06 June 2010

Duit Lagi.....

Post kali ni saja nak kongsi bersama dengan semua berkaitan pendapatan pasif yang aku telah perolehi.... Walaupun nilainya tak berapa banyak nanun ianya merupakan satu pendapatan yang boleh dikatakan mudah... Apa yang perlu kita lakukan ialah hanya berkerja atau mengeluarkan modal dengan sekali dan akan mendapat hasil yang berpanjangan...

Semalam bapaku dari kampung call pada aku, saja bertanya khabar cucunya... biasalah datuk kan tentunya sayangkan cucu-cucunya... salain tu yang amat menyeronokkan ialah beliau memaklumkan pada ku semua hasil pendapatan dari rumah sewa dan hasil kebun sawit ku kini akan terus dikraditkan ke akaun bank milik ku.... Alasannya takut simpan duit yang banyak dirumah...

Sebelum ni segala hasil pendapatan pasif ku akan diterima oleh bapa ku dikampung... ini kerana beliau merupakan salah seorang pengurus yang dilantik oleh ku (CEO) bagi menguruskan segala aset-aset ku yang ada... Semua pendapatan tersebut akan disimpan dirumah dan menyerahkan nya apabila aku pulang ke kampung... Oleh itu bagi alasan keselamatan maka aku menyerahkan buku akaun ku dan juga kad ATM ku kepadanya sapaya segala pendapatan tersebut akan dikraditkan ke akaun ku. Kad ATM tu saja aku bagi kat dia supaya pengurusan kewangannya di urus terus oleh beliau. Ini kerana kalau kad ATM tersebut berada ditangan ku dikhuatiri menjadi gatal tangan. Biasalah duit dah depan mata tentu banyak yang dipikirkan agar duit tersebut digunakan dan dihabiskan.

Sekarang macam mana.... Betul tak aku katakan pendapatan pasif ni membuatkan kita tenang sentiasa walaupun dibebani dengan tekanan yang sarat ditempat kerja..........

No comments:

Post a Comment