Seorang rakan bertanya ….“Betul ke skim pelaburan nie tak betul? Kalau tak betul.. kenapa pensyarah-pensyarah dan orang2 besar yang pandai-pandai tu pun join skim ini?”
Orang-orang yang bijak pandai sememangnya mempunyai tahap IQ (Intelligence Quotient) yang agak tinggi daripada orang-orang lain. Namun begitu, IQ ini adalah tidak begitu relevan untuk digunapakai sebagai kayu pengukur kebijaksanaan seseorang dari segi kewangan. Untuk mengukur kebijaksanaan seseorang dari segi kewangan, kita memerlukan FQ(Financial Quotient).
Orang yang tinggi IQ.. tidak bermakna FQ nya juga tinggi... sebab itulah kita dapat lihat ada golongan-golongan profesional yang dianggap sangat bijak seperti doktor, peguan, jurutera dan sebagainya.. terus hidup dalam suasana yang cukup2 makan sahaja.. tidak kaya.. tidak miskin…
Orang yang tinggi FQ pula.. tidak semestinya juga mempunyai IQ yang tinggi... sebab itulah kira dapat lihat ramai orang2 yang hanya berkelulusan darjah enam dan tidak habis sekolah, berjaya menjadi seorang jutawan…
Jadi… jika ada orang yang memakai ayat… “Sertailah skim pelaburan ini kerana skim ini telah disertai oleh ramai golongan profesional serta bijak pandai seperti doktor, pensyarah dan sebagainya…”
Maaf.. ayat itu tidak berkesan untuk meghairahkan saya…. tak stim pun orang kata.. ho! ho! ho!..
**** Sebenarnya dulu aku pun sama macam orang yang IQ Tinggi....SEBAB TU TAK KAYA LAGI ********
No comments:
Post a Comment