Aku ada terbaca satu cerita........
Terdapat 2 orang sahabat baik, seorang bernama Ali dan seorang bernama Kamal. Mereka ini sedang menunggu keputusan SPM. Masing-masing dah berangan untuk memasuki Universiti menyambung pelajaran dalam bidang Sains Angkasa. Nak ikut jejak Sheikh Muzafar kata mereka..Semua orang kampung mengenali mereka kerana mereka ini baik dan suka menolong orang kampung. Mereka akan kelihatan selalu bersama dan petang-petang mereka selalu lepak di hujung tanjung sambil memancing..
Ali dan Kamal suka berangan-angan bahawa mereka akan masuk satu Universiti yang sama, pergi kampus sama-sama, makan sama-sama, main bola sama-sama dan dating pun sama-sama..Apabila tiba keputusan SPM diumumkan si Ali mendapat 10A dan si Kamal mendapat 3A 6B. Maka gembiralah mereka kerana penantian mereka berbaloi....
Setelah 4 bulan menunggu panggilan Universiti maka si Kamal telah berjaya mendapat panggilan ke Universiti. Tetapi si Ali yang mendapat keputusan lebih baik, tidak mendapat panggilan ke Universiti. Orang kampong pun keliru, mengapa yang lebih pandai tidak mendapat panggilan ke Universiti........?
Lalu orang kampong pun berjumpa dengan si Ali dan si Kamal yang selalu lepak di hujung kampung. Lalu mereka bertanya pada si Ali, mengapa dia tidak dapat panggilan ke Universiti?(Mengapa si Ali tidak mendapat panggilan ke Universiti? )
Ramai akan menjawab. Si Kamal ada orang dalam, ada yang menjawab sudah rezeki Kamal dan macam-macam lagi jawapan.
Tetapi........Semuanya silap dan jawapannya cukup mudah.........
...................Iaitu si Ali itu TIDAK ISI BORANG......
Jadi......Samalah dengan dengan kita semua.......
Banyak mana pun kita baca dan belajar tentang cara nak gandakan duit (pengurusan kewangan) Tapi kalau kita pun TIDAK ISI BORANG (MULAKAN) ,,,,,,, Samalah kita dengan si Ali...............tinggal cerita dan angan-angan yang tidak kesampaian.
No comments:
Post a Comment