17 October 2011

Berhati-hati Dengan Hutang Lapuk

Dalam Aku melayari beberapa blog bagi memenuhi masaku yang terluang, terjumpa satu artikal yang menarik perhatianku untuk dikongsi bersama. Artikal ini telah ku olah untuk dikongsi buat peringatan pada diri sendiri dan pembaca semua.
Hutang lapuk adalah pinjaman yang kita ambil untuk membeli atau membiayai perkara yang akan susut nilainya.’

Jenis hutang ini sangat mudah dikenali. Cuma namanya sahaja yang beraneka seperti pembiayaan peribadi, pinjaman kenderaan, ansuran mudah, sewa beli, kad kredit dan pelbagai jolokan lagi.
Masalah dengan hutang jenis ini, bukannya Kita tidak cuba elakkan tetapi ianya meresap ke dalam hidup kita dengan amat perlahan sekali. Sehingga kita hampir-hampir tidak menyedarinya. Ia menyamar seolah-olah sebahagian daripada kehidupan padahal ianya adalah barah kewangan dan kesannya sungguh teruk serta membawa akibat buruk.

Sebagai contoh, kini anda telah memiliki sebuah rumah untuk berteduh dari hujan dan panas. Tapi anda perlukan kenderaan untuk memudahkan berulang alik ke tempat kerja dan pergi bersiar-siar. Lagi pula tentunya rumah anda itu kurang serinya tanpa perabot yang menawan. Penghawa dingin yang menyamankan dikala tengahari. Pemanas air yang menyegarkan. Penapis air yang menambah kualiti hidup. Menghilangkan penat lelah sambil menonton siaran tv berbayar. Mendengar muzik sambil menonton dengan set teater rumah. Anda juga memerlukan sebuah komputer peribadi untuk memudahkan kerja atau melayari internet.

Anda mahu memiliki kesemuanya. Kemampuan kewangan anda pula membatasi. Tapi itu bukan masalah besar kerana anda boleh memiliki kesemuanya sekaligus dengan cara berhutang. Pelbagai skim ditawarkan kini. Tanpa anda sedari hutang sudah di paras hidung dan anda semakin lemas di dalamnya.

Ini adalah garis panduan mudah dan umum bagaimana anda boleh menyelamatkan diri daripada cengkaman hutang lapuk. (cepat atau lambatnya anda terlepas adalah bergantung kepada kesungguhan dan kegigihan anda sendiri)
  1. Bina azam dalam diri untuk menghapuskan kesemua hutang.
  2. Senaraikan semua hutang-hutang lapuk anda.
  3. Buat satu perancangan menyeluruh bagaimana membayar kesemua hutang.
  4. Berjimat cermat untuk mendapatkan wang tambahan membayar hutang-hutang itu.
Atau alternatif kepada langkah 4 ini ialah..
  • Wujudkan sumber pendapatan tambahan lain!
Suka di ingatkan bahawa; Percaya atau tidak, semakin sedikit hutang yang anda pikul itu bermakna anda semakin kaya. Walaupun pendapatan anda tidak bertambah!

Nota*
Kewangan sebenarnya adalah subjek yang amat seronok, penuh taktik dan menarik kerana terdapat pelbagai pembolehubah yang boleh kita dimanipulasikan.

No comments:

Post a Comment