Susulan daripada post yang lepas, post kali ini akan menyambung 6 cara lagi dalam menjimatkan penggunaan elektrik.
Berikut adalah sambungannya...
- Cuci pakaian dengan muatan yang sesuai. Keringkan pakaian pada tahap sederhana sahaja sekiranya cuaca panas terik.
- Penggunaan warna cat dinding yang cerah akan memantulkan banyak cahaya dan ini boleh mengurangkan penggunaan lampu pada waktu siang.
- Tukar peralatan elektrik yang telah melebihi 10 hingga 15 tahun. Beli barangan elektrik yang mesra alam dan jimat tenaga.
- Televisyen dan komputer menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi, cabut palamnya daripada soket untuk mengurangkan aliran keluar tenaga jika tidak menggunakan televusyen dan komputer.
- Matikan semua bekalan elektrik sekiranya anda meninggalkan rumah untuk jangka waktu yang panjang.
- Pastikan sistem pendawaian di rumah anda selamat dan tidak membahayakan. Buat semakan secara berkala bagi mengelakkan berlakunya lintar pintas dan bebanan elektrik.
Saya yakin tentu Anda boleh mengaplikasikan 12 cara penjimatan elektrik, sekaligus mengurangkan perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran.
Sekian, Wassalam...
No comments:
Post a Comment