Sedang aku mencari idea apa yang di contengkan dlm blog ini , teringat aku pada satu cerita yang pernah dipaparkan dalam satu Slot Cekarama yang ditayangkan di saluran TV3 beberapa bulan lalu.....
Apa yang dipaparkan merupakan pengajaran yang dapat diambil bagi para pembaca yang bercita-cita untuk memulakan perniagaan senndiri...
Cerita yang bertajuk AYAM GORENG COMEL.......Cerita mengenai dua orang adik beradik lulusan universiti masih mengaggur dan tinggal dirumah ibunya. Segala perbelanjaan kehidupannya juga ditanggung oleh ibunya. Apa yang menyukarkan dirinya ialah kini dirinya telah menjadi bualan dan kutukan masyarakat kampung sebagai seorang yang memilih kerja dan juga seorang yang menyusahkan orang tuanya.
Hendak dijadikan cerita...... mereka merancang sesuatu bagi mengubah pandangan masyarakat akan dirinya yang dikatakan pemalas itu. Apa yang mereka lakukan ialah membuat pungutan derma dari rumah ke rumah yang kononya untuk didermakan kepada masyarakat yang susah. Dalam pelaksanan tugas tersebut, sekali lagi pelbagai tomohan masyarakat setempat kepadanya kerana beranggapan apa yang dilakukan adalah untuk kegunaanya sendiri............
Pada satu hari dalam usahanya membuat pungutan derma, mereka telah terjumpa dengan satu keluarga yang mana seorang nenek tua terpaksa menyara dua orang cucu. Lebih malangnya seorang dari cucunya mengidap penyakit jantung berlubang dan memerlukan pembedahan bagi menyelamatkannya dari maut. Kos yang diperlukan ialah RM 50000.00.Disebabkan kesihan, mereka berusaha dengan meneruskan kerjanya membuat kutipan derma bagi membantu keluarga malang tersebut. Tapi malangnya jumlah derma yang dapat dikutip setiap hari amatlah sedikit dan mustahil dapat mencukupi bagi pembedahan tersebut. Mereka menjadi buntu .........
Sehinggalah pada satu hari mereka dikunjungi rakanya yang berasal dari Kuala Lumpur yang kini juga mesih mengenggur......... Dalam kebuntuan ini segala permasalahan diceritakan................... Penyelesaian masih juga tidak diketemui........
Satu malam, tatkala mereka semua sedang makan malam bersama dengan berbagai jenis hidangan yang lazat-lazat belaka, terkeluar satu ucapan sepontan dari rakannya “kalau aku jadi kau dah lama aku buka gerai ayam Goreng ni” . Kata itu diucap ketika peha ayam goreng sedang dimamah di dalam mulutnya sambil ketawa besar bagaikan tidak sedar apa yang diucapkannya...
Dua beradik dan ibunya berpandangan sesama sendiri tatkala terdengar kata-kata tersebut. Beberapa ketika barulah mereka tersenyum.... Kawannya kehairanan melihat kelakuan tiga ahli keluarga tersebut yang masih tersenyum memanjang.............
Apa terjadi selepas itu ????????.......
Tentunya saudara dapat Meneka..... @ Mereka Cerita....
No comments:
Post a Comment