Jika anda mempunyai wang simpanan antara Rm1,000 - Rm50,000, apakah yang anda akan lakukan dengan wang tersebut?…
Beli Handphone 3G? IPod? XBox? Video Camera? Cybershot? iMac? Home Theatre? Motosikal baru atau.. downpayment kereta baru?
Jika begitu… anda akan menjadi seorang yang sungguh bergaya, tetapi malang, impian anda untuk menjadi kaya akan menjadi semain kabur… ketahuilah, gaya sahaja tidak menjadikan anda seorang yang kaya & bebas dari masalah kewangan.
Perbezaan antara orang yang “akan” menjadi kaya dengan orang yang “akan” menjadi miskin boleh dilihat dari cara mereka menggunakan wang simpanan mereka.Orang yang ‘akan’ menjadi miskin.. akan menghabiskan wang simpanan mereka dengan benda-benda atau perkara-perkara yang sia-sia dan tidak menghasilkan wang. Mereka lebih mementingkan gaya dan lebih suka ber’joli’ katak dengan wang simpanan mereka. Mereka gemar bermewah-mewahan terlebih dahulu. Wang simpanan yang ada akan digunakan untuk membuat downpayment kereta baru, membeli set perabot kayu jati, memasang set kabinet dapur serta tidak lupa juga untuk membeli almari baru kerana almari lama telah terkena tahi cicak.
Orang yang ‘akan’ menjadi kaya pula.. akan menggunakan wang mereka untuk menghasilkan lebih banyak wang. Mereka akan gunakan wang mereka untuk bermain saham, membeli hartanah yang berpotensi, melabur ke dalam dana-dana yang mampu memberikan pulangan yang baik, membuat modal untuk perniagaan dan tidak lupa juga melabur untuk diri sendiri. Mereka ini tidak cepat teruja untuk bermewah-mewahan dengan wang simpanan yang mereka kumpul. Mereka hanya akan bermewah-mewahan selepas wang simpanan mereka tidak berkurangan walaupun setelah mereka membeli sebuah bmw 7 series secara tunai.
Jadi, jika hari ini orang memandang “sengkek” kepada anda kerana anda memakai kereta buruk, mendiami rumah yang kecil, tidak mempunyai kabinet dapur serta tidak mempunyai astro. Usahlah berkecil hati, semua itu akan menjadi saat-saat manis di dalam hidup anda suatu hari nanti. Apa yang penting, anda tahu hala tuju serta impian anda….
No comments:
Post a Comment