14 April 2013

Kalau Nak Bagi Pinjam Duit Pada Orang.........

 
Aku tahu, ada dikalangan kau orang di luar sana kerap menjadi mangsa kepada saudara, rakan atau sesiapa saja berkaitan pinjam-meminjaman ini terutamanya berkaitan duit. Biasanya yang ingin meminjam akan memberi macam-macam masalah yang dihadapi sehinggakan terpaksa meminjam dari anda. Itu tak termasuk lagi memek muka kesian yang ditonjolkan untuk meraih simpati. Dan satu yang pasti anda akan disuapkan dengan janji-janji manis berkaitan kesanggupan untuk membayar kembali pinjaman tersebut seawal yang mungkin. Baiklah, samada kau nak bagi atau tak itu adalah keputusan kau orang. Walau bagaimana pun aku berikan sedikit tips sebelum kau memutuskan untuk meminjamkan duit kau orang tau tak. Antaranya..

1. Pastikan kau cukup kenal orang tu..
Maksudnya kau kena tahu sikap dia terhadap hutang. Kena selidik sikit, contohnya kalau pinjam adakah cepat bayar balik atau langsung tak bayar. Kalau jenis pinjam dan mudah bayar kira ok lah. Kalau jenis susah bayar hutang baik kau fikirkan idea yang paling sesuai untuk tak bagi pinjam.....
Hatta saudara sendiri atau kawan baik sekali pun.

2. Berapa banyak duit yang kau sanggup hilang..
Maksudnya duit yang kau sanggup hilang sekiranya pinjaman yang kau beri tu hanyut begitu saja.. Tinggal janji manis aje.....
Contoh.... Katakan kawan kau nak pinjam RM200. Lepas tu kau rasa nilai tu tinggi sangat. So kau blh cakap ..
“Aku kalau RM 200 tu tak ada la, tapi kalau RM50 boleh la nak kasi pinjam.”

* Kalau dia tak bayar balik pun kau rugu RM50 aje..

3. Kau tahu tujuan dia nak pinjam duit kau..
Kalau yang meminjam itu tujuannya memang untuk kecemasan seperti, maka kita boleh pertimbangkan untuk membantu. Pastikan mereka tidak menipu. Takut dia nak buat beli saham cepat kaya pulak tapi cakap kecemasan.

4. Buat syarat pembayaran yang jelas..
Memanglah pinjaman yg dibuat secara tak formal. Sikit-sikit pun kena buat macam cara bank. Beri cara untuk yang buat pinjaman untuk bayar balik. Sediakan plan installment yang mampu mereka berikan komitmen. Kalau dia pinjam RM 200, bulan depan bolehlah kita minta dia bayar penuh. Tapi kalau banyak, contohnya RM5000, takkan bulan depan kita dah suruh dia bayar balik semua. Memanglah dia boleh cakap.....

“Bulan depan aku bayar balik, janji.”

Kalau betul alhamdulillah, kalau tidak, bergaduh pula.

Berikan cadangan begini :

“Aku boleh bagi pinjam RM 5,000, setiap bulan bayar balik RM250 sampai habis. Boleh? kalau lebih setiap bulan lagi baik, cepat sekit abis bayar....”

5. Pastikan bertulis.....

Ini yang sepatutnya dan dianjurkan Islam.......
Buat sikit hitam putih... Tak formal pun tak apa.. sekurangnya ada tandatangan kau dan yang meminjam. Tak de saksi pun tak ape. Kalau ade pun bukan boleh bawa ke Mahkamah... Untuk buat bukti aje. Bukan sekadar ingat di kepala sahaja. Takut kita lupa jumlahnya di kemudian hari dan sebagai bukti transaksi hutang tersebut telah berlaku.

6. Bersedia dengan backup plan.
Ini yang penting... Bukan apa.., kiranya orang yang meminjam tersebut gagal membuat pembayaran balik hutang mereka, kita dah ada backup plan. Kalau setakat RM50, bolehlah kita halalkan, tapi kalau dah RM10,000? Kita suruh dia bayar balik, memang susah betul dia nak bayar. Daripada asyik bergaduh dan bermasam muka, baik kita cadangkan solusi yang lebih baik.
Contohnya kita boleh suruh dia buat kerja tertentu dengan bayaran gaji setiap bulan. Gaji tersebut kita tolak dari jumlah hutang yang dia pinjam sehinggalah selesai.

Contohnya kalau kita ada kedai makan :

“Aku nak kau kerja ngan aku setiap hari lepas office hour sampai pukul 10 malam. Sebulan aku bayar RM 500. Duit gaji tu aku tak bayar, potong duit hutang. Kontrak 20 bulan untuk cukupkan hutang RM 10,000 tu”.

Ok... aku rasa itu aje cadangan aku... Semoga tips tak seberapa ni ada juga gunanya pada kau orang.. So taklah senang-senang aje kita ni nak bagi pinjam duit kat orang...

*****Kalau ada tips lain bolehlah kongsi kat ruang komen...***

No comments:

Post a Comment