Apakah yang dimaksudkan dengan kehendak dan apakah yang dimaksudkan sebagai keperluan? Soalan itu tidak sukar untuk dijawab tetapi dalam keadaan sekarang, anda mudah untuk berbelanja secara berlebihan sehinggakan anda pun jadi kabur mana satu yang perlu dan mana satu tidak perlu. Manakan tidaknya, ketika anda pergi ke kompleks membeli belah, ada saja jurujual yang cuba memujuk anda membeli produk mereka. Di samping itu, iklan di TV, papan iklan, majalah dan akhbar turut mempengaruhi anda.
Pendek kata, dengan faktor persekitaran yang sebegitu rupa, ia banyak bergantung kepada anda sendiri untuk menahan diri daripada terpengaruh dengan pujuk rayu iklan-iklan sedemikian. Anda boleh berfikir dan bertindak secara rasional jika anda faham apa sebenarnya yang mempengaruhi perbelanjaan anda dan dapat membezakan mana satukah keperluan dan mana satukah kehendak.
Keperluan adalah sesuatu yang anda perlu ada kerana anda tidak boleh hidup tanpanya. Manakala kehendak pula adalah sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu. Sebagai contoh ialah beras. Anda perlu makan nasi untuk hidup dan tanpanya anda mungkin tidak boleh hidup lama.
Pelbagai jenama berada di pasaran malahan dikatakan beras mempunyai paling banyak jenama di pasaran dengan pelbagai harga berbanding dengan produk lain. Ada yang harga mahal harganya dan ada yang rendah harganya. Nak apa aje semua ada. Jenama Beras Nasional berharga RM18.00 atau jenama Taj Mahal yang berharga RM34.00, yang hampir sekali ganda harganya. Membeli beras yang rendah harganya adalah satu keperluan tetapi membeli beras yang tinggi harganya seperti beras Taj Mahal adalah satu kehendak.
Ps... Sedangkan beras yg merupakan keperluan untuk meneruskan hidup pun ada terselit unsur Kehendak & Keperluan, apalah lagi perkara yg tidak melibatkan keperluan untuk meneruskan hidup...... Jadi sama-samalahlah kita renungkan adakah apa yang kita belanjakan kini telah membantu kita dalam usaha kearah Bebas Kewangan yang kita sentiasa perkatakan.........
Wasallam..
No comments:
Post a Comment