14 May 2013

Perancangan Persaran - Langkah 1


Seperti yang saya nyatakan dalam akrikal sebelum ini akan saya huraikan satu persatu setiap langkah perancangan persaraan yang telah saya nyatakan. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah menentukan berapa tahun lagi yang ada untuk mencapai perancangan bersara anda. Lebih jelas lagi, ada berapa tahun lagi sebelum anda bersara. Umur bersara anda adalah anda yang tentukan sendiri. Bagi yang berkerja makan gaji tentunya umur persaraan anda adalah umur maksimum yang telah ditetapkan dalam perkhidmatan anda (misalnya, pada umur 55 atau 58 dalam perkhidmatan awam). Atau anda boleh pilih untuk bersara dengan lebih awal. Cara pengiran baki tempoh masa untuk bersara ialah...

(Umur perancangan untuk anda bersara) - (Umur anda sekarang)

*Ambil contoh diri saya, sekarang ini berusia 37 tahun dan merancang untuk bersara pada usia 50. Jumlah tahun yang masih ada sebelum tiba tempoh bersara ialah:

Umur yang dirancang untuk bersara:50 tahun
Tolak umur sekarang:37 tahun
Jumlah tahun yang ada sebelum bersara:13 tahun

Ini bermakna saya hanya mempunyai 13 tahun lagi untuk saya bersedia bagi menghadapi hari persaraan.

No comments:

Post a Comment