15 May 2013

Perancangan Persaraan - Langkah 2.

Langkah pertama dalam merancang untuk persaraan telah diulas dlm artikal sebelum ini. Kini saya terangkan pula langkah kedua untuk anda menuju alam persaraan seperti yang telah anda tetapkan  dalam langkah satu sebelum ini..



Langkah 2 ialah menentukan berapakah pendapatan yang diperlukan atau dikehendaki apabila bersara.

Anda boleh membuat anggaran dengan mengambil kira perubahan yang anda rancang dalam corak perbelanjaan dan bagaimana (dan di mana) anda bercadang untuk tinggal selepas bersara. Sebahagian daripada perbelanjaan anda mungkin lebih rendah, contohnya, perbelanjaan yang berkaitan dengan kerja (seperti minyak kereta atau tambang bas), pakaian dan rumah. Sebaliknya, perbelanjaan lain mungkin meningkat: contohnya, perbelanjaan melancong, kerana anda mempunyai banyak masa lapang. Pada masa yang sama, perbelanjaan perubatan anda mungkin meningkat, kerana semakin umur meningkat anda semakin terdedah kepada penyakit. Lazimnya dicadangkan bahawa anda memerlukan lebih kurang 60% hingga 70% daripada jumlah pendapatan tahunan terakhir anda.

Dalam contoh yang diberikan, andaikan bahawa pendapatan terakhir saya ialah RM100,000 setahun. Oleh itu, pendapatan tahunan yang diperlukan selepas bersara ialah RM60,000 (iaitu 60% daripada RM100,000), dikira seperti ini: 0.6 X RM100, 000 = RM60,000

Setelah membuat pengiraan, kita perlu menganggarkan berapa lama anda memerlukan pendapatan selepas bersara. Berapa tahun pendapatan ini diperlukan menunjukkan jangka masa Saya dijangkakan hidup. Di Malaysia, menurut maklumat terkini daripada Jabatan Perangkaan, purata jangka hayat bagi lelaki ialah 70 tahun manakala bagi wanita, 75 tahun.

Katakanlah Saya dijangkakan hidup sehingga berumur 80 tahun, dia memerlukan 30 tahun pendapatan bersara (dari usia 50 ke atas). Oleh yang demikian saya memerlukan sejumlah RM1800000 untuk digunakan sepanjang hayat saya dengan jumlah pendapatan tahunan sebanyak RM60000 selama 30 tahun (RM600000 x 30 Tahun). Nilai ini adalah sekiranya saya hanya bergantung sepenuh dengan wang simpanan sejumlah RM1800000 untuk menyara kehidupan saya sehingga berusia 80 tahun. Tiada pendapatan lain diambil kira....Begitu juga kadar inflasi tidak diambil kira....

No comments:

Post a Comment