18 April 2013

Akaun Perniagaan - Muslihat Untuk Tunjukkan Aktifnya Perniagaan Kita....

Nampak pelik rasanya tajuk post aku kali ini... Sebenarnya Post kali ini adalah untuk berkongsi dengan kau orang semua bagaimana untuk menampakkan aliran wang keluar dan masuk akaun bank perniagaan kita kelihatan aktif.. Dalam bahasa akauntan stetment bank kelihatan aktif. Senang cerita nampak macam perniagaan begitu maju kelihatanya sehingga menghasilkan jualan sehingga melebihi RM70000 sebulan... Untuk apa statment bank yg aktif sebenarnya.. Sudah tentunya bagi memudahkan kita membuat pinjaman bank. Pihak bank tak tengok pun kedai kita wujud atau tak yang penting bagi bank akaun mesti cantik....
Bagi memudahkan untuk kau orang semua faham macam mana tekniknya kau baca kat bawah ni....

Seorang Pengawal Keselamatan di jabatan kerajaan dn berpendapatan RM 1500 sbulan dng isterinya seorg kerani di syarikat GLC berpndptn RM 1800 sebulan. Dgn pendapatan sbyk itu, beliau cuma boleh membuat pinjaman perumahan sekitar RM 120-150k shj..x cukup utk membeli rumah teres pn..mgkin apartment 3 blk shj..

Tp, dgn ilmu Pengurusan Kewangan yg dipelajarinya, si suami telah membuat pnjaman RM 110,000, slps ditolak fees dll, dpt cash on hand sekitar RM 101,200, byran bulanan sekitar RM 1000 selama 20 thn, baki jumlah pndptn seisi rumah masih ade lg RM 2300, dgn kehidupan sederhana yg diamalkn ianya masih cukup utk menampung perbelanjaan bulanan.

Kemudian beliau membuat pndaftaran syarikat dan membuka akaun di bank utk syarikatnya. Dgn wang RM101,200 itu beliau gunakan semuanya utk membeliEmas!!dan slps dicagarkan beliau ada RM 70,800. Dgn tunai yg ada, setiap hari beliau membuat transaksi antara akaun syarikat dan akaun personal miliknya.

Kini jumlah transaksi bulanan dlm akaun syarikat beliau mencecah RM 70k dan beliau meneruskan aktiviti itu selama setahun. Beliau hanya mengeluarkn sedikit dari wang itu utk mmbyr upah simpan di Ar-Rahnu pd bln ke 6 dan ke 12.

Genap setahun, beliau telah menebus kesemua emasnya dan dgn purata kenaikan emas 20-30% setahun, nilai emas beliau yg dahulunya berjumlah RM 101,200 kini telah meningkat kpd RM 121,440 !! (mengambil kira kenaikan 20%) untung beliau RM 20,240!! lbih tnggi dr ASB kan?. Slps ditolak upah simpan ( 101,200 x 0.6%(upah simpan) x 12 = 7284) so RM 20,240 - RM 7284 = beliau masih untung RM 12,956!! Nah, cuba bahagi dgn 12, purata sebulan ialah RM 1079, bukan shj dpt cover upah simpan, malahan dpt cover byran bulanan loan tersebut dan masih berbaki RM 79.00!!

Dengan cara ini secara tidak langsung transaksi harian syarikat akan kelihatan begitu aktif, dan yearly turnover syarikat akan mencecah RM 840,000 ( transaksi sebulan 70k x 12). Cuba anda bayangkan dengan turnover tahunan yang begitu tinggi agak-agaknya berapakah jumlah pinjaman bank yang boleh dimohon olehnya.........kini beliau layak membuat pinjaman sehingga 300-500k bahkan mgkin lbih lg!!! dan dgn peluang itu beliau membeli beberapa buah rumah atau apa saja aset yang boleh menghasilkan pendapatan daripadanya....

Sebagai contoh beliau membeli sebuah rumah lelong pd harga 200k (harga pasaran 280k).. dgn byrn bulanan yg lbih rendah sekitar RM800 selama 30thn!! Beliau gunakn sedikit wang td utk membyr kos guaman, dan deposit rumah. Kemudian beliau belanjakn sedikit lg utk renovation dn furnisihing. Stlah selesai, beliau boleh menyewakan rumahnya dgn kadar sewa yg tnggi disbbkn full furnishing....beliau sewakan RM 1,500 sebulan.

Nah, kini loan rumah di cover oleh duit sewa, dan berbaki RM 700 lg, boleh cover lg loan personal dan beliau cuma perlu menambah RM 300 shj!! bkn itu shj, bahkan kini beliau mempunyai rumah bernilai RM 280k, dan tunai yg masih berbaki kira2 RM 90k!! ..

Ape langkah seterusnya? ulangi langkah ini berterusan dan secara tidak langsung akaun turnover syarikat akan menjadi lagi tinggi akan memudahkan lagi peluang membuat pinjaman dan menambah kekayaan......

No comments:

Post a Comment