13 April 2011

Kad Kredit - Rahsia Menjana Keuntungan

Kita kini sudah menjadi masyarakat ketagih hutang, dengan segala tarikan kebendaan yang sukar ditolak oleh orang ramai. Bank pula berkejar-kejar untuk memberikan kad kredit kepada umum untuk meluaskan perniagaan mereka. Merekalah yang paling banyak untung.

Cuba fikirkan, kenapa syarikat kad kredit berlumba-lumba nak memberikan anda kad kredit? Malah banyak juga yang langsung tak kenakan yuran tahunan. Mereka sebenarnya melabur dalam anda. Anda saham mereka yang akan memberikan pulangan terkompaun 15 - 18% setahun kepada mereka. Sebab itulah mereka memberikan pelbagai layanan istimewa dan mata ganjaran, dengan diskaun sini sana. Mereka sayangkan anda sebab anda lubuk emas mereka.

Tapi bagi orang yang bijak, mereka akan menggunakan kad kredit, tetapi akan bayar jumlah yang dipakai tepat pada masanya. Satu sen pun tak kena faedah. Ada banyak kad sekarang yang tidak mengenakan yuran. Anda boleh kutip mata ganjaran dan manfaatkan segala diskaun tetapi pastikan anda bayar tepat pada masanya.

Seorang eksekutif yang bekerja dalam syarikat kad kredit berkata pelanggan macam ni memang mereka tak suka, sebab untung mereka hanyalah potongan yang diperolehi daripada peniaga semasa anda membuat urus niaga. Jadi matlamat anda ialah untuk menjadi pelanggan yang kurang disenangi oleh bank. Jangan jadi lubuk emas mereka.....

No comments:

Post a Comment