Seperti yang aku nyatakan sebelum ini... Ini adalah meklumat terkini untuk untuk Penjawat Awam seperti yang di umumkan Perdana Menteri kita sempena perjumpaan bersama Penjawat Awam di Putrajaya sebentar tadi. Walaupun aku masih belum faham dengan kenyataan tersebut. Apa pun aku sertakan kenyataan tersebut berdasarkan sumber yang aku perolehi dari Sinar Harian....
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan
'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam
termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1
Julai ini.
Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif
yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu
Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan
Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.
Antaranya:
- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM
dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari
gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29;
Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan
Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong
Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan
disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian.
- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji
kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini.
- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan
memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia
libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak.
- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan
Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat
Laluan Kemahiran Tinggi.
- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji
maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji
maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan
sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013.
-
Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri
Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai
gaji maksimum.
- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga
11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan
setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat
iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for
performanca".
-Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah
pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat
awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5
bilion.
No comments:
Post a Comment