Sejak kerajaan meluluskan cukai perkhidmatan kadkredit sebanyak RM50 setahun, ramai yang berhasrat untuk membatalkan kad kredit..Mungkin Anda boleh mempertimbangkan semula sama ada kad kredit yang anda miliki masih diperlukan ataupun tidak..
KELEBIHAN
- Boleh digunakan pada waktu kecemasan dan dalam keadaan terdesak yang memerlukan wang segera.
- Tak perlu bawa tunai yang banyak.
- Kebanyakkan syarikat kad kredit akan memberikan bonus, ganjaran, insentif, diskaun barangan dan sebagainya kepada pelanggan.
- Melakukan pembelian secara online dengan mudah.
- Ramai yang GAGAL mengurus kad kredit sehingga diisytiharkan muflis oleh mahkamah.
- Jika kad kredit dicuri, anda terpaksa menanggung hutang kad kredit yang telah dibelanjakan oleh pencuri tersebut!
- Anda terpaksa berbelanja besar untuk mengumpul mata ganjaran. Jadi, jangan sesekali terpengaruh!
- Cenderung untuk berbelanja melebihi bajet.J
- ika anda hanya menggunakan kad kredit setahun sekali, lebih baik batalkan sahaja.
- Kadar faedah kad kredit ialah 18% setahun!
- Terdapat yuran dan caj tambahan jika anda membayar lewat baki kad kredit anda.
- Anda mengambil masa yang lama untuk mambayarhutang kad kredit jika hanya membayar jumlah minimum pada setiap bulan.
- Baca terma dan syarat sebelum bercadang untuk mengambil perkhidmatan kad kredit.
- Gunakan satu kad kredit sahaja.
- Langsaikan hutang kad kredit anda secepat mungkin dan jangan bertangguh!
- Tetapkan had kredit perbelanjaan anda berdasarkan pendapatan yang anda perolehi.
- Akhir sekali, semak semula bil-bil kad kredit. Lihat semua penggunaan/perbelanjaan keluar kad kredit. Pastikan ianya merupakan transaksi yang SAH dilakukan oleh anda.
Semoga tips kali ini dapat membantu anda. Ingat, kad kredit hanyalah instrumen kewangan yang disediakan oleh pihak bank. Terpulang pada anda untuk menilai sama ada perlu atau tidak memiliki kad kredit.
Sekian, Wassalam.
No comments:
Post a Comment