Hari ni aku mula bekerja semula selepas 3 hari bercuti... Bosannnya jangan cakaplah dah cuti lama, nak mula kerja semula faham-faham lah....
Disini nak kongsi dengan semua pengalaman 3 hari aku bercuti... Cuti kali ni aku baik ke kampung halaman ku... Seperti biasa bila balik kampung sudah pastinya aku gi ke kebun milik ku sendiri disamping menguruskan kebun bapa dan datuk ku...
Hari pertama aku gi ke ke kebun milikku sendiri.... Sebelah pagi aku meracun di kebun yang pertama.... Sampai kul 8.15...dan siap kul...9.30 pagi.... mana tak seronak kan.... Kerja tak sampai 2 jam dah siap... Ini kebun pokok sawit baru berusia 2 tahun... Next Year keluar hasillah.... Dah mula dapat pendapatan tetap bulanan... Aku jangkaan hasil kasarnya sekitar RM 2000 Sebulan.... Lepas tolak semua kos, pendapatan bersih dijangka RM 1500...
Lepas tu aku gi ke kebun aku lagi satu.... Apa yang aku buat ialah membaja... Tak banyak modal kali ni sekitar RM 380 aje.....Beli 4 beg baja (16,16,16) Tapi hasil yang aku terima kini sekitar RM 1000 Sebulan Bersih... Baja pun 4 bulan sekali aje.. So sebulan kira aku dah dapat lebih kurang 1000. Semua kebun milikku kini adalah milikku sepenuhnya . Aku dah belinya secara tunai...
Nak dijadikan cerita, sedang aku membaja datang seorang jiran berbangsa cina bertanya khabar pada aku... Kami pun berbual bersama.. Dalam bual dia mencelah menawarkan harga keatas kebun milik ku.... Nak tahu berapa nilainya... RM150000. Nak dikatakan terperanjat tak lah juga....Cuma teruja dengan nilai tersebut... Mana tidaknya.... Masa aku beli harganya cuma RM50000 pada awal tahun. Baru 6 bulan dah ada orang nak dengan harga 150000. Tak pasal aku dah untung 100000. Berapa peatus tu, 200%. Tapi maaflah aku tak berminat nak jual.... Kecuali aku dapat peluang lain mungkin kebun yang lebih luas. Akan aku gunakan nilai hartanah ini bagi ku miliki peluang yang lebih lumayan....
Akhir sekali betullah kata orang ..... Kesemua orang kaya didunia yang ada sekarang menjadikkan hartanah sebagai sebahagian besar aktiviti perniaggannya......
No comments:
Post a Comment