02 May 2013

Fee Intrabank Transfer - Hanya 10 sen.....

Pada yang dah lupa, aku ingatkan semula mulai hari ini fee untuk urus niaga Sistem GIRO Antara Bank (Interbank Giro) yang dilakukan secara dalam talian melalui perbankan internet dan mudah alih ialah 10 sen, berbanding RM2 sebelum ini. Jadi gunalah sebaiknya kemudahan ini bagi memanipulasikan akaun bank kau orang supaya kelihatan begitu aktif transation yang berlaku pada akaun kau orang. Mengapa aku kata begitu... Boleh baca artikal aku sebelum ini.....
 
Berikut adalah kenyataan Gabnor Bank Negara sebelum ini yang aku petik dari Kosmo online....
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan fi untuk urus niaga Sistem GIRO Antara Bank (Interbank Giro) yang dilakukan secara dalam talian melalui perbankan internet dan mudah alih ialah 10 sen berkuatkuasa 2 Mei ini berbanding RM2 pada masa sekarang.
Gabenornya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, fi yang lebih rendah ini bertujuan untuk memberi insentif kepada pengguna beralih kepada pembayaran elektronik (e-pembayaran) yang lebih murah.
“Pembayaran dalam perbankan internet dan mudah alih memberikan manfaat yang ketara kepada individu dan peniaga.
“Bagi individu, ia membolehkan mereka menikmati urus niaga pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi tanpa perlu beratur di kaunter bank, manakala peniaga boleh mengurangkan kos operasi perniagaan melalui pengurangan atau penggunaan semula sumber yang sebelum ini digunakan untuk mengendalikan wang tunai dan cek,” katanya.
 

No comments:

Post a Comment