Di Malaysia kita ada 5 + 1 full fledged perbankan Islam yang menawarkan khidmat perbankan runcit. Bank tersebut ialah Bank Islam, Bank Muamalat, al-Rajhi Bank, Kuwait Finance House & Asian Finance Bank + Bank Rakyat. .......Apa yang dimaksudkan "Full Fedged" ini adalah dari syarikat induk ke syarikat subsidiari semuanya perlu beroperasi mengikut Shariah....
Manakala kita ada 11 bank yang mempunyai operasi perbankan Islam tapi tidak bersifat "Full Fledged". Maksudnya, syarikat induk dia ada terlibat dengan riba, tapi subsidiari 11 bank itu tadi mengamalkan perbankan Islam. Bank tersebut adalah Affin Islamic, Alliance Islamic, AmIslamic, CIMB Islamic, HSBC Amanah, Hong Leong Islamic, Maybank Islamic, OCBC al-Amin, Public Islamic, RHB Islamic & Standard Chartered Saadiq.
Satu lagi masalah yang perlu diambil kira ialah operasi 11 bank ini adalah kebanyakannya beroperasi dalam satu cawangan yang sama. Disamping itu ada pegawai bank yang beragama Islam pula yang tidak segan silu mempromosikan produk riba kepada pelanggan mereka. Dengan kata lain lebih mengutamakan yang tidak islamik berbanging produk yang berbentuk islamik.
Jadi untuk mengelakkan kita makan riba sebab tidak pasti yang mana satu halal, saya gariskan 3 langkah iaitu:
1) Tengok nama produk
2) Letterhead perjanjian
3) Semak di website.
Akhir sekali... Keputusan ditangan kita........ Buatlah pilihan mana yang terbaik untuk kita dan agama kita...
No comments:
Post a Comment