Anda tidak mahu berhutang? Mungkin tips pada kali ini akan dapat membantu Anda....
- Jika anda mempunyai simpanan tunai yang banyak, jangan sesekali untuk membeli barangan secara ansuran. Kadar faedah lebih tinggi dan pastinya anda terpaksa membayar lebih banyak berbanding beli secara tunai.
- Jangan suka-suka berhutang kepada perkara yang remeh. Kadang-kadang suka sangat berhutang dengan kawan-kawan. Akibatnya, hutang semakin banyak dan tidak terbayar. Kawan lari.. musuh datang!
- Jika ingin sesuatu barang, jadikan hutang sebagai pilihan terakhir. Jika terpaksa, pilih hutang yang kadar faedahnya lebih rendah dan fleksible.
- Pertimbangkan semula bayaran bulanan sama ada anda mampu atau tidak membayar ansurannya. Jangan sampai tergadai rumah, kereta dan harta benda apabila anda tidak mampu membayar hutang. Tangguhkan pengambilan hutang jika perlu.
- Jangan memiliki kad kredit sekiranya anda seorang yang boros dan kewangan anda kuncar-kancir. Kad kredit tidak sesuai untuk anda!
- Beli barangan secara tunai. Jangan beli secara serentak jika tidak mampu. Berbelanja ikut tahap kemampuan tunai anda sahaja.
- Jika anda mengimpikan sesuatu barang, cuba sediakan tabungan khas untuk tujuan tersebut. Apabila cukup wang satu hari nanti, barulah anda membeli barangan tersebut.
Tidak Berhutang bukan satu pilihan kerana paling tidak pun, anda pasti akan berhutang juga seperti rumah dan kereta yang merupakan hutang TERBESAR bagi rakyat Malaysia. Pengajarannya disini, rancanglah kewangan anda dengan bijak dan sebaik-baiknya elakkan dari berhutang tak tentu arah.
Sekian,Wassalam.
No comments:
Post a Comment