29 April 2013

Pantun Pilihanraya - Facebook PARLIMEN LEDANG P144 DUN GAMBIR.......



Sempena menjelang pilihanraya umum ni.. aku sertakan himpunan pantun yang aku kumpulkan dari Group Facebook ADUAN RAKYAT PARLIMEN LEDANG P144 DUN GAMBIR .....
Kaedah berbalas pantun di gunakan untuk berkempen di group ini....... Jom ikuti bersama...

Lahir Dan Besar Di Bkt Gambir
Calun Bebas DUN Gambir
Lambang Pokok Mudah Difikir
Mdzan Bin Abu Nama Terukir 

Sudah Ada Orang Gambir
Calun Luar Zaman Berakhir
Kita Sendiri Boleh Tadbir
Lebih Baik Boleh Takbir

Tanam Harapan Di DUN Gambir
Ganti Baru Lama Berakhir
Usah Risau Lagi Difikir
Undi POKOK Bijak Berfikir

Tengok Asojan Nampak Hindraf
Tengok Pokok Nampak Balak
Pengundi Gambir Dah Ramai Insaf
Malang Ada Yg 'Meratos' Pulak...
 

Pergi Memancing Si Ikan Haruan,
Duduk Bersila Ditepi Kali,
AES, NFC Dan Juga Kecelaruan,
Apa Nak Heran Fikirlah Sendiri. #IniKalilah

Janji Anak Gambir,
Senyum Sentiasa Terukir,
Janji Anak Gambir,
Asojan Bakal Tersingkir. 

Risik sudah meminang pun sudah
Sireh gambir pengikat janji
Bisik sudah canang pun sudah
Anak Gambir menuntut janji

Biar patah titi di baruh
Senang menjala si ikan keli
Biar patah bertongkat paruh
Pantang undur tidak sekali

Akar ubi santapan duli
Akar rotan jangan ditebas
Suara rakyat tak dipeduli
Anak tempatan berdiri Bebas!

PM Najib Jadi Pengemudi,
Orangnya Bijak Menguruskan Parti,
Lima Haribulan Tarikh Mengundi,
Lambang Dacing Tetap Dihati.

Sayangi Selangor Yakini BeEND
Sentiasa Dihebah Hingga Tersohor
Wahai Pemimpin Pejuang BeEnd
Tidakkah Anda Sayangi JOHOR

Kerja Murni Namanya Dakwah
Ikhlas Senyum Perlu Ditokok
Inginkan Bunga Menjadi Buah
Taburkan Baja Sirami POKOK

Mari Adik2 Abg Nk Bisik
Produk Bn Lemak ,Gemersik
Anak Kampong Jgn Rasa Terusik
Sikap Pengundi Perlu Kami Risik

Aku Tak Suka Kucing,
Sebab Dia Suka Kencing,
Kepala Jangan Rungsing-Rungsing
Pangkah Apa Saja Asal Bukan DACING

Fikiran Rungsing
Pergi Memancing
Tak Kira Siapa Yg Bertanding
Jangan Lupa Pangkah Disebelah DACING

Ramly Burger Sarapan Dara & Uda
Berbeza Dengan Zaman Baginda
Calon Bn Pilihan Nak Muda
Kalu Nk Tau Cuba La Goda

Tak Kira Calun Tu Siapa,
Yang Penting Semua Dapat Rasa,
Brim Dapat Ikut Masa,
Beras, Gula, Minyak Dll Guna Setiap Masa......

Kalau Ikutkan Aku Pun Tak Suka,
Tapi Bukan Bermuka-Muka,
Kalau Sorang Saja Yang Rasa,
Apa Yang Tinggal Untuk Kita...

Anak Murthi Pakai Songkok
Supaya Rasa Tidak Kekok
Kasi Tebang Itu POKOK
Biar Ayam Tiada Tempat Bekokok

Kuih Karipap Kiuh Kuci
Di Jual Oleh Anak Kak Aci
Jgn Lupa Itu POKOK Sama Kunci
Itu Lambang Perjuangan Yg Suci

Jln. Pt.Jarum Ada Palang
Tak Kasi Org Tngkap Belalang
Jgn Idup Cam Lalang
Ujung Nnti Pecah Tembelang

Pilihan Muda Mudi
Dari Dulu Udah Diteliti
Molek Serba Serbi
Mdzan Abu Calon Kita Undi

Kawan Tetap Kawan....
Mari Semua Fikirkan
Sudah Ada Mdzan
Masih Mahukan Asojan?


Bukan Mahu Jadi Mb
Atau Masalah Peribadi
Mahu Bantu Akar Umbi
Bebas Lambang POKOK Wajar Diundi

Jng Banyak Sangat Pikir,
Kalau Boleh Terus Singkir,
Mari Kita Selamtkan Gambir,
Secara Halus Kini Bangsaku Mula Terpinggir....

Pemimpin Hanya Pandai Berjanji
Namun Kadang Tak Ditepati
Pengundi Gambir Bijak Bistari
Mdzan Abu Pilihan Diundi

Jng Banyak Sangat Pikir,
Kalau Boleh Terus Singkir,
Mari Kita Selamtkan Gambir,
Secara Halus Kini Bangsaku Mula Dipinggir

Bukit Gambir Aka Bg
Adun Bn Wakili Mic
Kita Cuma Menuntut Janji
Menterjemah Aspirasi Membela Tradisi

Dulu Janji Satu Penggal
Kini Masok Tiga Penggal
Apa Pilihan Yang Tinggal
Ini Kali Kita Penggal

Kita Tengok Ini Penggal
Dun Mana Yang Tinggal
Kita Kasi Penggal
Jangan Ada Yang Tinggal

Penggal Memenggal Hanya Kiasan
Tiada Kaitan Dengan Kepala
Calun Bebas Jadi Pilihan
Orang Tempatan Biasa Membela

Belum Tentu Masok Sorga
Kalau Kita Undi Pas
Sama Juga Dengan Bn
Jangan Kasi Pening Kepala
Baik Kita Undi Bebas
Itu Calun Nama Mdzan

Roti ! Roti ! Mari Beli Roti
Maniam Pusing Separuh Mati
Pas Dan Kunci Simpan Di Peti
Biar Semua Puas Hati

Satu Dua Tiga Empat
Lima Enam Tujuh Lapan
Pilihan Hati Kena Tepat
Untuk Kebahagiaan Masa Depan

Bulan Terang Bermandi Cahaya,
Kesihan Sungguh Melihat Sang Pungguk,
Adat Berperang Menggundang Bahaya,
Aspirasi Menggemis Mampukah Ditusuk...

Duduk Bertenggek Sang Pungguk,
Duduk Berdua Memandang Cahaya,
Perjuangan Terukir Tanpa Ditunjuk,
Bukan Manifesto 'Copy & Paste' Untuk Berjaya.

Sembilan Sepuluh Sebelas Duabelas
Tigabelas Empatbelas Limabelas Enambelas
Walaupon Ada Calon Bebas
Jangan Sekali Pangkah Pas !


Yang Faham....Faham
Ramai Tak Faham
Bukan Susah Faham
Minta Minta Faham
Jangan Buat2 Faham
Lama Lama Faham
Masih Tak Faham?
Mdzan Ganti Asojan.........

Pilihan Raya Parti Berlawan,
Tetap Kita Sebagai Kawan,
Kuat Manapun Parti Lawan,
IQWAN’S HOMESTAY Jangan Dilupakan...

Akhir sekali aku ucapkan pada kau orang semua...... Selamat Mengundi..............

No comments:

Post a Comment