29 October 2013

Koperasi Permodalan Felda - Penjualan Saham FHB Kepada FGV..

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD

BERITA SEMASA: Mesyuarat Agung Perwakilan Khas Bersetuju Usul KPF Menjual Keseluruhan 112,199,999 Unit Saham Bersamaan 51% Modal Berbayar Dalam FHB Kepada FGV Pada Nilai RM2.20 Bilion.

KUALA LUMPUR 27 Oktober – Lembaga KPF telah memanggil Mesyuarat Agung Perwakilan Khas pada 27 Oktober 2013 bertempat di Dewan Bankuet, Menara Felda, Kuala Lumpur bagi membahaskan dan memutuskan usul Lembaga untuk menjual keseluruhan 112,199,999 unit saham bersamaan 51% kepentingan KPF dalam FHB kepada FGV pada nilai RM2.20 bilion.

Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 971 perwakilan dari seluruh negara, telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Faizoull Ahmad Pengarah Besar FELDA selaku Pengerusi KPF dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Usul yang dibentangkan oleh Pengerusi, telah diperbahas selama hampir 3 jam oleh para perwakilan yang mewakili lebih daripada 250 ribu anggota.

Melalui pengundian yang dijalankan perwakilan telah membuat keputusan bersetuju KPF menjual keseluruhan 112,199,999 unit saham milik KPF bersamaan 51% modal berbayar Felda Holdings Berhad dan diterbitkannya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad pada nilai RM2.20 bilion ataupun RM19.61 sesaham secara tunai.
egm.jpg
Para perwakilan sedang mengikuti pembentangan dan perbahasan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Khas di Dewan Bankuet, Menara Felda, Kuala Lumpur


KPF masih mengekalkan pegangan ekuitinya dalam 10 buah Syarikat Kumpulan Felda yang lain dengan kos pelaburan berjumlah RM187.02 juta selepas penjualan FHB tersebut.

Bil.
Syarikat
Unit
(‘000)
Kos Pelaburan
(RM’000)
Pegangan
(%)
1
Felda Transport Services
14,700
6,770
49.0
2
Felda Marketing Services
8,330
3,565
49.0
3
Felda Engineering Services
4,900
2,450
49.0
4
Felda Security Services
1,411
353
49.0
5
Felda Vegetable Oil Products
25,000
34,500
33.3
6
Felda Rubber Industries
12,000
6,000
28.6
7
Felda Palm Industries
56,557
58,052
28.0
8
Felda Agricultural Services
15,000
55,500
23.1
9
Felda Prodata Systems
2,500
16,825
20.0
10
Felda Kernel Products
4,000
3,000
16.7

Jumlah
144,398
187,015
-

Perwakilan juga bersetuju sebahagian daripada tunai yang diperolehi selepas diperuntukkan untuk pelaburan, tertakluk kepada kelulusan SKM dan pihak berkuasa lain diagihkan kepada anggota-anggota yang layak dalam bentuk saguhati.

Y.Bhg. Dato’ Faizoull Ahmad turut menegaskan bahawa melalui hasil jualan kepentingan ekuiti KPF dalam FHB ini membolehkan KPF meneroka bidang-bidang pelaburan lain bagi menggantikan pelaburan dalam FHB supaya pulangan pelaburan yang baik akan berterusan kepada anggota-anggota untuk tahun-tahun kehadapan.

Antara pelaburan yang dirasakan wajar untuk dilaksanakan adalah pemilikan saham-saham berdaya maju termasuk FGV. FGV mempunyai pendedahan operasi dan perniagaan yang lebih besar serta kawalan penuh ke atas rantaian operasi industri minyak sawit dunia.

Mesyuarat Agung Perwakilan Khas berakhir jam 1.00 petang.

Sumber : Laman Web KPF....

No comments:

Post a Comment