Kisah dibawah saya petik dari kisah sebenar untuk peringatan kepada kita semua...
Kisah seorang yang baru sahaja kehilangan suami. Suami beliau itu masih muda.. baru berumur 41 tahun. Tegap & sihat.. tetapi, tiba-tiba sahaja meninggal dunia akibat hepatitis B. Sememangnya ajal & maut itu di tangan tuhan.. tiada siapa yang dapat meramal kedatangannya….
Si ibu itu, mempunyai 6 orang anak. Selama ini, hanya si suami sahajalah yang bekerja, mankala, beliau itu tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Sudah tentunya, selama ini, hanya si suami lah tempat mereka sekeluarga bergantung dan mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara hidup mereka sekeluarga.
Tetapi kini… tiba-tiba semuanya berubah dalam sekelip mata. Si suami, meningalkan isteri dan anak-anak buat selama-lamanya tanpa “sempat mengucapkan selamat tinggal” dan meninggalkan apa-apa bekalan untuk si isteri & anak-anak meneruskan hidup mereka..
Cuba anda bayangkan…. anda berada di tempat si ibu tadi..
Tidak bekerja…. ada 6 orang anak.. dan baru sahaja kehilangan suami yang merupakan satu-satunya punca pendapatan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga…
Mana nak cari duit bayar hutang kereta? hutang rumah? duit sekolah anak-anak? makan-minum anak-anak? pakaian? lagi-lagi dah nak dekat raya nie…. oh!.. memang sesuatu yang menyedihkan..
Kepada golongan-golongan suami… jangan biarkan perkara ini terjadi kepada isteri & anak-anak anda..
Kepada golongan-golongan isteri pula.. sila ingatkan suami anda agar tidak meninggalkan anda dalam keadaan yang terkontang-kanting seperti ibu malang di atas..
Apa yang boleh anda lakukan, paksa mereka dapatkan polisi insuran/takaful sekarang juga! (jika mereka masih tidak mempunyai sebarang polisi insuran lagi)… buat masa ini, itulah salah satu kaedah yang terbaik untuk menghalang “nasib malang” tersebut menimpa diri anda. Tetapi.. kalau suami anda masih berdegil juga dan tidak mahu mendapatkan polisi insurans.. takde masalah beb! (sambil tangan menunjuk simbol peace)… anda boleh sahaja dapatkan polisi insuran dan meletakkan nama suami anda sebagai “pihak yang diinsurankan”.. dengan cara ini, jika sesuatu perkara buruk berlaku kepada suami anda.. kompem beb! (sambil tangan menunjukkan simbol OK) anda akan mendapat duit pampasan itu 100% .. tak perlu nak faraid-faraid (untuk penerangan lebih lanjut bagaimana anda boleh memperolehi 100% wang pampasan insuran suami anda.. sila hubungi agen insuran bertauliah berhampiran anda)
Alangkah bersyukurnya.. jika si suami tadi meninggalkan sedikit bekalan kewangan yang bernilai RM100,000 ( hasil pampasan dari polisi insuran). Tidaklah hidup si isteri tadi amat tertekan. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan sedikit ruang untuk si isteri & anak-anak mengatur hidup mereka dan menampung perbelanjaan hidup mereka buat sementara waktu. Sebelum si isteri tadi dapat mencari pekerjaan & sumber pendapatan yang baru untuk menyara keluarga mereka.
Baiklah.. itu cerita kalau si suami tadi belum meninggal dunia.. tetapi dalam kisah akak diatas. Si suami telah meninggal dunia, tiada sebarang polisi insuran, tiada harta & wang simpanan, isteri tidak bekerja dan terpaksa menangung 6 orang anak yang masih lagi kecil dan bersekolah.. ditambah lagi.. anakyang paling kecil berusia 2 tahun dan masih menyusu badan (apabila menyusu badan.. ia bermakna.. si bayi tidak boleh berenggang dengan si ibu lebih dari 3-4 jam).
Sehubungan dengan itu marilah kita semua dielakan dari perkara yang berkalu pada si ibu malan ini. Semuanya anda sendiri yang menentukannya bermula dari sekarang... Sekian.
Ps: Saya bukannya seorang ejen Takaful........
No comments:
Post a Comment