20 February 2013

Real Estate Investment Trust (REIT), Apa Bendanya..?

Disini ingin aku kongsikan bersama apa yang dimaksudkan Real Estate Investment Trust (REIT). atau bahasa melayunya Amanah Saham Hartanah.

REIT merupakan pelaburan hartanah dalam bentuk unit amanah dan didagangkan di Bursa Malaysia sama seperti saham syarikat awam. Duit yang dikumpul dari para pelabur akan diuruskan oleh pengurus dana dengan membeli, menyewakan, dan menjual hartanah yang diuruskan.

Kalau syarikat awam yang lain, keuntungan yang diperolehi adalah melalui perniagaan yang dijalankan, samada mereka menjual produk atau perkhidmatan. REIT pula keuntungannya datang daripada sewaan (rental) atau hasil jualan hartanah yang dimiliki.

REIT terlibat dalam pelaburan hartanah yang berskala besar seperti bangunan pejabat, hotel plantation, hospital, shopping complex, dan lain-lain lagi. Nilai hartanah sebegini bernilai jutaan ringgit dan pelabur runcit seperti kita pasti tidak mampu untuk terlibat dalam pelaburan jenis ini.

Melalui REIT, kita boleh membeli sebahagian (fraction) daripada nilai hartanah tersebut. Mungkin kita beli pasu bunganya sahaja seperti video di bawah. Hoho :

No comments:

Post a Comment