Isu yang banyak mempengaruhi kita dalam menjalani hidup yang bahagia dan dalam batasan normal manusia adalah kos hidup.
Membiayai Kehidupan bermakna kita membelanjakan duit bagi memastikan kita memenuhi keperluan hidup sementara mejalani kehidupan di dunia ini.
Membiayai Gaya Hidup pula bermakna kita membelanjakan duit kita dan duit orang lain (Kita Berutang) bagi memenuhi gaya hidup di dunia yang kita merasakan ianya akan kekal untuk selama-lamanya.
Kos membiayai kehidupan adalah murah, kerana kita tidak membazirkan duit bagi membeli simbol-simbol kekayaan. Sebagai contoh jika kita memerlukan sofa, kita hanya membelikan sofa yang boleh diduduki dengan selamat oleh tetamu kita. Selain itu tetamu kita juga tidak merasa rungsing jika air tertumpah di atas sofa kita. Mereka juga tidak rungsing dengan anak-anak mereka yang bermain dalam rumah kita, kerana dalam rumah kita tidak ada hiasan yang membuatkan tetamu takut ianya pecah atau rosak akibat kelincahan anak-anak mereka semasa berkunjung ke rumah kita.
Apabila kita membiayai Gaya Hidup pula kita akan mendapati pendapatan atau duit gaji kita akan sentiasa tidak mencukupi. Walaupun kita telah menerima kenaikan pendapatan 4 atau 5 kali ganda duit gaji yang lebih besar dari sebelumnya. Ini kerana semakin besar gaji yang kita terima semakin besar perbelajaan yang kita belanjakan yang kononya untuk memaparkan simbol kekayaan. Yang lebih malang lagi simbol kekayaan tersebut dibeli secara hutang.
Contoh individu yang membiayai kehidupan : Membeli TV 21″ berjenama Pensonic Dengan harga RM 370 dan dibeli secara tunai.
Contoh individu yang membiayai gaya hidup : Membeli TV Plasma / Flat Screen Berharga RM 3,666. BELIAN TV Plasma di atas yang berharga RM 3,666 dibeli sama ada secara tunai, ataupun hutang (skim ansuran mudah, ataupun kad kredit).
Sedangkan tujuan utama adalah sama iaitu untuk menonton. Banyak lagi contoh yang boleh di fikirkan....
Sehubungan dengan itu untuk mengelakkan kita sentiasa hidup dalam kegelisahan kerana wang WANG tidak cukup, Kita perlulah......... MEMBIAYAI KEHIDUPAN DAN BUKANNYA MEMBIAYAI GAYA HIDUP......
No comments:
Post a Comment