18 September 2010

Inflasi - Apa Sebenarnya ?.....

Hampir setiap hari kita akan mendengar perkataan "INFLASI". Terpampang pada dada-dada akhbat, Screen Televisyen, corong radio dan kadang dari mulut rakan-rakan kita sendiri. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan "INFLASI". Mungkin masih ada yang tak jelas lagi dengan perkataan tersebut..

Inflasi menurut Ensaiklopedia Bebas Wikipedia membawa maksud peningkatan berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Boleh faham ke?. Bagi menerangkan perkara ini, mungkin saya boleh memberikan contoh sewaktu saya di bangku sekolah rendah dahulu. Saya memulakan persekolahan saya seawal tahun 1980an. Ketika itu, harga satu pinggan mee goreng baru 10 sen sahaja (dikantin sekolah). Sekarang tahun 2010, berapakah harga satu pinggan mee goreng? Ada yang jual RM1.00 sepinggan. Malah ada yang meletakkan harga sehingga RM1.50 sepinggan pun ada. Jadi, setelah 20 tahun, beza harga bagi satu pinggan mee goreng ialah sebanyak RM1.40 sepinggan.

Walaubagaimanapun, kenaikan harga ini bukanlah secara mendadak. Ia meningkat sedikit demi sedikit. Dari 10 sen, ia meningkat kepada 20 sen, kemudian 30 sen, kemudian jadi 50 sen dan seterusnya hinggalah kepada harga yang anda lihat pada hari ini di kedai-kedai makan .Sekarang, cuba anda bayangkan, dengan wang sebanyak 10 sen tu.... boleh beli apa? Bukan nak kata sepinggan mee goreng, satu ketul kuih pun tak dapat nak beli.

Mungkin, gula-gula hacks yang pedas tu boleh le dapat seketul. Tapi pekedai-pekedai sekarang ni dah pandai, dia tak jual sikit-sikit, terus aje jual sebungkus 50 sen atau seringgit. Jadi, sesuatu barangan atau perkhdimatan yang pada suatu masa dahulu boleh diperolehi dengan harga 10 sen, sudah tidak boleh diperolehi lagi dengan harga itu. Peningkatan ini yang kita katakan sebagai inflasi.

Bagaimana pula inflasi di ukur ?...

Bagaimana inflasi diukur? Di Malaysia, Inflasi diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) atau Consumer Price Index (CPI). Ia mengukur purata harga barangan dan perkhidmatan yang biasa digunakan oleh isi rumah pada suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun semasa.

Terdapat 12 kumpulan barangan dan perkhidmatan yang akan diambil harganya bagi tujuan pengiraan indeks harga pengguna. Pengkelasan ini berpandukan kepada garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan atau Classification of Individual Consumption According To Purpose (COICOP).

Salah satu komponennya ialah perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang mewakili 21.4% dari keseluruhan indeks. Jadi, sekiranya harga petrol meningkat, sudah pastilah IHP juga akan meningkat seperti mana yang dirasai oleh rakyat Malaysia pada tahun 2008. Walaupun petrol merupakan salah satu komponen sahaja dalam pengiraan IHP, namun peningkatan harga petrol menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan turut meningkat yang pada akhirnya akan turut menyebabkan inflasi turut meningkat.

Apabila ini berlaku, wang sebanyak RM50.00 yang kita bawa untuk membeli barang keperluan seperti di pasar malam hanya dapat membeli barang yang sedikit sahaja. Cuba kita lihat apa yang kita boleh beli dengan duit RM50.00 tadi di pasar malam.
  • Daging Lembu Segar 1 Kg - RM20.002.
  • Ikan Kembung 1 Kg - RM8.003.
  • Ayam Seekor 2 Kg - RM14.004.
  • Telur Ayam 1 Papan - RM8.00.
  • Jumlah RM50.00.

Jadi gambaran yang saya cuba paparkan di atas menunjukkan, seseorang yang cuma ada peruntukan sebanyak RM50.00 sahaja bagi membeli barang basah di pasar malam hanya dapat membeli sebahagian sahaja barang. Kita masih tidak dapat membeli barang keperluan yang lain yang boleh kita beli pada masa sebelum ini. Inilah Yang Dinamalan Inflasi.......

No comments:

Post a Comment