Semalam aku baru balik dari Ibu Kota selepas 4 hari berada di sana menghadiri pelbagai kursus dan seminar yang dianjukan oleh syarikat aku.... Biasalah kerja makan gaji kan.... Setiap seminar yang di anjurkan bermakna tambahan kerja pada aku.. Mana tak nya sekembali ke Projek tentunya akan banyak kerja yang perlu dilaksanakan...
Walau bagaimanapun satu perkara yang amat mengembirakan, semasa aku berada disana sempat aku menghadiri Mesyuarat Agong Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang diadakan di Dewan Perdana.. Kalau aku... aku gelar mesyuarat nak bagi dividen.. Dan akhirnya penantian para pemegang saham (KPF), mendapat khabar berita pembayaran dividen saham tersebut yang berakhir pada 31 Disember 2009 di umum berjumlah 14% meningkat 1.5% dari tahun lepas.
Bayaran akan di bayar dalam dua cara melalui akaun bank dan juga secara tunai. Bagi yang mengambil secara tunai, Kesemua pemegam saham boleh menggambil dividen tersebut di pejabat masing-masing melalui pengurus pejabat Felda masing-masing. Kesemua jumlah dividen akan dihantar melalui cek diatas akaun projek dimana pelabur bertugas atau tinggal... Bagi yang menerima melalu akaun bank, wang dividen akan terus dikraditkan terus ke akaun bank saudara yang telah didaftarkan oleh KPF.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, KPF masih mengekalkan pembayaran divdennya iaitu melebihi 10%. Dari pengalaman saya selama mencarum didalam Koperasi ini selama hampir 10 tahun KPF masih mengekalkan pemberian dividen tidak kurang dari 10% setiap tahun. Ini merupakan satu prestasi yang baik dan satu peluang kepada semua ahli untuk menambah pelaburannya secara tunai mahupun potongan gaji bulanan. Cara yang baik ialah dengan membuat potongan gaji yang yang maksimum setiap bulan mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Selain menerima dividen yang tinggi setiap tahun. para pelabur juga dapat meniknati beberapa kemudahan yang sediakan seperti memohon pelbagai pembiayaan yang berkaitaa dan mendapatkan pelbagai bantuan kebajikan. Walau apa pun kita seharusnya bersyukur dengan apa yang diperolehi. Jadi, saranan saya kepada semua yang mendapat keuntungan dividen, tidak kiralah dari sumber mana pun, peruntukanlah sebahagian daripadanya untuk dilaburkan dalam diri sendiri seperti membeli buku, menghadiri seminar atau bengkel atau menyambung pengajian di dalam bidang yang anda minati!
Semoga dengan usaha melabur berterusan dalam ilmu pengetahuan akan membuahkan hasil yang menguntungkan kepada kita semua.
*Satu lagi pendapatan PASIF yang aku ada....*
No comments:
Post a Comment