Untuk makluman aku baru saja balik dari mendengar amanat atau pesanan dari Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa kepada penjawat awam yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang sempena lawatan rasmi beliau ke Negeri Pulau Pinang. Seperti biasa amanat yang sama seperti yang disampaikan olehnya pada perjumpaan dengan penjawat awam sebelum-sebelum ini.
Hanya beberapa perkara saja yang aku tertarik dalam ucapannya dan aku rasakan sememangnya perkara ini akan dilaksanakan iaitu berkaitan kenaikan gaji bagi mereka yang telah mancapai tahap dinding. Melihat dari kesungguhan beliau membangkitkan perkara ini amatlah tinggi sekali. Walau bagaimana pun ianya dikatakan masih dalam kajian terperinci lagi dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.
Selain itu, dari sumber lain yang aku perolehi Cuepacs diberitakan sudah menghantar tuntutannya kepada Ketua Setiausahana Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa berhubungan kenaikan elaun penjawat awam. Tuntutan itu akan dikaji oleh kerajaan dan jika diluluskan ianya dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri menjelang Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13.
Antara tuntutan Cuepacs adalah
(Sumber BeritaSemasa):
- Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013 : Kenaikan daripada RM180 kepada RM450 disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa
- Elaun Sara Hidup (COLA) 2013 : COLA diselaraskan kepada RM300
- Elaun penginapan : Kenaikan daripada RM120 kepada RM200 kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga
- Status jawatan kontrak melibatkan masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara
- Gaji maksimum melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka (kenaikan antara 2 hingga 5 peratus)
- Peranan ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan bawahannya
No comments:
Post a Comment