31 August 2010

Siri Kewangan 8 - Di Mana Tahap Kewangan Anda...

Berjumpa kembali.....

Saya ada satu soalan khas untuk anda. Bagaimana dan dimana tahap kewangan anda sekarang? dan soalan yang seterusnya, pernahkah anda mengkaji status kedudukan kewangan anda?
Disini saya senaraikan 4 tahap kedudukan kewangan. Anda boleh nilai sendiri dan cuba bandingkan dengan kedudukan kewangan anda.

  1. Kewangan Yang Tidak Selamat - Anda tidak mempunyai simpanan, jika ada pun untuk menyara hidup anda selama. Bertambah parah apabila anda tiba-tiba hilang pekerjaan atau sengaja berhenti kerja. Hidup umpama kais pagi makan pagi - kais petang, makan petang.
  2. Kewangan Yang Selamat - Anda mempunyai simpanan yang mampu menyara hidup anda dan keluarga selama 6 bulan walaupun tidak bekerja. Tempoh 6 bulan ini merupakan jangka waktu yang sesuai untuk anda mencari pekerjaan baru atau membuka perniagaan.
  3. Financial Freedom - Kebebasan KewanganAnda mempunyai aliran tunai pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda dan keluarga. Pada ketika ini, anda bebas menentukan sama ada hendak bekerja ataupun tidak.
  4. Tahap Selesa - Kaya dan mempunyai wang yang cukup banyak sehingga tidak tahu apa yang hendak dibelanjakan lagi. Pendek kata, belanjalah sebanyak mana pun, wang tetap tidak akan habis!

Di antara keempat-empat tahap kewangan yang saya nyatakan di atas, dimana tahap kewangan anda? Jika masih di tahap 1, tanamkan azam dan cita-cita untuk mencapai sekurang-kurangnya tahap 3 iaitu"Financial Freedom". Semoga berjaya...

Sekian,Wassalam.

30 August 2010

Siri Kewangan 7 - Punca Utama Kemerosotan Kewangan.....

Ramai yang tidak sedar mereka mengalami kegagalan dalam mengurus kewangan masing-masing. Puncanya adalah dari kelemahan diri sendiri. Kelemahan tersebut saya senaraikan untuk rujukan anda semua... manalah tahu kalau-kalaua da kaitannya dengan anda..

  1. Suka berhutang dan kerap menggunakan kad kredit tanpa ada sebarang kawalan.
  2. Menyertai pelaburan-pelaburan yang pelbagai tanpa membuat kaji selidik dengan lebih mendalam. Ramai yang terjerat dengan skim cepat kaya!
  3. Masih ramai yang bertangguh dalam merancang dan mengurus kewangan. Tiada usaha dan tiada perancangan untuk menguruskan kewangan.
  4. Gagal menyimpan wang. Sepatutnya walau apacara sekalipun, sekurang-kurangnya anda mampu menyimpan sebanyak 10% daripada pendapatan anda setiap bulan TANPA GAGAL. Klik....
  5. Tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Lebih mudah jika anda mempunyai matlamat kewangan agar anda boleh merancang dan bertindak dari sekarang.
  6. Tidak sedar inflasi mengurangkan kuasa beli pada masa hadapan. Jika Rm10,000 hari ini boleh membeli 10 barangan, dalam tempoh 5 tahun lagi mungkin anda hanya mampu membeli 7 barangan yang sama sahaja!
  7. Menganggap diri lebih bijak dan tidak mahu menerima nasihat kewangan pakar. Akhirkan anda bakal berdepan dengan situasi melakukan kesilapan kewangan yang mudah dan terjerat dalam hutang.

Bagaimana ? Di antara 7 senarai diatas, adakah salah satu darinya berlaku keatas diri anda?Renung-renungkanlah...

Sekian,Wassalam

29 August 2010

Bagaimana Nak Elak Dari Berhutang .....

Kita telah membincangkan tentang simpanan dan penjimatan. Kenapa perkara itu dibincangkan dahulu? Kenapa tidak bagaimana cara membuat duit lebih setiap bulan?
Jawapannya ialah, tanpa teknik simpanan dan penjimatan anda tidak akan mendapat apa-apa lebihan walaupun anda mendapat puluhan ribu sekalipun. Lebih teruk lagi anda akan terlibat dengan lebih banyak hutang? Pendapatan anda adalah negatif setiap bulan!

Kenapa orang BERHUTANG? Tidakkah kita tanpa hutang?
Hutang ibarat penyakit yang menular dalam kehidupan manusia. Mereka inginkan kemewahan yang diluar kemampuan. Bagaimana untuk elakkan dari berhutang? Dan bagaimana untuk melangsaikan hutang lapuk anda walau seberapa banyak sekalipun?
Langkah pertama ialah dengan mengelak dari membuat hutang baru. Terutamanya hutang-hutang besar melebih RM10,000. Baiklah kita mulakan dengan bagaimana untuk MENGELAK dari berhutang?
  1. Elakkan dari sebarang kemudahan auto-debit dan pembayaran mudah dan sebagainya melalui kad kredit. Ia terlalu mudah sehingga akan menyusahkan anda satu hari nanti.
  2. Elakkan dari berbelanja dipasaraya tanpa senarai barang. Anda akan mula rambang mata dan membeli sesuka hati (lebih-lebih lagi anda mempunyai kad kredit).
  3. Jadikan hutang ini sebagai satu perkara yang luar biasa dan patut dielakkan selagi boleh. Hutang? Hmm.. apa tu? Yang saya tahu hanya TUNAI!
  4. Jadikan proses berhutang sesuatu yang sangat rumit bagi anda. Buat senarai jika anda berhutang, anda perlu mendapat kelulusan pasangan anda, ibubapa anda, kawan-kawan, mengeluarkan segala senarai simpanan anda dan apa-apa saja yang anda rasa sukar.
  5. Lengah-lengahkan keputusan untuk berhutang. Semakin lambat semakin bagus. Kerana apabila anda berlengah kebarangkalian anda tidak jadi berhutang lebih tinggi.

Sekian....

Siri Kewangan 6 - 6 Lagi Cara Jimatkan Eletrik .....

Salam sejahtera...
Susulan daripada post yang lepas, post kali ini akan menyambung 6 cara lagi dalam menjimatkan penggunaan elektrik.

Berikut adalah sambungannya...
  1. Cuci pakaian dengan muatan yang sesuai. Keringkan pakaian pada tahap sederhana sahaja sekiranya cuaca panas terik.
  2. Penggunaan warna cat dinding yang cerah akan memantulkan banyak cahaya dan ini boleh mengurangkan penggunaan lampu pada waktu siang.
  3. Tukar peralatan elektrik yang telah melebihi 10 hingga 15 tahun. Beli barangan elektrik yang mesra alam dan jimat tenaga.
  4. Televisyen dan komputer menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi, cabut palamnya daripada soket untuk mengurangkan aliran keluar tenaga jika tidak menggunakan televusyen dan komputer.
  5. Matikan semua bekalan elektrik sekiranya anda meninggalkan rumah untuk jangka waktu yang panjang.
  6. Pastikan sistem pendawaian di rumah anda selamat dan tidak membahayakan. Buat semakan secara berkala bagi mengelakkan berlakunya lintar pintas dan bebanan elektrik.

Saya yakin tentu Anda boleh mengaplikasikan 12 cara penjimatan elektrik, sekaligus mengurangkan perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran.

Sekian, Wassalam...

26 August 2010

Siri Kewangan 5 - 12 Cara Jimatkan Elektrik.....

Tidak dinafikan, penggunaan elektrik pada hari ini merupakan keperluan penting di dalam menguruskankehidupan seharian. Namun, jika penggunaan elektrik terlampau berlebih-lebihan, ia sudah menjadi pembaziran tenaga dan pembaziran wang kocek ANDA..
Ikuti tip-tip penjimatan elektrik dibawah :
  1. Bersihkan penghawa dingin anda secara berkala dan tentukan saiz penghawa dingin sesuai dengan keluasan ruang tersebut.
  2. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunkan. Banyakkan menanam pokok-pokok teduhan untuk mengurangkan bahang kepanasan di dalam rumah.
  3. Jangan penuhkan peti sejuk anda dengan makanan sehingga melebihi kapasiti yang ditetapkan. Jika tidak, udara sejuk sukar untuk mengalir bebas dan menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan.
  4. Jika cuaca tidak panas, gunakan kipas sahaja dan elakkan dari menggunakan penghawa dingin.
  5. Tutup periuk atau kuali ketika memasak bagi mengurangkan masa memasak. Atau dalam erti kata lain, masa memasak anda lebih cepat!
  6. Gunakan pemanas air sewaktu mandi dalam keadaan tertentu sahaja. Lebih baik gunakan shower kerana ia lebih jimat berbanding berendam dalam tab mandi.

Ok ... Kita bersambung pada post yangakan datang. Cukup 6 tip terlebuh dahulu kerana 6 tip lagi lebih meletup!

Sekian,Wassalam.

23 August 2010

Siri Kewangan 4 - Selamatkan Diri Dari Hutang.....

Salam sejahtera....

Anda tidak mahu berhutang? Mungkin tips pada kali ini akan dapat membantu Anda....

  1. Jika anda mempunyai simpanan tunai yang banyak, jangan sesekali untuk membeli barangan secara ansuran. Kadar faedah lebih tinggi dan pastinya anda terpaksa membayar lebih banyak berbanding beli secara tunai.
  2. Jangan suka-suka berhutang kepada perkara yang remeh. Kadang-kadang suka sangat berhutang dengan kawan-kawan. Akibatnya, hutang semakin banyak dan tidak terbayar. Kawan lari.. musuh datang!
  3. Jika ingin sesuatu barang, jadikan hutang sebagai pilihan terakhir. Jika terpaksa, pilih hutang yang kadar faedahnya lebih rendah dan fleksible.
  4. Pertimbangkan semula bayaran bulanan sama ada anda mampu atau tidak membayar ansurannya. Jangan sampai tergadai rumah, kereta dan harta benda apabila anda tidak mampu membayar hutang. Tangguhkan pengambilan hutang jika perlu.
  5. Jangan memiliki kad kredit sekiranya anda seorang yang boros dan kewangan anda kuncar-kancir. Kad kredit tidak sesuai untuk anda!
  6. Beli barangan secara tunai. Jangan beli secara serentak jika tidak mampu. Berbelanja ikut tahap kemampuan tunai anda sahaja.
  7. Jika anda mengimpikan sesuatu barang, cuba sediakan tabungan khas untuk tujuan tersebut. Apabila cukup wang satu hari nanti, barulah anda membeli barangan tersebut.

Tidak Berhutang bukan satu pilihan kerana paling tidak pun, anda pasti akan berhutang juga seperti rumah dan kereta yang merupakan hutang TERBESAR bagi rakyat Malaysia. Pengajarannya disini, rancanglah kewangan anda dengan bijak dan sebaik-baiknya elakkan dari berhutang tak tentu arah.

Sekian,Wassalam.

21 August 2010

Siri Kewangan 3 - Sambungan Tips Belanja Dapur....

Post kali ini adalah sambungan pada email yang lepas mengenai tajuk.."Tip Jimat Belanja Dapur"

Baik.. saya teruskan dengan tips tersebut..

  1. Sebelum membeli sesuatu barang, pastikan anda melihat tarikh luput terlebih dahulu.
  2. Rajin-rajin buat survey atau bandingkan hargadengan kedai-kedai yang lain. Anda juga boleh semak harga barangan di laman web KPDNKK supaya tidak tertipu dengan harga yang diletakkan oleh penjual.
  3. Beli hanya barang yang telah disenaraikan. Jangan beli barang yang diluar daripada senarai. Jika mahu.. masukkan ke dalam senarai bulan hadapan atau pertimbangkan semula sama ada barang tersebut perlu atau tidak.
  4. Pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Makan diluar akan menyebabkan bajet anda lari..
  5. Jangan bawa anak semasa membeli belah. Jika tidak, anak-anaklah yang selalu menyebabkan bajet anda lari. - itu pun kalau bolehlah..
  6. Sesetengah pasaraya ada memberikan kupon atau voucher untuk membeli belah di pasaraya tersebut. Gunakan kupon atau voucher tersebut untuk dapatkan diskaun dan penjimatan.
  7. Beli barang sewaktu jualan murah. Beli barang murah sewaktu jualan murah. Pastinya lebih lebih jimat!
  8. Semak resit belian anda sama ada anda terlebih bayar atau tersalah kira harga barangan.
  9. Jangan mudah terpedaya dengan produk baru atau produk yang diperbaharui semula. Ingat, beli untuk keperluan sahaja.
  10. Jika anda rajin, belilah barang di pasaraya borong seperti TESCO, MYDIN dan MAKRO. Harganya biasanya lebih murah berbanding di kedai runcit.
Semoga tip berjimat kali ini dapat membantu anda mempunyai lebihan tunai ditangan.
Sekian,Wassalam.

19 August 2010

Siri Kewangan 2 - Tips Jimat Belanja Dapur...

Setiap kali dapat gaji, perkara pertama yang anda akan fikirkan ialah membeli barangan keperluan dapur. Ianya sudah menjadi rutin bulanan kepada semua orang.. Kali ini saya membawakan tip-tip bagaimana anda boleh berjimat sewaktu membeli barang dapur.
  1. Rancang dan senaraikan barang yang perlu dibeli. Ingat! Beli barang yang penting sahaja!
  2. Masak ikut keperluan. Lihat bilangan ahli keluarga anda dan jangan membazir.
  3. Jangan masak sesuatu masakan tersebut sehingga hilang khasiatnya seperti vitamin, zat dan mineral.
  4. Lebihan bahan mentah boleh digunakan untuk masak masakan yang lain. Cari resepi yan berkaitan.
  5. Nikmati makanan anda pada kadar diet yang sihat. Cara ini dapat menjaga kesihatan anda. Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui jadual pemakanan seimbang.
  6. Ambil makanan dalam kuantiti sedikit terlebih dahulu dan tambah kemudian jika perlu.
  7. Jika anda ada memelihara binatang, berikan sisa makanan yang masih elok untuk elakkan dari binatang perliharaan anda sakit.
  8. Elakkan makan makanan ringan. Kurangkan gula dalam minuman dan masakan. Kurangkan juga dari menggunakan bahan pewarna dan perasa tambahan. (Kalau sakit, kan susah.. kena keluar duit lebih untuk belanja rawatan..)
  9. Jika Anda merokok, tinggalkan tabiat merokok tersebut kerana selain wang ringgi tanda 'terbakar', organ-organ dalaman anda juga turut 'terbakar'!
  10. Bawa bekal ke pejabat. Beri anak-anak anda bekal makanan ke sekolah. Selain dapat makan makanan yang sedap, anda dapat berjimat dengan perbelanjaan persekolahan mereka.

Cukup 10 tip jimat belanja dapur pada email kali ini. Saya akan sambung 10 tip lagi pada blog yang akan datang..
Sekian,Wassalam.

17 August 2010

Siri Kewangan 1 - Baik Buruk Kad Kredit...



Sejak kerajaan meluluskan cukai perkhidmatan kadkredit sebanyak RM50 setahun, ramai yang berhasrat untuk membatalkan kad kredit..Mungkin Anda boleh mempertimbangkan semula sama ada kad kredit yang anda miliki masih diperlukan ataupun tidak..

KELEBIHAN
  1. Boleh digunakan pada waktu kecemasan dan dalam keadaan terdesak yang memerlukan wang segera.
  2. Tak perlu bawa tunai yang banyak.
  3. Kebanyakkan syarikat kad kredit akan memberikan bonus, ganjaran, insentif, diskaun barangan dan sebagainya kepada pelanggan.
  4. Melakukan pembelian secara online dengan mudah.
KEKURANGAN


  1. Ramai yang GAGAL mengurus kad kredit sehingga diisytiharkan muflis oleh mahkamah.
  2. Jika kad kredit dicuri, anda terpaksa menanggung hutang kad kredit yang telah dibelanjakan oleh pencuri tersebut!
  3. Anda terpaksa berbelanja besar untuk mengumpul mata ganjaran. Jadi, jangan sesekali terpengaruh!
  4. Cenderung untuk berbelanja melebihi bajet.J
  5. ika anda hanya menggunakan kad kredit setahun sekali, lebih baik batalkan sahaja.
  6. Kadar faedah kad kredit ialah 18% setahun!
  7. Terdapat yuran dan caj tambahan jika anda membayar lewat baki kad kredit anda.
  8. Anda mengambil masa yang lama untuk mambayarhutang kad kredit jika hanya membayar jumlah minimum pada setiap bulan.
TIPS MENGGUNAKAN KAD KREDIT
  1. Baca terma dan syarat sebelum bercadang untuk mengambil perkhidmatan kad kredit.
  2. Gunakan satu kad kredit sahaja.
  3. Langsaikan hutang kad kredit anda secepat mungkin dan jangan bertangguh!
  4. Tetapkan had kredit perbelanjaan anda berdasarkan pendapatan yang anda perolehi.
  5. Akhir sekali, semak semula bil-bil kad kredit. Lihat semua penggunaan/perbelanjaan keluar kad kredit. Pastikan ianya merupakan transaksi yang SAH dilakukan oleh anda.

Semoga tips kali ini dapat membantu anda. Ingat, kad kredit hanyalah instrumen kewangan yang disediakan oleh pihak bank. Terpulang pada anda untuk menilai sama ada perlu atau tidak memiliki kad kredit.

Sekian, Wassalam.