Perancangan kewangan merupakan satu aspek yang amat penting dalam kehidupan setiap individu. Sesiapa sahaja perlu mempunyai perancangan kewangan sama ada seseorang itu berpendapatan rendah ataupun seseorang yang kaya raya.
Wang yang kita perolehi setiap bulan dari gaji atau pun yang diperolehi dari pendapatan harian mungkin lesap begitu sahaja jika kita tidak merekodkan kemana dan untuk apa ia digunakan. Tidak semestinya seseorang yang bergaji RM5000 sebulan lebih baik keadaan kewangannya berbanding seseorang yang bergaji RM500 sebulan.
Pokok pangkalnya berapa besar komitmen dan hutang seseorang itu pada setiap bulan seperti kata pepatah Melayu lama ‘besar periuk besarlah keraknya’.
Sejauh mana pula seseorang itu bersedia menghadapi musibah? Kematian, kemalangan, penyakit kritikal seperti barah, lumpuh dan sebagainya. Sudah bersediakah dengan tuntutan bayaran bil hospital yang mungkin mencecah puluhan ribu ringgit? Bagaimana dengan balu dan anak-anak yang ditinggalkan setelah ketiadaan kita? Jika tiada persediaan awal, anda dan waris anda merupakan mangsa akibat tiada perancangan awal untuk mendapatkan perlindungan takaful.
Tahukah anda bagaimana hendak menjana pendapatan anda? Tidak kira sedikit atau banyak peruntukan kewangan anda kerana dengan perancangan kewangan yang baik dan berkesan hasilnya pada masa akan datang pasti memuaskan. Kita perlu merancang dana persaraan, dana pendidikan anak dan pelbagai lagi keperluan yang mendatang. Ini tidak mungkin berlaku jika tiada pelan pelaburan yang komprehensif dari pihak anda.
Sehubungan dengan itu, marilah kita mulakan proses perancangan kewangan kita dari sekarang. Bagi yang telah malaksanakan perancangan kewangan teruskan dan yang masih tercari-cari, mulakan dari sekarang. Banyak bahan rujukan diluar sana boleh anda perolehi sebagai rujukan........
No comments:
Post a Comment