01 June 2010

Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit.....

"Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit"

Itulah ungkapan yang saya dengar semasa saya kecil-kacil dulu. Nasihat dari Ibu Bapa kita, Guru-Guru kita dan sesiapa lagilah..... Agar kita menanam sikap tabiat suka menyimpan.

Caranya saya diberika sebuah tabung (dulu tabung yang diberi prcuma oleh Bank Bumiputera) bagi menyimpan lebihan duit belanja sekolah yang diberikan. Begitulah amalan saya setiap hari dan kalau tak banyak pun saya dapat menyimpan duit dibank sekitar RM2o ke RM30 sebulan. Itu pun kadang-kadang ada, kekadang hancus...

Sebenarnya amalan menyimpan bukanlah sekadar diamalkan ketika kita masih kecil sahaja. Sepatutnya ianya diamalkan secara berterusan. Kenapa kita tidak tukarkan sahaja istilah tersebut kepada “rajin-rajin simpan duit, kita tidak tahu keadaan kita di masa hadapan”. Ringkas! Tapi sekurang-kurangnya ianya tidak menjurus kepada satu sebab, kenapa kita perlu menyimpan!


Sebagai contoh apa yang saya lakukan kini, saya telah menyediakan satu tabung yang berbentuk botol susu bayi di rumah. Tak mahal harganya cuma sekitar RM6.00 sahaja. Tabiat saya sekarang ialah amat jarang sekali membeli barang menggunakan duit syiling. Setiap kali saya menbeli barang wang kertas akan saya gunakan dan duit syiling akan saya simpan di kocek seluar saya. Jangan dilayan sangat permintaan si penjual sekiranya bertanyakan perihal duit syiling. Ini kerana menjadi tanggungjawabnya menyediakan wang tukaran sekiranya terdapat lebihan wang bayaran. Duit tersebut akan saya simpan didalam tabung yang telah saya sediakan tadi. Bukan itu saja, asalkan duit syling aje ke tabunglah jawabnya. Bila dah penuh bawalah ke bank dan simpankan didalam akaun anak-anak. Bukan bawa ke Bank untuk tukarkan kepada duit kertas untuk digunakan.Cuba bayangkan setiap kali penuh nilai duit yang dapat dikumpul berjumlah RM 500 dan memakan masa 6 bulan untuk penuh. Kalau setahun, 10 tahun dan ....... Agaknya berapa ye.

Latihlah juga anak kita untuk melakukan apa yang kita lakukan kini............Untuk itu mulalah sekarang, kerana tanpa bermula..... Kita tidak akan memakukan perubahan.

Seperti yang kita ketahui. Kita tidak dapat meramal situasi kita atau nasib kita di masa mendatang. Apa yang harus kita lakukan adalah bersedia dengan kemungkinan yang bakal berlaku, kata orang ’sediakan payung sebelum hujan’. Mungkin dengan persediaan yang lebih awal, pastinya kita akan merasa tetekan atau menyesal jika terjadinya sesuatu ke atas diri kita atau keluarga kita.

No comments:

Post a Comment