26 September 2013

KWSP - Jumlah Kelayakan Melabur Di Unit Amanah...


Ramai yang bertanyakan samada mereka layak atau sebaliknya untuk menggunakan Akaun 1 KWSP bagi tujuan pelaburan ke Unit Amanah. 

Di sini saya sertakan jadual Jumlah Simpanan Asas (yang hanya valid sehingga 31 Dec 2013 kerana bermula 1 Jan 2014, simpanan asas akan dinaikkan). 

Bagaimana ingin mengira jumlah kelayakan pengeluaran? Andaikan Encik Ahmad berumur 36 tahun mempunyai simpanan sebanyak RM100k dalam akaun 1.

Dengan itu, RM100k ditolak simpanan asas umur 36 iaitu RM32k, baki adalah RM68k. Untuk kali pertama, En ahmad boleh keluarkan 20% daripada RM68k, iaitu sebanyak RM13,600. Setiap 3 bulan En Ahmad boleh keluarkan lagi dan jumlahnya mengikut baki terkini akaun 1 ditolak dengan simpanan asas mengikut umur.

No comments:

Post a Comment