Baik.. saya teruskan dengan tips tersebut..
- Sebelum membeli sesuatu barang, pastikan anda melihat tarikh luput terlebih dahulu.
- Rajin-rajin buat survey atau bandingkan hargadengan kedai-kedai yang lain. Anda juga boleh semak harga barangan di laman web KPDNKK supaya tidak tertipu dengan harga yang diletakkan oleh penjual.
- Beli hanya barang yang telah disenaraikan. Jangan beli barang yang diluar daripada senarai. Jika mahu.. masukkan ke dalam senarai bulan hadapan atau pertimbangkan semula sama ada barang tersebut perlu atau tidak.
- Pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Makan diluar akan menyebabkan bajet anda lari..
- Jangan bawa anak semasa membeli belah. Jika tidak, anak-anaklah yang selalu menyebabkan bajet anda lari. - itu pun kalau bolehlah..
- Sesetengah pasaraya ada memberikan kupon atau voucher untuk membeli belah di pasaraya tersebut. Gunakan kupon atau voucher tersebut untuk dapatkan diskaun dan penjimatan.
- Beli barang sewaktu jualan murah. Beli barang murah sewaktu jualan murah. Pastinya lebih lebih jimat!
- Semak resit belian anda sama ada anda terlebih bayar atau tersalah kira harga barangan.
- Jangan mudah terpedaya dengan produk baru atau produk yang diperbaharui semula. Ingat, beli untuk keperluan sahaja.
- Jika anda rajin, belilah barang di pasaraya borong seperti TESCO, MYDIN dan MAKRO. Harganya biasanya lebih murah berbanding di kedai runcit.
Sekian,Wassalam.
No comments:
Post a Comment