Pernakah anda terfikir untuk mempunyai hutang lapuk yang banyak. Bohong kalau ada diantara anda yang sengaja menghimpunkan hutang yang bersifat hutang untuk dibebankan pada diri sendiri. Tapi tahu-tahu saja komitmen hutang terlalu tinggi menyebabkan setiap bulan duit gaji cukup-cukup sahaja bagi menyara kehidupan dan yang lainya digunakan untuk membayar hutang yang bersifat hutang lapuk.
Berikut adalah 5 situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang yang bersifat hutang lapuk (bad debt):
1. Hutang kerana perkahwinan
Perbelanjaan kahwin pada hari ini amatlah besar. Anggaran kos perkahwinan di bandar khususnya mencecah paling sedikit RM 30,000. Jesteru itu bagi yang tidak pernah merancang bagi menyediakan kos perkahwinnanya, Pinjaman menjadi satu cara penyelesaiannya. Selesai majlis, duit habis mulalah kita terkapai-kapai membayar hutang. Pada yang masih belum berkahwin tetapi sudah berpacaran, jangan terlalu seronok bercinta sahaja. Rancang bagaimana kita boleh berkahwin tanpa berhutang.
2. Hutang membeli kenderaan
Penjual kereta, institusi kewangan dan bank bukan tukang rancang wang kita. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita. Justeru, walaupun kita layak dan mampu membuat bayaran bulan-bulan kereta sebanyak RM 900 misalnya, belum tentu kita patut beli kereta tersebut.
3. Hutang kad kredit
Kad Kredit adalah bagus untuk mereka yang berdisiplin sahaja. Sekiranya anda bukan seorang yang mampu mengajar diri sendiri disiplin kewangan yang ketat, lupakan sahaja hasrat untuk mempunyai walaupun satu kad kredit.
4. Hutang membeli rumah (untuk diduduki)
Sekali lagi perlu diingat, agen hartanah, syarikat rumah, institusi kewangan dan bank bukan perancang kewangan anda. Kita perlu merancang dengan baik bagaimana untuk membeli rumah. Sekiranya masih bujang, atau baru berkahwin cukuplah membeli rumah yang biasa-biasa sahaja seperti apartment 3 bilik tidur 2 bilik air sahaja terlebih dahulu. Jadikan rumah yang anda bakal duduk selama 10 tahun pertama misalnya sebagai salah satu pelan pelaburan selepas 10 tahun sebelum anda membeli rumah lain yang lebih sesuai untuk pembesaran anak-anak.
5. Hutang membeli kelengkapan rumah
Banyak penjual perabot dan elektrik hari ini telah mula memperkenalkan skim ansuran mudah. Bayar serendah RM 10 sebulan selama 24 bulan misalnya. Satu perkara yang perlu diingat adalah, barang elektrik hari ini cepat rosak. Adakah berbaloi untuk membeli kelengkapan rumah berharga RM 300 misalnya dengan berhutang selama 2 tahun ?
Ya, ini belum campur dengan bil-bil tertentu yang dibayar setiap bulan dengan kad kredit!
bagus point no.4!!
ReplyDelete