Matlamat pertama kita seharusnya adalah untuk jadi financially free atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan (sama je). Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun, sekurang-kurangnya kita perlu menjadi bebas kewangan.
Wow......Apakah maksud bebas kewangan? Bebas kewangan adalah apabila pendapatan resedual (passive income) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan. Contoh mcm kes aku, kos sara hidup aku sekeluarga adalah RM3,000, aku perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM3,000.
Andaian.... dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000- ini memberi pulangan pelaburan dalam setahun 7%. ....kita akan dapat Rm14k. lingkungan RM1,100 sebulan. Mungkin kita ada menyewakan 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa rumah adalah RM1,000. Mungkin kita memiliki perniagaan Internet(ebook/affiliate/dan lain2) secara automatik yang memberi pulangan RM1000 sebulan. Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM3,100 sebulan (semua ni adalah CONTOH).
Dengan ini, anda telah menjadi financially free, kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!
Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah! bak kata pepatah...anda telah masuk ke lebuhraya kebebasan kewangan.
No comments:
Post a Comment