02 October 2013

Nilai sebenarnya diri kita.....



Cerita yang mungkin wajib kita baca........

Satu hari tak lama dulu ada cerita menarik. suatu pagi kereta saya tak boleh start, jadi saya call workshop yang berhampiran rumah saya. kurang 10 minit seorang muda muncul. Saya bersamanya berbual sambil dia melihat apa masalah Mercedes lama saya. Dia ambil masa kurang setengah jam untuk selesaikan masalah yang berlaku dan memberi penerangan terperinci tentang apa yang berlaku dengan kereta saya.
Saya jemput dia minum, dia menolak dengan baik dan berkata ada banyak kereta yang perlu dia perbaiki di workshop..dia perlu pergi dulu. Saya tanya adakah workshop itu dia yang punya, jawabnya bukan, dia hanya bekerja sejak 7 tahun dulu selepas SPM. tahniah, staf yang sangat bertanggungjawab.

Saya tanya lagi "berapa dia dapat bayaran sebulan di workshop itu?", dia menjawab RM900. Saya tanya lagi, bolehkah jika saya tawarkan RM2000 sebulan untuk dia dan bekerja dengan workshop kawan saya, matanya terbeliak. Dia senyum suka, dan mahukan kerja itu. Saya memegang bahunya, usah begitu...nilai awak sebenarnya RM5000 sebulan. dia lebih teperanjat dan mengatakan gaji itu terlalu besar baginya.

pelajaran ini panjang dan sukar difaham, tetapi saya cuba ringkaskan. anda cuba elakkan dari terperangkap dengan perangkap paling besar dalam hidup. ramai antara kita bekerja kuat dan lebih kuat untuk mendapat lebih duit. bangun dari tidur, bekerja dan membayar bil, esok hingga bulan depan buat perkara yang sama. mereka kata mereka selesa. Jangan marah, saya juga begitu mulanya.

Perkara ini berlaku kerana dua perkara iaitu sifat takut dan tamak. ramai orang takut tidak bekerja dan tidak punya duit. mereka akan ambil apa sahaja tawaran yang datang di depan matanya tanpa belajar apa-apa. setelah mereka sedikit selesa mereka mula tamak. mereka akan bekerja lebih keras untuk mendapat duit lebih. Salah satunya adalah mengejar imbuhan yang lebih besar dari apa yang ditawarkan sekarang.

Mereka dapat duit yang lebih dan mereka akan membayar bil lebih dari biasa dan esoknya tidur dan bangun untuk bekerja semua. Saya tidak bermaksud perkara yang anda buat selama ini keseluruhannya salah.

Jika anda mula tamak dan anda takut semula selepas itu tamak lagi dan lagi, anda sebenarnya tidak akan nampak kekuatan dan potensi pada diri anda. Anda hanya menilai diri anda dengan angka, berapa cukup dan macam mana nak tambah lagi kasi cukup. Anda lupa yang sebenarnya anda boleh memperolehi berganda-ganda dari apa yang anda dapat sekarang asalkan anda keluar dari keadaan "takut dan tamak". anda perlu mula fikirkan dengan pengalaman anda boleh memperolehi pendapatan lebih, gunakan akal dan mata hati.

Setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun anda nampak sibuk tetapi hanya sibuk mengejar impian orang lain. Saya sebutkan pada adik tu "fikirlah dik, saya lihat kepakaran anda lebih dari nilai yang anda terima sekarang. Perkara pertama adalah kemahuan, berani tanggung resiko dan lakukan sahaja, adik pasti berjaya. bukan RM5000 mungkin adik boleh bergaji RM50,000 sebulan dan hantar mak pergi haji tahun depan." dia tersandar dan termenung....

Dua tahun berlalu saya sudah lihat dia sudah mulakan langkah pertama dengan berhijrah dan membuka bengkel nya sendiri kecil-kecilan. Moga dia berjaya.. Anda bagaimana, berhenti sebentar dari membuat kerja dan berfikir...seminit jadilah. saya doakan anda berjaya di dunia dan di akhirat.


Nukilan Sahabatku...
Coach Bahar

No comments:

Post a Comment