05 September 2010

Cerita Pasal Hutang...

Di zaman ini meminjam adalah menjadi perkara yang paling mustahak di dalam kehidupan. Tidak sah kalau tidak meminjam. Pengaruh budaya tidak baik ini juga sudah menular di Malaysia.
  • Kahwin meminjam
  • Beli tv meminjam
  • Bayar hutang meminjam
  • Beli barangan dapur - basah ataupun kering meminjam
  • Beli tiket kapal terbang meminjam


Boleh dikatakan hampir semua aktiviti yang boleh dilakukan dengan meminjam, dilakukan oleh individu yang menjadikan meminjam sebagai adat. Apabila kita belum jelas antara keperluan dan kehendak, kita biasanya akan masuk perangkap kewangan. Seperti mana kahwin, majlis boleh dibuat sederhana yang boleh, tidak perlu ada hantaran gubahan, tidak perlu ada khemah sampai 7 dan tidak perlu ada pelamin jika kita tidak mampu menyediakannya sebagai tunai.
Hutang yang dibuat berdasarkan kehendak membuatkan hidup kita bertambah susah dan sempit. Ianya hanya membantu memberi nikmat yang terlalu pendek tetapi merana sepanjang masa.

Bagi mengatasi masalah yang kini melanda kehidupan kita semua, seharusnya kita mempunyai cukup ilmu dalam mengharungi kehidupan. Tidak mengambil jalan mudah dalam melayani kehendak naluri kita yang setiasa inginkan menjalani kehidupan yang mewah sedangkan ianya diluar kemampuan kita. Apa yang boleh kita lakukan ialah banyakkanlah membaca dan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Dengan menghabiskan wang yang banyak kepada perkara yang merupakan kehendak dan bukannya keperluan, adalah lebiha baik kita membelanjagan sedikit wang kita untuk buku-buku yang dapat membimbing kita kearah kebebasan kewangan......

No comments:

Post a Comment