebut.

Pelabur di Unit Amanah Saham Swasta harus bijak memilih dan seterusnya melabur di dalam dana yang mempunyai profail risiko yang bersesuaian dengan tahap keupayaan seseorang pelabur. Dan yang paling penting di sini, bahawa para pelabur harus ingat bahawa prestasi masa lepas untuk sesuatu pelaburan bukanlah satu jaminan untuk prestasi masa hadapan.

Psssttt.. : Informasi di atas disediakan untuk memahami perbezaan di antara Amanah Saham Bumiputera dan Unit Amanah Swasta. Sungguhpun begitu, pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut menyediakan unit amanah yang harga unitnya yang berubah-ubah seperti Amanah Saham Malaysia. Sila rujuk laman web PNB untuk keterangan lanjut mengenainya.....

Inflasi - Apa Kesanya.....

Seperti post sebelumnya...... Inflasi sudah semestinya akan memberi kesan kepada ekonomi kita..... Setakat kesan pada ekonomi negara itu tak pentingbagi kocek kita....

Kesan yang paling ketara akibat berlakunya inflasi ialah Kuasa Beli anda jadi menyusut. Sebagai contoh kenaikan harga beras. Pada awal tahun 2008, harga beras 10 kg boleh diperolehi dengan harga RM16.00 tetapi selepas krisis bekalan beras dan kenaikan harga petrol pada bulan Jun, 2008, harga beras 10 kg mencecah sehingga RM32.00 iaitu sekali ganda dari harga sebelumnya. Dalam erti kata lain, kalau dahulu dengan duit RM32.00, anda boleh beli 2 kampit beras 10 kg, tetapi keadaan telah berubah akibat inflasi, anda hanya boleh beli 1 kampit beras dengan menggunakan duit yang sama.
Anda boleh bayangkan tak kesan inflasi ini kepada sebuah keluarga. Katalah keperluan sebuah keluarga untuk beras selama sebulan adalah sebanyak 20 kg. Oleh kerana inflasi yang telah menyusutkan daya membeli, keluarga berkenaan hanya mampu membeli 10 kg beras. Sedangkan pada masa yang sama, pendapatan keluarga berkenaan tidak bertambah. Ini kerana biasanya kenaaikan gaji hanya berlaku pada awal tahun. Itu pun sekiranya ada atau kenaikan yang tinggi...
Bagi yang bekerja di sektor swasta, majikan selalu memberikan alasan, syarikat mereka tidak untung. Alasan yang sama Infalasi meningkat - Kos operasi meningkat sama. Jadi tidak dapat memberikan kenai gaji kepada pekerja. Akibatnya, keluarga berkenaan hanya mampu menyuap ahli keluarga mereka dengan makanan yang tidak cukup, jauh sekali untuk menyediakan makanan seimbang. Mungkin ada di kalangan mereka yang sudah mula menjadikan bubur nasi sebagai sebahagian daripada menu makanan mereka berikutan kekurangan bekalan beras.

Banyak lagi contoh lain yang boleh kita lihat..... Saudara kajilah sendiri. Tapi yang Asas ialah RM50 sekarang dapatkah kita membeli sejumlah barang yang sama pada masa sebelum ini......

18 September 2010

Inflasi - Apa Sebenarnya ?.....

Hampir setiap hari kita akan mendengar perkataan "INFLASI". Terpampang pada dada-dada akhbat, Screen Televisyen, corong radio dan kadang dari mulut rakan-rakan kita sendiri. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan "INFLASI". Mungkin masih ada yang tak jelas lagi dengan perkataan tersebut..

Inflasi menurut Ensaiklopedia Bebas Wikipedia membawa maksud peningkatan berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Boleh faham ke?. Bagi menerangkan perkara ini, mungkin saya boleh memberikan contoh sewaktu saya di bangku sekolah rendah dahulu. Saya memulakan persekolahan saya seawal tahun 1980an. Ketika itu, harga satu pinggan mee goreng baru 10 sen sahaja (dikantin sekolah). Sekarang tahun 2010, berapakah harga satu pinggan mee goreng? Ada yang jual RM1.00 sepinggan. Malah ada yang meletakkan harga sehingga RM1.50 sepinggan pun ada. Jadi, setelah 20 tahun, beza harga bagi satu pinggan mee goreng ialah sebanyak RM1.40 sepinggan.

Walaubagaimanapun, kenaikan harga ini bukanlah secara mendadak. Ia meningkat sedikit demi sedikit. Dari 10 sen, ia meningkat kepada 20 sen, kemudian 30 sen, kemudian jadi 50 sen dan seterusnya hinggalah kepada harga yang anda lihat pada hari ini di kedai-kedai makan .Sekarang, cuba anda bayangkan, dengan wang sebanyak 10 sen tu.... boleh beli apa? Bukan nak kata sepinggan mee goreng, satu ketul kuih pun tak dapat nak beli.

Mungkin, gula-gula hacks yang pedas tu boleh le dapat seketul. Tapi pekedai-pekedai sekarang ni dah pandai, dia tak jual sikit-sikit, terus aje jual sebungkus 50 sen atau seringgit. Jadi, sesuatu barangan atau perkhdimatan yang pada suatu masa dahulu boleh diperolehi dengan harga 10 sen, sudah tidak boleh diperolehi lagi dengan harga itu. Peningkatan ini yang kita katakan sebagai inflasi.

Bagaimana pula inflasi di ukur ?...

Bagaimana inflasi diukur? Di Malaysia, Inflasi diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) atau Consumer Price Index (CPI). Ia mengukur purata harga barangan dan perkhidmatan yang biasa digunakan oleh isi rumah pada suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun semasa.

Terdapat 12 kumpulan barangan dan perkhidmatan yang akan diambil harganya bagi tujuan pengiraan indeks harga pengguna. Pengkelasan ini berpandukan kepada garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan atau Classification of Individual Consumption According To Purpose (COICOP).

Salah satu komponennya ialah perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang mewakili 21.4% dari keseluruhan indeks. Jadi, sekiranya harga petrol meningkat, sudah pastilah IHP juga akan meningkat seperti mana yang dirasai oleh rakyat Malaysia pada tahun 2008. Walaupun petrol merupakan salah satu komponen sahaja dalam pengiraan IHP, namun peningkatan harga petrol menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan turut meningkat yang pada akhirnya akan turut menyebabkan inflasi turut meningkat.

Apabila ini berlaku, wang sebanyak RM50.00 yang kita bawa untuk membeli barang keperluan seperti di pasar malam hanya dapat membeli barang yang sedikit sahaja. Cuba kita lihat apa yang kita boleh beli dengan duit RM50.00 tadi di pasar malam.
  • Daging Lembu Segar 1 Kg - RM20.002.
  • Ikan Kembung 1 Kg - RM8.003.
  • Ayam Seekor 2 Kg - RM14.004.
  • Telur Ayam 1 Papan - RM8.00.
  • Jumlah RM50.00.

Jadi gambaran yang saya cuba paparkan di atas menunjukkan, seseorang yang cuma ada peruntukan sebanyak RM50.00 sahaja bagi membeli barang basah di pasar malam hanya dapat membeli sebahagian sahaja barang. Kita masih tidak dapat membeli barang keperluan yang lain yang boleh kita beli pada masa sebelum ini. Inilah Yang Dinamalan Inflasi.......

16 September 2010

Siri Kewangan 12 - Nasihat Sebelum Beli Kereta...

Kembali Bersama Siri Kewangan .......

Setakat ini, sudah 11 tips yang saya berikan kepada anda. Harap-harap ianya serba sedikit berguna pada anda. Ok.. topik kali ini lebih kepada nasihat saya kepada anda jika mahu membeli kereta.. Jika anda sudah pun memiliki kereta, digalakkan membacanya sebagai satu ilmu baru yang ingin saya kongsikan. Topik inipun saya olah dari sumber yang saya perolehi dari rakan Bloger yg lain...

Tentu anda pernah dengar kes-kes kereta kena tarikh akibat tidak membayar hutang pinjaman kenderaan bukan? Perkara ini berlaku kerana mereka tersilap menganalisa kemampuan dan komitmen untuk bayaran dan perbelanjaan bulanan terhadap kereta tersebut. Baiklah... Sebelum anda membeli kereta, anda perlu pertimbangkan 4 perkara iaitu :
  1. Kos Minyak/Petrol - Anda perlu kaji dan membuat sedikit analisa berapa kos yang anda terpaksa keluarkan untuk pembelian petrol pada setiap bulan. Kos ini bergantung kepada sekerap mana anda akan menggunakan kereta tersebut.
  2. Kos Tol - Jika anda menggunakan laluan bertol, kira kos tol tersebut. Kebiasaannya kos tol bergantung sekerap mana anda melalui laluan lebuhraya bertol. Kos tol meningkat jika anda menggunakan kereta untuk pergi balik kerja.
  3. Kos Servis - Kereta perlu diservis apabila sampai masanya. Lagi jauh perjalanan anda, maka lagi keraplah anda perlu servis kenderaan anda. Purata servis kereta adalah sekitar 2-3 bulan sekali.
  4. Kos Insuran - Insurans kereta perlu dibayar setiap tahun. Biasanya kos Insurans ini agak mahal sehingga beribu ringgitbergantung kepada hayat kereta tersebut. Jika baru, ianya semakin mahal

NASIHAT SAYA...... Jika anda bercadang untuk membeli sebuah kereta idaman, sebaik-baiknya belilah kereta yang bayaran bulanannya kurang daripada berapa yang anda mampu bayar. Gunakan prinsip 60/40.

Contohnya.. Katakan anda mempunyai lebihan tunai sebanyak RM850 sebulan dan dengan wang sebanyak itu, anda mampu untuk membayar instalment sebuah kereta Proton Exora 1.6 CPS AT (H-Line). Akan tetapi.. RM850 itu tidak termasuk kos tambahan yang perlu anda tanggung seperti minyak/petrol, tol, servis dan insurans.

Sebagai jalan penyelesaiannya, anda perlu gunakan prinsip 60/40 iaitu :

  • 60% = Amaun yang anda mampu dan selesa untuk menangung bayaran bulanan. Iaitu 60% daripada RM850 ialah RM510.
  • 40% = Amaun yang anda perlu tanggung untuk kostambahan iaitu 4 perkara yang telah saya nyatakan diatas. Iaitu 40% daripada RM850 ialah RM340.

Berdasarkan prinsip di atas, dengan jumlah sebanyak RM510 anda mampu untuk membayar instalment bulanan sebuah kereta Proton Persona 1.6 IAFM MT (B-Line). Manakala RM340 pula adalah untuk kos tambahan yang mungkin anda akan belanjakan pada setiap bulan.

  • Minyak RM150 sebulan.
  • Tol RM60 sebulan.
  • Peruntukan untuk servis RM50 sebulan.
  • Peruntukan untuk insurans RM80 sebulan.

Semoga tips kali ini akan dapat membantu anda merancang dan mengurus kewangan dengan lebih baik!

Sekian,Wassalam

Kaedah Perancangan Kewangan....

Dalam merancang kewangan, terdapat empat tahap paling asas yang perlu anda ketahui. Empat peringkat tersebut adalah:

Tahap 1: Mencipta atau menghasilkan wang.

Ini adalah perkara asas bagi ke arah Perancangan Kewangan. Mencipta wang yang dimaksudkan adalah mencari duit untuk dimiliki.
Tapi bagaimana pula cara memiliki wang? Pelbagai cara boleh digunakan untuk menghasilkan wang. Kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah bekerja dan berniaga. Gaji yang diperolehi hasil bekerja adalah sumber kewangan yang asas untuk kita memulakan perancangan kewangan. Bagi yang telah memiliki wang yang banyak aktiviti pelaburan yang menghasilkan pulangan adalah salah satu kaedah untuk menghasilkan wang.
Tahap 2: Mengumpul wang.
Kita selalu diingatkan supaya berjimat dan membuat simpanan sebahagian dari duit yang kita perolehi. Walaupun sedikit kita perlulah menyimpan. Lagi satu tentu anda ingat kata pujangga ini “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Mengapa sejak dari dulu lagi kita telah diingatkan dengan perkara ini.. Mudah sahaja sebenarnya, tujuannya adalah supaya kita ada tabiat menyimpan. Tabiat ini sangat-sangt penting dalam perancangan kewangan. Jika tiada tabiat ini maka amat sukarlah matlamat kewangan kita untuk dicapai. Sejumlah wang yang banyak teramat mustahil untuk dihasilkan sekelip mata kerana tiada wang yang akan jatuh dari langit. Kecualilah kalau anda mendapat tuah Nombor Ramalan.
Kemampuan untuk mengumpul dan menghimpunkan wang dan harta adalah satu tahap yang agak sukar dilaksanakan. Ini kerana ia memerlukan satu pengorbanan yang sangat tinggi, wang yang disimpan tanpa di keluarkan semula barulah boleh diambil kira dalam tahap ini. Wang yang disimpan untuk dikeluarkan semula tidak ada maknanya bagi meneruskan perancangan kewangan. Satu cara yang boleh diamalkan ialah prinsip “Tutup Mata” dengan mengasingkan wang yang ingin dikumpulkan dan menyimpannya didalam satu akaun yang agak sukar untuk dikeluarkan...
Tahap 3 : Menganda & Mengembangkan Wang.
Pada tahap ini kesukaran akan dirasai oleh saudara semua.. Walau bagaimana pun kesukaran yang dihadapi tidaklah sesukar pada Tahap 2 tadi. Disini saudara hanya perku menggunakan kemahiran yang saudara ada bagi mengembangkan wang yang sudah saudara kumpulkan tadi. Tapi ingat ianya hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dan penelitian yang serius agar wang yang saudara telah kumpulkan tadi tidak akan hilang begitu saja. Sekiranya saudara kurang berkemahiran bolehlah rujuk dari sesiapa yang saudara rasakan perlu....

Mengganda & Mengembangkan wang bermaksud saudara akan menggunakan wang yang saudara telah kumpulkan tadi menjadi lebih banyak wang. Pelbagai kaedah boleh saudara lakukan. Cara yang paling mudah dan tidak memeningkan kepala ialah dengan melaburkan wang saudara tadi didalam insromen kewangan yang akan memberikan pulangan berbentuk dividen atau bonus. Sebagai contoh ASB, KPF dan lain lagi. Ianya dijamin selamat oleh kerajaan dan dijamin saudara tidak akan rugi...
Selain itu saudara boleh menggunakan wang saudara tadi untuk sebagai Down Payment untuk membeli hartanah seperti Rumah. Kemudian anda sewakan dan gunakan wang sewa tersebut untuk membuat bayaran ansuran. Apabila harga meningkat anda boleh jualkan semula dan mendapat untung dari penjualan tersebut. Dan banyak lagi yang anda boleh lakukan bagi menggandakan Wany yang telah anda kumpulkan pada tahap 2.


Tahap 4 : Melindungi wang dan harta.

Setelah saudara mengharungi penat lelah melepasi Tahap 1 - Tahap 3 dalam merancang kewangan saudara, tiba masanya untuk saudara melindungi segala harta yang saudara telah perolehi. Di sinilah wujudnya kepentingan Insuran.Apa yang perlu saudara lakukan hanya bertemu dengan agen ansuran bagi mendapatkan khidmat nasihatnya. Sebagai agen insuran, sememangnya menjadi tugas beliau untuk membantu pelanggan melindungi wang mereka daripada diminta oleh doktor atau pemungut hutang.

Cuba anda bayangkan, Anda berusaha setipa bulan untuk mengumpul wang setiap bulan selama berbelas tahun dan apabila satu jumlah yang agak banyak anda telah berjaya kumpul. Tiba-tiba satu hari doktor dengan selambanya meminta anda sejumlah wang yang melebihi wang simpanan anda untuk membolehkan anda menjalani rawatan terhadap penyakit yang baru sahaja anda ketahui anda menghidapinya.

Saya yakin pada masa itu anda tidak memikirkan langsung penat lelah anda selama beberapa tahun untuk mengumpul wang tersebut dan terus sahaja menyerahkan kepada doktor untuk menjalani rawatan bukan. Walaupun nanti doktor akan meminta anda menandatangai surat akuan persetujuan tiada jaminan rawatan tersebut akan berjaya.

Oleh yang demikian, harus diingat, lindungilah diri anda dengan insuran dan tiada ruginya ada memiliki insuran. Berilah peluang kepada agen-agen insuran untuk memberi penerangan mengenai kepentingan insuran untuk diri anda. Selain itu, lindungilah wang dan harta anda daripada inflasi. Saya akan tulis kesan inflasi terhadap wang anda di post yang akan datang. Tunggu.......

Tahap 4: Pembahagian harta.
Kaedah terbaik dalam membahagikan harta kekayaan adalah melalui wasiat. Namun begitu sebagai Umat Islam, Hukum Faraid adalah menjadi panduan kita. Terdapat perkhidmatan untuk menulis wasiat telah ditawarkah dipasaran sekarang ini dan kosnya tidaklah mahal. Pembahagian harta amatlah penting dilaksanakan agar tidak menimbulkan masalah dikemudian hari terutamanya apabila kita tiada lagi di muka bumi ini. Apa yang kita harapkan ialah harta yang ditinggalkan akan memberi kesenangan kepada kita di Sana bukan menyeksa kita....

Senyum - Apa Yang Tersirat...

Apa Yang Ada Pada Senyuman ..... Baca Artikal di bawah....

  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

sumber :www.teamdymium.com

15 September 2010

Bersara - Mana Pilihan Anda.....


Pilihan 1Pilihan 2
Pilihan 3

Tips Mudah Menyimpan......

Disini saya sertakan Tips paling mudah untuk menyimpan wang.....Caranya.....

Apabila berbelanja, belanja hanya duit ringgit sahaja. Duit sen, jangan dibelanjakan… simpan dalam tabung! Kira menabung la…Maksudnya, kalau beli majalah Rm6.50, bayar duit Rm10 merah… kedai pulangkan RM3 duit kertas and 50sen duit syiling…50sen tu, by default, terus masukkan ke dalam tabung.

Kalau pada hari yang sama, nak beli gula-gula harga 20sen, jangan gunakan 50sen syiling yang dalam poket tu. Sebab 50sen tu dah kena masuk ke tabung! Jadi, gunakan RM1 duit kertas…Baki duit syiling 80sen yang diterima, dimestikan masuk tabung bersama duit 50sen tu tadi Dalam erti kata lain, guna duit kertas sahaja… apa sahaja duit syiling, anda simpan dalam tabung.

Kalau tak pernah try ni, cuba-cuba try… khas bagi mereka yang sering dalam keadaan kesempitan wang, cara ini akan menjimatkan berpuluh-puluh RM setiap bulan untuk dijadikan wang pelaburan ASB ...... Sekian......

Kehendak & Keperluan....

Kehendak dan keperluan.........

Apakah yang dimaksudkan dengan kehendak dan apakah yang dimaksudkan sebagai keperluan? Soalan itu tidak sukar untuk dijawab tetapi dalam keadaan sekarang, anda mudah untuk berbelanja secara berlebihan sehinggakan anda pun jadi kabur mana satu yang perlu dan mana satu tidak perlu. Manakan tidaknya, ketika anda pergi ke kompleks membeli belah, ada saja jurujual yang cuba memujuk anda membeli produk mereka. Di samping itu, iklan di TV, papan iklan, majalah dan akhbar turut mempengaruhi anda.

Pendek kata, dengan faktor persekitaran yang sebegitu rupa, ia banyak bergantung kepada anda sendiri untuk menahan diri daripada terpengaruh dengan pujuk rayu iklan-iklan sedemikian. Anda boleh berfikir dan bertindak secara rasional jika anda faham apa sebenarnya yang mempengaruhi perbelanjaan anda dan dapat membezakan mana satukah keperluan dan mana satukah kehendak.

Keperluan adalah sesuatu yang anda perlu ada kerana anda tidak boleh hidup tanpanya. Manakala kehendak pula adalah sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu. Sebagai contoh ialah beras. Anda perlu makan nasi untuk hidup dan tanpanya anda mungkin tidak boleh hidup lama.

Pelbagai jenama berada di pasaran malahan dikatakan beras mempunyai paling banyak jenama di pasaran dengan pelbagai harga berbanding dengan produk lain. Ada yang harga mahal harganya dan ada yang rendah harganya. Nak apa aje semua ada. Jenama Beras Nasional berharga RM18.00 atau jenama Taj Mahal yang berharga RM34.00, yang hampir sekali ganda harganya. Membeli beras yang rendah harganya adalah satu keperluan tetapi membeli beras yang tinggi harganya seperti beras Taj Mahal adalah satu kehendak.
Ps... Sedangkan beras yg merupakan keperluan untuk meneruskan hidup pun ada terselit unsur Kehendak & Keperluan, apalah lagi perkara yg tidak melibatkan keperluan untuk meneruskan hidup...... Jadi sama-samalahlah kita renungkan adakah apa yang kita belanjakan kini telah membantu kita dalam usaha kearah Bebas Kewangan yang kita sentiasa perkatakan.........
Wasallam..

14 September 2010

Siri Kewangan 11 - Active Income & Pasif Income.....

Salam sejahtera,

Susulan daripada siri post ke-11 yang lepas, pada hari ini saya akan jelaskan serba sedikit apa yang dimaksudkan dengan ACTIVE INCOME dan PASIF INCOME.

ACTIVE INCOME

Anda perlu bekerja untuk mendapatkan pendapatan. Kalau tidak bekerja maka tak dapatlah duit.. Contoh paling mudah ialah gaji yang anda terima setiap bulan. Macam mana kalau anda berhenti kerja, masih dapat lagikah gaji anda pada bulan-bulan yang berikutnya?
Income dari Over Time pun adalah dikira ACTIVE INCOME sebab anda terpaksa berhempas pulas bekerja tapi hasilnya tidaklah banyak mana. Kalau tak OT, tak adalah duit lebih..
Perniagaan... jika anda masih uruskan perniagaan secara berseorangan atau keluarga, ianya masih di kira ACTIVE INCOME kerana kalau anda tidak berniaga, tidak adalah pendapatan anda pada bulan tersebut. Contoh terdekat ialah perniagaan pasar malam, kedai runcit (kecil) dan sebagainya.

PASIF INCOME

Anda tidak perlu bekerja, sebaliknya aset/duit anda bekerja untuk anda sampai bila-bila walaupun anda tidak bekerja langsung. Contoh yang paling senang dan biasa ialah pendapatan daripada sewaan hartanah sama ada rumah, premis perniagaan ataupun tanah. Bayangkan jika anda mempunyai 5 buah rumah sewa yang tiap satunya disewa pada kadar Rm500 sebulan. Secara keseluruhan anda mendapat Rm2,500 sebulan! Jadi anda menerima PASIF INCOME sejumlah RM 2,500 setiap bulan tanpa henti, tanpa perlu keluar bekerja dan berhempas pulas... Best kan? Antara lain yang boleh dikatogerikan PASIF INCOME ialah pelaburan di dalam ASB, Tabung Haji, Unit Amanah dan lain-lain yang seumpama dengannya. Tugas anda hanya letak (parking) duit dalam ASB dan menerima 10% tiap-tiap tahun. Duit anda buat duit untuk anda!

Diharapkan dengan penerangan ini akan membuka mata anda yang mana satukah INCOME yang andaperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan. Klik Sini Untuk Penerangan Yang Lain...

Sekian, Wassalam

13 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....

Salam bertemu kembali.....

Empat hari telah berlalu sambutan hari raya..... Sesungguhnya memang seronok dapat menyambut hari raya bersama sanak saudara dikampung.... Bagi diri ku.... hari ni dah mula bertugas kembali... Kalau diikutkan hati masih nak beraya dikampung lagi... apa kan daya semua sahabatku ambil cuti panjang nak mati.... reda ajelah.... biasalah orang dah otai macam aku ni kenalah beralah..... rakan sekerja ku pula baru mula berkhidmat 4 bulan... kalau dia ada pun semua keputusan nanti dia call aku juga... So.... baik aku yang kerja dari aku cuti tapi macam kerja juga.... Jasad aje kerja, hadi di tempat kerja......
Sempena hari raya in aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang membaca blog aku yang tak seeberapa ini. Maaf sekali lagi kerana ucapan yang terlewat. Bukan apa sepanjang cuti hari tu leptop aku tinggal dirumah... So tak dapat nak update blog ini.
Apa yang nak dikongsi pada hari ni ialah mengenai perbelanjaan semasa hari raya.... Tidak dinapikan sempena hari raya ini aku membelanjakan wang yang agak banyak.... Bermula dari membeli pakaian anak-anak, bahan membuat kuih, persediaan duit raya dan tidak ketinggalan bahan masak untuk sambutan hariraya.. Kalau dikira apa yang dapat dilihat didalam gambar sebelum ni dah tinggal separuh aje.... Tapi tak apa setahun hanyalah sekali....

Untuk pengetahun semua segala persediaan ini dah aku rancang selama setahun. Untuk itu aku rasakan itu semua bukanlah menjadi satu bebanan bagi diri ku. Bermula dari mebuat simpanan sebahagian dari gaji ku, merancang bagi penambahan pasif income ku seterusnya pendapatan dari dividen saham yang aku perolehi aku gunakan sebaiknya untuk sambutan raya kali ini.

Walaupun begitu tidak semuanya aku belanjakan, namun masih ada lagi yang aku simpan sebagai persediaan bagi menjana pendapatan bagi raya tahun akan datang. Dengan kata lain Hasil Pendapatan Pasif Aku Tahun ini akan aku gunakan untuk menjana pendapatan pasif yang lain. Ini tidak termasuk Modal bagi menjana pendapatan pasif sebelumnya.

Mungkin agak pelik ayat di atas, tetapi ada maksud yang tersirat didalamnya.... Cuba fahamkan.. Akhir sekali aku nak menasihatkan kepada semua, walau macammana pun kita berbelanja... sikap berjimat perlulah ada didalam diri kita semoga ianya tidak akan menyusahkan diri di kemudiannya.....

Wasallam..

07 September 2010

Rezeki Nak Menyambut Raya







Tandan Sawit Menjadi Duit...

Salam Semua.....

Petang tadi bapaku call dari kampung. Saja nak tanya khabar aku sekeluarga.. Disamping tu dia tanya juga pasal bila nak balik raya... apa nak buat cuti ku akan bermula khamis ni.. So paling awal pun aku akan bertolak pada petang atau pun esok malam untuk pulang beraya..
Walau bagaimana pun apa yang nak di kongsi bersama ialah berkaitan pasif income yang aku perolehi untuk bulan lepas... Buah sawit yang di petik bulan lepas telah menjadi duit.. Nampaknya hasil bulan lepas agak lumayan juga... Bolehlah buat duit raya...
Untuk pengetahuan semua pembaca blog duitiqmal... pelaburan pada hartanah ladang sawit juga merupakan salah satu punca pendapatan pasif... Ini kerana modal yang dikeluarkan hanyalah sekali saja... Lepas tu ianya akan menjana pendapatan yang berterusan hasil dari buah sawit yang akan bertukar menjadi duit bila ianya dijual pada peraih....
Walau bagaimana pun perancangan dan usaha yang betul diperlukan pada awal menceburi bidang ini bagi memastikan PASIF INCOME yang terjana akan berterusan dengan lumayan....

Sekian....

06 September 2010

Siri Kewangan 10 - Nilai Untuk Mencapai Financial Freedom....

SATU PERKARA yang perlu anda tahu "Anda tidak perlu menjadi kaya raya mahupun jutawan untuk mencapai kebebasan kewangan, sebaliknya kebijaksanaan anda dalam mengurus kewanganlah yang akan memberikan anda jalan kepada kebebasan kewangan!"

Jadi berapa banyak duit cash yang anda perlukan pada setiap bulan untuk mencapai kebebasan kewangan? Ada dua (2) jawapan berdasarkan keadaan iaitu :

Situasi 1 : Perbelanjaan anda melebihi Gaji.
Situasi 2 : Perbelanjaan anda kurang dari Gaji.

Ini adalah cadangan yang saya sarankan berdasarkan dari petikan dari pakar kewangan terkemuka iaitu Robert T.Kiyosaki.

Situasi #1 : Jika perbelanjaan anda melebihi gaji, maka anda perlulah mempunyai PASIF INCOME setiap bulan yang menyamai dengan jumlah perbelanjaan anda sebulan. Pendapatan PASIF mestilah tidak termasuk gaji.
Contohnya : Gaji anda Rm2,000 sebulan dan Perbelanjaan anda Rm3,000 sebulan. Pendapatan PASIF yang perlu anda cari ialah sebanyak Rm3,000 sebulan. Jumlah pendapatan anda sebulan kelak adalah sebanyak Gaji + PASIF INCOME = RM5,000 sebulan!

Situasi #2 : Jika Gaji anda melebihi perbelanjaan, anda boleh memilih sama ada untuk memperolehi PASIF INCOME yang menyamai Gaji sebulan atau perbelanjaan anda sebulan. Contohnya : Gaji anda Rm2,000 sebulan Perbelanjaan anda Rm1,500 sebulan. Maka Pendapatan PASIF yang perlu anda cari ialah sebanyak Rm2,000 sebulan jika mahu menyamai Gaji sebulan atau Rm1,500 sebulan jika mahu menyamai perbelanjaan sebulan. Jadi, jumlah pendapatan anda sebulan kelak ialah Gaji + PASIF INCOME = Rm3,500 @ Rm4,000 sebulan!

Mungkin anda mempersoalkan kenapa dan sebab apa saya sarankan anda mesti mempunyai PASIF INCOME yang sama dengan perbelanjaan anda sebulan..Mudah jer jawapannya.
Apabila anda sudah mempunyai PASIF INCOME yang sama dengan perbelanjaan anda sebulan, maka secara automatik semua perbelanjaan anda ditanggung sepenuhnya oleh PASIF INCOME tersebut. Anda tidak perlu bimbang dan risau lagi jika ada perbelanjaan seperti hutang dan bil-bil yang tidak terbayar. Duit gaji yang anda terima pula boleh dilaburkan ke dalam instrumen-instrumen pelaburan yang ada di Malaysia atau dijadikan sebagai modal perniagaan.

Disini sebenarnya anda sudah pun mencapai kebebasan kewangan. Anda tidak perlu bimbang lagi soal duit kerana PASIF INCOME telah menyelamatkan hidup anda! Jadi ... mulai hari ini, tanamkan azam dan semangat untuk anda mula menjana PASIF INCOME yang sekurang-kurangnya menyamai perbelanjaan anda sebulan.

Post akan datang akan saya terangkan lebih jelas lagi apa itu PASIF INCOME....

05 September 2010

Simpan Dulu Belanja Kemudian.....

Salam Pembaca Blog Duit Iqmal.....

Alhamdullilah, kita dapat bersua lagi kali ini dan saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya saya dapat berkongsi idea melalui penulisan di blog ini…

Dalam saya berbual dan berbincang dengan rakan dan kenalan berkaitan dengan pengurusan kewangan, saya dapati rata-rata kebanyakan mereka masih lagi mengamalkan pengurusan kewangan yang biasa - biasa yang dilakukan oleh ramai orang yang tidak berjaya dalam pengurusan kewangan mereka. Ya, yang biasa-biasa dilakukan oleh ramai orang! Dan apabila melakukan sesuatu yang menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh orang lain, maka hasilnya pun sama dengan apa yang diperolehi oleh kebanyakan orang (Mereka yang mempunyai masalah kewangan yang serius!).

Kenapa anda ikut cara mereka jika anda tahu apa yang dilakukan itu tidak betul?

Baiklah bagi menyelesaikan isu dan permasalahan ini, biar saya berkongsi dengan anda tip ini….Simpan Dahulu Sebelum Anda Berbelanja..

Peruntukan dahulu 10% untuk diri anda bukan? Ditegaskan disini, jika anda ingin mencapai kebebasan kewangan anda perlu patuhi saranan ini. Tanpanya anda mungkin tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik buat selamanya… Mungkin ada yang bertanya....

“Saya faham perlu disimpan 10%, tetapi mahu simpan di mana ?

Tunggu Pada Post Yg Akan Datang......

Cerita Pasal Hutang...

Di zaman ini meminjam adalah menjadi perkara yang paling mustahak di dalam kehidupan. Tidak sah kalau tidak meminjam. Pengaruh budaya tidak baik ini juga sudah menular di Malaysia.
  • Kahwin meminjam
  • Beli tv meminjam
  • Bayar hutang meminjam
  • Beli barangan dapur - basah ataupun kering meminjam
  • Beli tiket kapal terbang meminjam


Boleh dikatakan hampir semua aktiviti yang boleh dilakukan dengan meminjam, dilakukan oleh individu yang menjadikan meminjam sebagai adat. Apabila kita belum jelas antara keperluan dan kehendak, kita biasanya akan masuk perangkap kewangan. Seperti mana kahwin, majlis boleh dibuat sederhana yang boleh, tidak perlu ada hantaran gubahan, tidak perlu ada khemah sampai 7 dan tidak perlu ada pelamin jika kita tidak mampu menyediakannya sebagai tunai.
Hutang yang dibuat berdasarkan kehendak membuatkan hidup kita bertambah susah dan sempit. Ianya hanya membantu memberi nikmat yang terlalu pendek tetapi merana sepanjang masa.

Bagi mengatasi masalah yang kini melanda kehidupan kita semua, seharusnya kita mempunyai cukup ilmu dalam mengharungi kehidupan. Tidak mengambil jalan mudah dalam melayani kehendak naluri kita yang setiasa inginkan menjalani kehidupan yang mewah sedangkan ianya diluar kemampuan kita. Apa yang boleh kita lakukan ialah banyakkanlah membaca dan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Dengan menghabiskan wang yang banyak kepada perkara yang merupakan kehendak dan bukannya keperluan, adalah lebiha baik kita membelanjagan sedikit wang kita untuk buku-buku yang dapat membimbing kita kearah kebebasan kewangan......

Rabun Kewangan Mengundang Bencana.....

Seorang pekerja yang bernama Muhammad Iqmal Ariff (bukan nama sebenar) pergi ke bilik pameran kereta bagi membeli sebuah kereta idaman. Selepas berpuas hati dengan penerangan oleh jurujual dan memandu uji kereta itu, maka urusan penempahan bermula.

Iqmal membayar RM 1,000 untuk penempahan dan melantik jurujual tersebut bagi menguruskan pembiayaan bagi pembelian kereta tersebut. Beliau juga memberikan maklumat peribadi yang dikehendaki termasuk satu salinan Mykad untuk urusan yang berkaitan.
Beliau bersetuju dengan pelan ‘emas’ bagi pembiayaan kereta tersebut iaitu, pembiayaan sebanyak 95% daripada harga jualan dan tempoh pembayaran balik adalah 9 tahun. Pelan ini dapat memastikan dia hanya perlu keluar duit muka sebanyak 5% sahaja daripada harga kereta. Ia juga membantunya meringankan ansuran bulanan kepada bank. Sebelum meninggalkan bilik pameran beliau berkata kepada jurujual “Dapatkan pembiayaan maksimun dan ambil tempoh yang paling maksimum”

Sehari kemudian, Iqmal dihubungi oleh jurujual tersebut mengatakan permohonan pembiayaan maksimun telah diluluskan dan beliau dikehendaki hadir menandatangani dokumen dengan bank.Seminggu kemudian, jurujual tersebut menelefonnya ” Tuan Iqmal, kereta Tuan sudah sampai di pejabat kami, pukul berapa Tuan ingin datang mengambilnya?”Iqmal menjawab ringkas “Sekarang, saya datang”

Dua tahun kemudian, dia sudah tidak selesa memandu kereta tersebut, apabila melihat ada model baru di pasaran. Apabila beliau menghubungi jurujual untuk ‘trade in’, beliau diberitahu bahawa beliau terpaksa membayar duit tambahan kepada bank kerana baki hutang dengan bank lebih tinggi daripada harga kereta tersebut dipasaran. Iqmal melupakan hasratnya itu. Beliau terus mengunakan kereta.

Genap ulang tahun kelima, keretanya mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang memerlukan kereta itu dihantar ke bengkel. Beberapa keping duit RM100 di hulurkan kepada juruwang bengkel tersebut. Selang beberapa bulan, Iqmal datang lagi, memberitahu penghawa dingin keretanya tiba-tiba tidak berfungsi. Pemilik bengkel memberitahunya bahawa kompressor penghawa dingin telah rosak, dan kos membaikinya adalah RM1,000 +++. Mata Iqmal tiba-tiba terbeliak, terkejut mendengar angka keramat itu. Jumlah sebenar tidak dapat ditentukan sehingga mekanik membuka satu persatu komponen penghawa dingin kereta tersebut. Mekanik itu memaklumkan jumlah ke semua kos adalah RM 1,350. Beliau hampir pengsan kerana tidak mempunyai duit sebanyak itu. Mindanya lantas terfikir tentang satu kad ajaib yang terdapat di dalam dompetnya. Akhirnya Iqmal menjelaskan bil itu dengan mengunakan kad kredit.

Dari hari itu, beliau tidak mampu untuk membayar balik kepada bank kerana telah mengunakan duit kad kredit sebanyak RM1,300.Beliau menyesal kerana telah mengambil pinjaman maksimun untuk kereta tersebut dan juga mengambil tempoh maksimun. Ketika ini, beliau tidak tahu bila ansurannya akan berakhir. Keretanya keluar masuk workshop hampir setiap bulan. Harga keretanya sudah jatuh merudum di pasaran akibat penawaran model-model yang bukan sahaja baru tetapi dilengkapi dengan teknologi terkini.

Jangan biarkan hidup kita juga ditimpa dengan bebanan seperti Iqmal yang sanggup menempuhi hidup dalam keadaan ‘rabun’. Rabun bukan sahaja bererti untuk mata yang kabur, ia juga bermaksud pemikiran yang cetek dalam hal berkaitan dengan kewangan.

03 September 2010

Siri Kewangan 9 - Tip Mendidik Anak Ilmu Kewangan....

Saudara ...

Anak-anak adalah permata hati setiap ibu bapa. Kadang-kadang, anda terpaksa melayan kerenah anak-anak dengan menuruti kehendak mereka terutamannya apabila membeli barangan yang mereka inginkan. Sekaligus menyebabkan bajet anda "lari" daripada apa yang telah dirancangkan. Mungkin tip ini boleh membantu anda mendidik anak-anak anda mengenai ilmu pengurusan kewangan.
  1. Mulakan ketika usia muda. Kanak-kanak akan tahu bahawa wang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu barang yang diinginkan.
  2. Jadi contoh kepada anak anda. Amalkan tabiat berbelanja dengan cara yang berhemah dan terapkan amalan ini kepada anak anda.
  3. Cara terbaik mengajar anak anda berdikari dalam mengurus kewangan ialah dengan memberikan elaun bulanan kepada mereka. Jika mereka mahu mendapatkan sesuatu barangan, sarankan kepada mereka agar menyimpan sehingga cukup untuk membeli barang tersebut.
  4. Ajarkan mereka supaya membuat belanjawan atau bajet. Lihat corak perbelanjaan mereka samaada mereka berbelanja melebihi elaun yang diberikan atau mempunyai lebihan.
  5. Tunjukkan kepada anak-anak anda jumlah bil yang perlu dibayar setiap bulan. Melalui cara ini, mereka akan sedar bahawa pendapatan yang diperolehi bukan semata-mata untuk 'enjoy' tetapi sebaliknya untuk keperluan isi rumah.
  6. sewaktu membeli belah, ajar anak anda cara membandingkan harga dan kualiti barangan. Didiklah mereka mengenai jenis barangan keperlua ndan barangan bukan keperluan. Selain itu,tunjukkan kepada mereka bahawa anda hanya membeli barang yang telah disenaraikan sahaja.
  7. Buka akaun simpanan untuk mereka. Didik mereka untuk menyimpan di dalam tabung khas. Bawa anak anda ke bank setiap kali anda mahu menyimpan wang tersebut ke dalam akaun simpanan mereka. Mereka tentu seronok melihat wang mereka bertambah!

Mungkin 7 tip di atas dianggap remeh. Tetapi percayalah bahawa melalui pendekatan ini, akan menjadi lebih arif mengenai pegurusan kewangan. Cubalah...!

Sekian,Wassalam.