05 June 2010

Kaya Bukannya Keinginaan Tetapi Satu Keperluan....

Bertemu kembali.

Pos kali ini akan diceritakan berkenaan dengan keperluan kita untuk menjadi KAYA.

Saudara....Kaya itu bukan hanya satu keinginan. Ini kerana apabila kita meletakkan kekayaan itu pada paksi keinginan semata-mata dikhuatiri ianya akan menjerumuskan kita kepada nafsu dunia yang banyak pancaroba, muslihat dan penipuan.

Lihat sahajalah betapa ramai manusia yang kaya hari ini menjadi tamak haloba kerana semata –mata meletakkan kekayaan itu sebagai keinginan. Demi mencapai cita-cita dan impian yang mereka inginkan, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Menindas, rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, menipu harga dan timbangan, menyorok bekalan,dan pelbagai lagi telah menjadi lumrah bagi mereka yang ingin menempah tiket mudah ke jalan kekayaan.Inilah bahana dan akibatnya jika ramai dikalangan kita masih silap dalam meletakkan perkara kekayaan itu di atas dorongan dan keinginan semata-mata untuk menjadi kaya.


Untuk pengetahuan KEKAYAAN itu semestinya menjadi suatu KEPERLUAN sehingga ia menjadi perkara yang MESTI dan tidak berubah sebagaimana kita perlu menunaikan ibadat, makan, minum, dan meluangkan masa untuk berehat atau tidur. Kekayaan sebenar bukanlah terletak pada kekayaan harta semata-mata tetapi juga mencakupi kekayaan dari aspek –aspek lain. Orang kaya yang sebenarnya adalah orang yang menjalankan perintah Allah sehingga kekayaan mereka berkat dan bermanfaat bagi orang ramai. Mereka membelanjakannya untuk infaq ke jalan Allah, bersedekah, mengeluarkan zakat, dan membantu hamba Allah yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.
Justeru itu, kaya adalah perlu dan wajib bagi kita semua untuk gunakannya supaya menjadi sebaik-baik manusia iaitu manusia yang bermanfaat bagi orang lain. Dalam Islam, seseorang muslim itu disarankan mengeluarkan zakat bagi menyuburkan harta dan dalam masa yang sama dapat meyeimbangkan ekonomi. Ianya amat dituntut kepada mereka yang mampu apatah lagi bagi golongan yang berharta dan kaya. Dengan adanya zakat jurang ekonomi di antara golongan kaya dan miskin dapat diseimbangkan.

Bagi mereka yang meletakkan kekayaan itu berlandaskan keinginan, sudah pasti mereka tidak sanggup untuk mengeluarkan zakat kerana pada mereka ianya akan mengurangkan harta kekayaan mereka. Sebaliknya mereka yang meletakkan kekayaan sebagai satu keperluan sudah pasti tidak teragak-agak untuk menyumbangkan harta kekayaan mereka ke jalan Allah. Bagi mereka itulah tujuan sebenar mereka mencari harta kekayaan. Keperluan untuk dibelanjakan ke jalan yang dituntut dan diredhai Allah.

Carilah kekayaan itu sebagaimana anda berusaha memenuhi keperluan hidup anda, dan janganlah meletakkan matlamat kekayaan itu sekadar keinginan semata-mata.

Wallahu’alam… Salam kekayaan............

No comments:

Post a Comment