19 September 2015

  • Perbanyaklah menggunakan telingga melebihi mulutmu. Karena kamu diberi dua tangan dan satu mulut supaya kamu lebih banyak mendengar daripada berbicara.

  • Jangan pernah berputus ada jika menghadapi kesulitan, karena setiap tetes air hujan yang jernih berasal daripada awan yang gelap.

  •  Tegas akan diri sendiri, buang pikiran negatif dan lakukan yang baik. Kegelisahan hanya milik mereka yang putus asa.

29 October 2013

Koperasi Permodalan Felda - Penjualan Saham FHB Kepada FGV..

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD

BERITA SEMASA: Mesyuarat Agung Perwakilan Khas Bersetuju Usul KPF Menjual Keseluruhan 112,199,999 Unit Saham Bersamaan 51% Modal Berbayar Dalam FHB Kepada FGV Pada Nilai RM2.20 Bilion.

KUALA LUMPUR 27 Oktober – Lembaga KPF telah memanggil Mesyuarat Agung Perwakilan Khas pada 27 Oktober 2013 bertempat di Dewan Bankuet, Menara Felda, Kuala Lumpur bagi membahaskan dan memutuskan usul Lembaga untuk menjual keseluruhan 112,199,999 unit saham bersamaan 51% kepentingan KPF dalam FHB kepada FGV pada nilai RM2.20 bilion.

Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 971 perwakilan dari seluruh negara, telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Faizoull Ahmad Pengarah Besar FELDA selaku Pengerusi KPF dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Usul yang dibentangkan oleh Pengerusi, telah diperbahas selama hampir 3 jam oleh para perwakilan yang mewakili lebih daripada 250 ribu anggota.

Melalui pengundian yang dijalankan perwakilan telah membuat keputusan bersetuju KPF menjual keseluruhan 112,199,999 unit saham milik KPF bersamaan 51% modal berbayar Felda Holdings Berhad dan diterbitkannya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad pada nilai RM2.20 bilion ataupun RM19.61 sesaham secara tunai.
egm.jpg
Para perwakilan sedang mengikuti pembentangan dan perbahasan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Khas di Dewan Bankuet, Menara Felda, Kuala Lumpur


KPF masih mengekalkan pegangan ekuitinya dalam 10 buah Syarikat Kumpulan Felda yang lain dengan kos pelaburan berjumlah RM187.02 juta selepas penjualan FHB tersebut.

Bil.
Syarikat
Unit
(‘000)
Kos Pelaburan
(RM’000)
Pegangan
(%)
1
Felda Transport Services
14,700
6,770
49.0
2
Felda Marketing Services
8,330
3,565
49.0
3
Felda Engineering Services
4,900
2,450
49.0
4
Felda Security Services
1,411
353
49.0
5
Felda Vegetable Oil Products
25,000
34,500
33.3
6
Felda Rubber Industries
12,000
6,000
28.6
7
Felda Palm Industries
56,557
58,052
28.0
8
Felda Agricultural Services
15,000
55,500
23.1
9
Felda Prodata Systems
2,500
16,825
20.0
10
Felda Kernel Products
4,000
3,000
16.7

Jumlah
144,398
187,015
-

Perwakilan juga bersetuju sebahagian daripada tunai yang diperolehi selepas diperuntukkan untuk pelaburan, tertakluk kepada kelulusan SKM dan pihak berkuasa lain diagihkan kepada anggota-anggota yang layak dalam bentuk saguhati.

Y.Bhg. Dato’ Faizoull Ahmad turut menegaskan bahawa melalui hasil jualan kepentingan ekuiti KPF dalam FHB ini membolehkan KPF meneroka bidang-bidang pelaburan lain bagi menggantikan pelaburan dalam FHB supaya pulangan pelaburan yang baik akan berterusan kepada anggota-anggota untuk tahun-tahun kehadapan.

Antara pelaburan yang dirasakan wajar untuk dilaksanakan adalah pemilikan saham-saham berdaya maju termasuk FGV. FGV mempunyai pendedahan operasi dan perniagaan yang lebih besar serta kawalan penuh ke atas rantaian operasi industri minyak sawit dunia.

Mesyuarat Agung Perwakilan Khas berakhir jam 1.00 petang.

Sumber : Laman Web KPF....

20 October 2013

Bebanan Hutang Isi Rumah Serius....

Gabenor bank negara dah mula berbunyi memperingatkan bahawa Malaysia adalah antara negara yang mempunyai penduduk paling TINGGI HUTANG ISI RUMAH di Asia !!!

Adakah FAKTA ini BOHONG?

Tak kira apa pegangan politik.. korang semua tau bahawa INI ADALAH BENAR.

Mengapa semua ini BERLAKU?.... Mari sama kita fikirkan....

RM 50.00 - Ini Sahajalah Yang Diperolehi Denganya...


Ini sahaja yang dapat dengan RM50. Bakul pun tak penuh. 1996 dulu RM50 boleh dapat barang hampir penuh 1 troli. Itulah penyusutan NILAI MATAWANG KERTAS, atau dekenali dengan nama INFLASI. Berapa pula RM50 boleh beli 7 tahun dari sekarang?

03 October 2013

Pendapatan Hanya Untuk Bayar Hutang - Kebenarannya..


Ingat, sebelum berhutang, pastikan anda mempunyai strategi untuk melakukan pembayaran. Apatah lagi, jika sesuatu yang terjadi pada diri kita, pastikan kita mempunyai pelan tindakan. Dapatkan hutang yang baik untuk melabur di dalam hartanah. Pelabur yang bijak membeli hartanah dengan membayar wang pendahuluan serendah mungkin. Mereka menggunakan sandaran untuk membeli banyak hartanah. 

Apakah bezanya hutang yang baik dan hutang yang jahat....


Mudahnya... 

Hutang baik ialah kita meminjam duit dari bank dan dari pinjaman itu boleh mendatangkan pendapatan kepada kita secara berterusan dan selamanya...

Hutang yang jahat pula ialah kita meminjam duit tetapi bayaran bulanan pinjaman tersebut akan memberi bebanan yang betrerusan kapada kita...

Untuk huraian tunggu post saya yg akan datang.........


02 October 2013

Nilai sebenarnya diri kita.....



Cerita yang mungkin wajib kita baca........

Satu hari tak lama dulu ada cerita menarik. suatu pagi kereta saya tak boleh start, jadi saya call workshop yang berhampiran rumah saya. kurang 10 minit seorang muda muncul. Saya bersamanya berbual sambil dia melihat apa masalah Mercedes lama saya. Dia ambil masa kurang setengah jam untuk selesaikan masalah yang berlaku dan memberi penerangan terperinci tentang apa yang berlaku dengan kereta saya.
Saya jemput dia minum, dia menolak dengan baik dan berkata ada banyak kereta yang perlu dia perbaiki di workshop..dia perlu pergi dulu. Saya tanya adakah workshop itu dia yang punya, jawabnya bukan, dia hanya bekerja sejak 7 tahun dulu selepas SPM. tahniah, staf yang sangat bertanggungjawab.

Saya tanya lagi "berapa dia dapat bayaran sebulan di workshop itu?", dia menjawab RM900. Saya tanya lagi, bolehkah jika saya tawarkan RM2000 sebulan untuk dia dan bekerja dengan workshop kawan saya, matanya terbeliak. Dia senyum suka, dan mahukan kerja itu. Saya memegang bahunya, usah begitu...nilai awak sebenarnya RM5000 sebulan. dia lebih teperanjat dan mengatakan gaji itu terlalu besar baginya.

pelajaran ini panjang dan sukar difaham, tetapi saya cuba ringkaskan. anda cuba elakkan dari terperangkap dengan perangkap paling besar dalam hidup. ramai antara kita bekerja kuat dan lebih kuat untuk mendapat lebih duit. bangun dari tidur, bekerja dan membayar bil, esok hingga bulan depan buat perkara yang sama. mereka kata mereka selesa. Jangan marah, saya juga begitu mulanya.

Perkara ini berlaku kerana dua perkara iaitu sifat takut dan tamak. ramai orang takut tidak bekerja dan tidak punya duit. mereka akan ambil apa sahaja tawaran yang datang di depan matanya tanpa belajar apa-apa. setelah mereka sedikit selesa mereka mula tamak. mereka akan bekerja lebih keras untuk mendapat duit lebih. Salah satunya adalah mengejar imbuhan yang lebih besar dari apa yang ditawarkan sekarang.

Mereka dapat duit yang lebih dan mereka akan membayar bil lebih dari biasa dan esoknya tidur dan bangun untuk bekerja semua. Saya tidak bermaksud perkara yang anda buat selama ini keseluruhannya salah.

Jika anda mula tamak dan anda takut semula selepas itu tamak lagi dan lagi, anda sebenarnya tidak akan nampak kekuatan dan potensi pada diri anda. Anda hanya menilai diri anda dengan angka, berapa cukup dan macam mana nak tambah lagi kasi cukup. Anda lupa yang sebenarnya anda boleh memperolehi berganda-ganda dari apa yang anda dapat sekarang asalkan anda keluar dari keadaan "takut dan tamak". anda perlu mula fikirkan dengan pengalaman anda boleh memperolehi pendapatan lebih, gunakan akal dan mata hati.

Setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun anda nampak sibuk tetapi hanya sibuk mengejar impian orang lain. Saya sebutkan pada adik tu "fikirlah dik, saya lihat kepakaran anda lebih dari nilai yang anda terima sekarang. Perkara pertama adalah kemahuan, berani tanggung resiko dan lakukan sahaja, adik pasti berjaya. bukan RM5000 mungkin adik boleh bergaji RM50,000 sebulan dan hantar mak pergi haji tahun depan." dia tersandar dan termenung....

Dua tahun berlalu saya sudah lihat dia sudah mulakan langkah pertama dengan berhijrah dan membuka bengkel nya sendiri kecil-kecilan. Moga dia berjaya.. Anda bagaimana, berhenti sebentar dari membuat kerja dan berfikir...seminit jadilah. saya doakan anda berjaya di dunia dan di akhirat.


Nukilan Sahabatku...
Coach Bahar

29 September 2013

Skim Cepat Kaya - Bahananya....

Percayalah atau tidak saya berani katakan dengan yakin akan wujud skim seperti ini lagi walaupun pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak berwajib... 

Kerana apa ???????


Kerana Selagi ada manusia tamak dan ingin cepat kaya, skim sebegini tidak akan lupus di muka bumi ini.