14 March 2013

Bank Rakyat - Dividen Berakhir 2012, Diumum 18%


Bank Rakyat semalam mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18% bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2012. Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM2.11 billion. Nampaknya Bank Rakyat masih mengekalkan pembayaran divdennya iaitu melebihi 10%

Pembayaran dividen sebanyak 18% yang melibatkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16% berjumlah RM440 juta dan dividen bonus saham dalam bentuk syer sebanyak 2% berjumlah RM55 juta kepada para anggotanya. Pembayaran tersebut akan diberikan bermula hari ini.

Diharap semua pencarum yang akan menerima dividen ini akan menggunakan rezeki yang dilimpahkan ini dengan sebaik yang mungkin selain memperuntukan sedikit untuk membuat penambahan dana simpanan hari tua nanti......

*** Simpanan seperti ini juga merupakan salah satu dari penjanaan pendapatan pasif...Kilk.

No comments:

Post a Comment