Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, time pegi sekolah, selalu cikgu cakap,
kalau sapa belajar rajin, nanti besar boleh masuk Universiti. Mak bapak kita pun
selalu ulang benda yang sama untuk beri perangsang supaya kita tekun belajar. Ya
lah, mak bapak aku tak sekolah tinggi, so harapan mereka hanya pada anak-anak
untuk lebih berjaya di masa depan. Pada firasat mereka, orang yang masuk
Universiti akan dapat kerja hebat, dapat gaji
besar, dan akan berjaya dalam hidup.
So, aku terpanggil nak bagi few tips mudah kalau korang yang dah nak grad tu
nak ambik tau. Bagi yang dah tau, sebar-sebarkan dekat kawan-kawan yang masih
tak tau (sharing is caring)..
Pertama, cari kerja yang bersesuaian, biarpun tak sama dengan
kelulusan (ye lah, ada yang cakap kerja susah sekarang).
kerja
pertama ni penting untuk set landasan kerjaya kita pada masa depan. Tak
semestinya, kerja tu kena gaji besar, atau duduk office besar. Yang penting,
kita dapat praktik ilmu yang kita timba masa dekat Universiti dulu. Jangan
terkejut, jika semua yang kita belajar dulu takde satu sen pun digunapakai. Itu
secara lahiriah aje, tapi secara rohaninya, korang yang grad Uni ni telah diasuh
untuk berdikari, cepat belajar dan boleh work under pressure (ini kes suka buat
kerja/assignment/study last minute kan?).
Kedua, sebaik saja dapat kerja yang
bersesuaian (jangan memilih kalau dah susah dapat kerja ok), setkan bajet
peribadi.
Apa yang perlu ada dalam bajet peribadi? antara lain
ialah, wang saku untuk belanja harian, bayar hutang (PTPTN ke, maka bapak ke, bank
ke..) dan sedikit simpanan. Bila dapat saja duit gaji, jangan jadi mereng
(hilang ingatan) nak pegi order kereta lah, nak pegi melancong lah, nak beli kapal selam
lah dan macam-macam benda tak penting lagi. Check dulu bajet peribadi yang
korang buat tadi tu, dan belanja ikut perancangan yang dibuat. Monitor dan
perbaiki mana-mana yang tak betul.
Ketiga, masuk pelaburan mudah. Yang paling jimat untuk bakal graduan
ialah masuk koperasi.
Bank Rakyat, Koperasi
Permodalan Felda (bagi anak peneroka dan pegawai Felda), Koperasi pekerja
syarikat tempat korang kerja dan lain-lain. Koperasi yang berdaya saing (ada
jugak yang lingkup) biasanya akan bagi dividen yang baik (minimum dalam 5%)
setahun atas modal
yang kita carum. Kalau simpan bawah bantal saja, duit kita tu tak membiak. Satu
lagi, kalau nak buat loan
kecik-kecik, koperasi biasa bagi rate yang lebih baik dari bank.
Keempat, duduk dengan family (kalau tempat kerja dekat rumah) atau
menyewa beramai-ramai.
Untuk kurangkan kos sara hidup, sebagai
permulaan, cuba duduk dengan family yang ada bilik/katil kosong untuk korang
tumpang. Bayar la sikit kat diaorang, macam tolong setel bil api/air ke, atau
belanja dapur sedikit sebanyak. Biasanya mereka faham sebab dulu pun masa
diaorang nak mula hidup pun menumpang jugak. Kalau takde pilihan, cuba cari
rumah sewa yang setimpal dengan bajet peribadi korang, dan sewa ramai-ramai.
Kelima, naik pengangkutan awam (aku nak rekemen naik moto, tapi
korang berani ambik risiko ke?).
Biasa-biasakan naik pengangkutan
awam waktu mula-mula kerja ni. Aku dulu, ada motor cabuk je masa start kerja.
Keenam, cari boifren atau gelpren yang memahami. Niat untuk kahwin,
bukan maksiat.
Aku taulah, korang ni belum abis study lagi,
gelpren/boipren dah ada. Hati-hati sikit, selagi korang tak kahwin, banyak
dugaan dia (mesej berunsur dakwah). Termasuk jugak, bajet pun boleh lari
disebabkan asyik nak dating atau belanja kekasih. Seeloknya, baru-baru kerja ni,
toksahlah membazir sangat. Kalau perlu nak belanja makan ke apa ke, cari tempat
yang jimat dan bermakna (dalam maksud ni). Lagi bagus, korang simpan duit
banyak-banyak untuk belanja nikah (ini yang wajib kan).
Ketujuh, Beli takaful (insurans) perubatan atau nyawa (dulu orang
melayu skeptik sikit bab insuran nyawa ni sebelum ada Takaful)
Masa
umur korang masih muda, premium insurans jauh lebih murah compare waktu dah tua
nanti. Pilih pakej dan coverage yang bersesuaian dengan premium (bayaran
bulanan) yang perlu dibayar. Check jugak success story dari ejen
insurans/takaful tu, kadang tu masa kempen suruh kita carum, bukan main
berkobar-kobar, tapi service masa kita dalam kesusahan hampeh. Nanti, bila
korang dah lama kerja dan gaji makin besar, boleh upgrade pakej sedia ada kepada
yang baru (dengan sum coverage yang lebih besar dan baik). Bincang dengan ejen
baik-baik dan mintak dia explain sampai paham sebelum buat komitmen. Insurans ni
once dah ambik kena pejam sebelah mata. Sebab dia akan deduct gaji kita
tiap-tiap bulan. Ada jugak insurans/takaful yang link dengan saving plan. So,
kita akan dapat faedah saving jugak.
Kelapan, NO CREDIT CARD (kecuali bagi yang selalu kena
outstation).
Credit card adalah antara penyebab utama graduan yang
baru bekerja akan bangkrap atau pokai. Seboleh-bolehnya, biasakan berbelanja
atau membeli dengan tunai. Maknanya, kalau ada duit, baru boleh beli, takde
duit, tak boleh beli. Tapi kalau ada credit card, duit takde atau belum gaji pun
dah boleh mula berbelanja. Bahaya macam ni yop. Pengalaman aku dulu baru-baru dapat kad kradit bukan main seronok. Biasalah kad melabangkan kedudukan kononya. Gold card lagi. sampai satu masa kad limit aku maksimum. Bukan satu tapi dua kad. Nak mati rasa masa nak sattlekan hutang tersebut.
Dulu-dulu, takde credit card,
boleh je hidup. Ada sikit exception sekiranya korang selalu kerja luar
(outstation). Kadang tu, nak check-in hotel, credit card lebih convenient. Tapi
kena waspada, guna credit card untuk tujuan itu aje, shopping ke ape ke – No
No!. Make sure langsaikan semua baki sebelum tarikh akhir. Jangan amalkan bayar
minimum payment saje, nanti bunga dia akan berganda sampai korang tak boleh
setel (macam Along jugak).
Kesembilan, Sedekah dan zakat.
Percaya yang satu ni.
Setiap sedekah, zakat dan pemberian yang ikhlas dari sumber rezeki yang halal,
akan Allah gandakan dengan rezeki baru. Disiplinkan diri untuk mula amalkan
sejak dapat gaji pertama lagi.
Kesepuluh, Monitor, Revise dan Improve.
Setiap perkara
yang kita buat mesti ada kelebihan dan kelemahan. Begitu juga jangka waktu ianya
patut dilaksanakan. Tak boleh statik dan tiada penambahbaikan (improvement).
Benda ni kena praktis, lama-lama jadi biasa. Set perancangan kewangan/bajet
jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Lepas tu kena monitor
perkembangan. Mana yang ada cacat cela, cepat-cepat perbaiki. Kenalpasti peluang
dan ruang untuk tingkatkan lagi sampai korang jumpa bajet yang betul-betul
mantap.
Once korang dah buat kesepuluh tips kat atas tu, bolehlah mencuba untuk join
the millionaire mindset club. Walaupun harta belum berjuta,
fikiran jutawan tu kena ada, baru gerak langkah pun menjurus ke arah tu. Kita
nak jadi kaya bukan sebab suka pada kekayaan semata-mata, tapi sebab kita suka
proses dan cara memperolehinya. Sebab faedahnya bukan untuk diri kita dan
keluarga sahaja, malah kita dapat kongsi dengan orang lain yang tidak berpeluang
mendapatnya macam yang kita dapat. Bukankah ini lebih seronok bila dapat kongsi
dengan orang lain jugak? (tanggungjawab menyampaikan rezeki kepada mereka yang
berhak). Lagi ramai orang Muslim yang bertanggungjawab kaya, lagi makmur dunia
ni, betul tak?.
So, make sure korang yang bakal tamat pengajian di kolej, Universiti atau
institusi pengajian tinggi yang lain sudah bersiap sedia untuk masuk ke alam
pekerjaan yang penuh mencabar. Jangan main masuk aje tanpa perancangan rapi,
nanti terjebak dalam perangkap nafsu, susah nak perbaiki.
OK Yop, kalau korang dah baca sampai baris terakhir ni, tolong share dengan
kawan-kawan lain pulak (klik share button kat bawah tu). All the best Yop!
No comments:
Post a Comment