- Suka berhutang dan kerap menggunakan kad kredit tanpa ada sebarang kawalan.
- Menyertai pelaburan-pelaburan yang pelbagai tanpa membuat kaji selidik dengan lebih mendalam. Ramai yang terjerat dengan skim cepat kaya!
- Masih ramai yang bertangguh dalam merancang dan mengurus kewangan. Tiada usaha dan tiada perancangan untuk menguruskan kewangan.
- Gagal menyimpan wang. Sepatutnya walau apacara sekalipun, sekurang-kurangnya anda mampu menyimpan sebanyak 10% daripada pendapatan anda setiap bulan TANPA GAGAL. Klik....
- Tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Lebih mudah jika anda mempunyai matlamat kewangan agar anda boleh merancang dan bertindak dari sekarang.
- Tidak sedar inflasi mengurangkan kuasa beli pada masa hadapan. Jika Rm10,000 hari ini boleh membeli 10 barangan, dalam tempoh 5 tahun lagi mungkin anda hanya mampu membeli 7 barangan yang sama sahaja!
- Menganggap diri lebih bijak dan tidak mahu menerima nasihat kewangan pakar. Akhirkan anda bakal berdepan dengan situasi melakukan kesilapan kewangan yang mudah dan terjerat dalam hutang.
Bagaimana ? Di antara 7 senarai diatas, adakah salah satu darinya berlaku keatas diri anda?Renung-renungkanlah...
Sekian,Wassalam
No comments:
Post a Comment